Thursday, September 25, 2014
Warm Bodies
Warm Bodies (2013)
Saya tertarik untuk menonton filem ini setelah membaca ulasan Saudara Raimi Faithcraft dalam blognya Khusyuk Kematian >SINI<
Sayangnya saya tidak dapat mencari masa untuk menontonnya sehinggalah ianya di tayangkan Astro HBO HD 2 malam yang lepas.
Apa yang Saudara Raimi tidak sebut secara khusus adalah berkenaan soundtracknya. Kalaulah beliau katakan yang zombie bernama R (hero filem), mempunyai koleksi vinyl dan memutarkan pula lagu-lagu seperti Missing You – John Waite, Patience – Guns N’ Roses, Hungry Heart – Bruce Springsteen dan Shelter from the Storm – Bob Dylan. Sudah pasti saya tidak akan berlengah-lengah untuk menontonnya.
Iyer...ianya sebuah filem cinta. Tetapi ideanya pada saya agak asli. Jarang kita dapat menonton filem zombie dari pandangan seorang(?) zombie itu sendiri. Tipikalnya zombie itu jahat. Tetapi filem ini membawa kita kepada sudut yang berlainan. Menarik!
Nak baca ulasan yang lebih mendalam, sila ke blog Khusyuk Kematian. Cerita yang ada riff "Rock You Like a Hurricane" didalamnyanya walaupun setakat beberapa saat adalah wajib di tonton oleh semua mat rock walaupun ceritanya tak rock...hahaha...
Oh ya...zombie pun tahu kenapa dia memilih vinyl. Anda pula bagaimana?...rachun...rachun...huhu...
aku ingatkan cerita pasal body awek tu yg warm...
ReplyDeletecerita ni memang best. dari soulless boleh jadi normal human again.ideanye asli btul.
ReplyDeletetak pasang hbo..
ReplyDelete
ReplyDeleteOh ya...zombie pun tahu kenapa dia memilih vinyl. Anda pula bagaimana?...rachun...rachun...huhu...
Sokong..heheh..tapi filem ni aku belum tengok lagi..buku dia pun ada jual..Nanti Cari la dvd dia
kan? bro... tu laa cita ni memang ada keunikan walaupu love story... :)
ReplyDelete