Friday, October 24, 2014

Blues Felda Blues

Salam Maal Hijrah.

Sempena perlawanan JDT vs Felda separuh akhir Piala Malaysia esok,,,,



Bagi sesiapa yang tak tahu apa itu Felda...sila google sendiri...posting ini adalah ditujukan kepada anak-anak felda untuk bernostagia kenangan lama. Bukan senang nak jumpa bentuk rumah Felda yang asal sekarang.

Juga kepada sesiapa yang tak pernah tengok...atau tak pernah melawat rancangan Felda...dan saya rasa ramai juga anak-anak felda yang tak pernah tahu/merasa hidup dalam rumah felda yang asal. Celik-celik mata dah pun rumah batu. Maklumlah...sekarang kalau pergi mana-mana tanah rancangan Felda pun terutamanya kalau kat Johor, memang payah dah nak jumpa betuk asal ni. Semua pun dah berubah...rumah batu dah majoritinya...bunglow besar pun dah ada.


Contoh rumah Felda ni boleh kita lawati di Memorial Tun Abdul Razak. Memang hampir sama dengan rumah yang asal. Bezanya rumah asal bukanlah tangga batu seperti gambar di atas. Dulu guna tangga kayu.

Saya tak bolehlah nak di anggap sebagai anak Felda. Saya tak lahir di Felda. Tetapi abah memang seorang peneroka Felda. (dulu-dulu budak-budak...kami tak panggil peneroka...tapi penarockers...hahaha...). Maka saya bolehlah di kategorikan sebagai anak peneroka Felda.

Keluarga kami pindah ke Felda pada penghujung Disember tahun 1977. Ngam-ngam beberapa hari sebelum saya masuk darjah 1. Bayangkan perasaan saya letika itu. Tak pernah bersekolah tadika. Tak kenal sesiapa. Terus kena masuk darjah 1. Dulu-dulu bukannya macam sekarang mak bapak bertunggu bertangga kat sekolah sampai seminggu. Abah kerja, mak hantar...terus balik pasal nak jaga adik kat rumah. Pandai-pandailah nak hidup. Perkara macam ni yang akan mengajar kita erti berdikari. Dekat sebulan jugalah saya jadi lone ranger.


Rumahnya bukanlah besar mana pun. Satu bilik tidur jer pun. Kira bersyukurlah dapat rumah. Tu pasal warga tua peneroka felda cukup marah bila ada yang menyokong pembangkang. Tak kenang budi katanya...hahaha...(btw...untuk pengetahuan...rumah ini bukannya percuma...kena bayar secara potong gaji setiap bulan)

Gambar di atas adalah kawasan ruang tamu manakala dibelakangnya kena turun tangga sedikit adalah ruang makan. Seingat saya abah ada buat renovation untuk rumah kami. Ruang makan tu dipasangnya dinding untuk di jadikan bilik tidur.


Manakala bilik tidur di sebelah ruang tamu ini dipecahkan dindingnya untuk di jadikan ruang menonton tv. Abah memang up to date dalam bab-bab teknologi. Sayangnya ketika itu Felda belum ada elektrik. Rumah lama ada. Terpaksalah abah jual set turntable dan tv toshiba jenis yang dalam kotak kerana tiada elektrik. (sayang betul kan..) tetapi diganti dengan tv yang menggunakan bateri. Tv hitam putih ajer pun. Pakai bateri yang macam kat kereta tu. Dah abis boleh hantar kedai charged semula. Tapi makan masa sehari jugaklah untuk charged. Paling sedih bila masa bateri nak abis. Dah lah tv masa tu 14 inci ajer besarnya. Gambar akan jadi mengecil bila setiap kali bateri semakin nak abis. Dah lah tengok ramai-ramai...ada masa jiran pun tumpang sama...Bayangkan lah....


Ini pula ruang dapur. Nostalgia betul nampak dapur minyak tanah tu. Zaman tu mana ada dapur gas. Dapur karen lagilah tak pernah termimpi. Ingat lagi rumah kami menggunakan jenama butterfly yang dua tungku. Minyak tanah beli satu tin besar sebagai stok. Bila abis yang kat dapur tu, sayalah yang jadi tukang pam untuk mengisi semula.

Takder pulak kat rumah contoh ni lampu pam. Itu lagi nostalgia. Zaman belum ada letrik memang lampu pam lah paling berharga. Pakai pelita leceh...banyak jelaga...bangun pagi konpem lubang hidung jadi hitam. Lagipun lampu pam lagi terang. Dekat-dekat nak maghrib pasti saya dan abang berebut nak pam lampu tu untuk dinyalakan. Berpeluh juga nak kena pam sebelum mentolnya menyala. Untunglah budak-budak sekarang tak merasa susah macam tu. Sekarang petik suis....semua ada.

Btw...yang tempat letak pinggang itu apa ek namanya. Para eh?..lupa pulak. tak jumpa dah rumah zaman sekarang ada design macam tu kan?



Yang ni para tu dari belah luar. Yang sebelah tu bilik air. Bilik air kat luar. Kena keluar rumah untuk pergi. Tu belum cerita bab tandas. Jauh kat belakang. Kena kalau sakit perut waktu malam...paham-paham sahaja lah...gelap gelita...kena bawa lampu picit atau pelita...kena pula time malam jumaat...ada dengar bunyi salakan anjing sayup-sayup pulak...iskh...makanya... kalau boleh tahan baik tahan.

Ok tu ajer la aku nak cerita. Sebenarnya aku pun ingat-ingat lupa. Maklumlah baru umur 7 tahun. Tak lama lepas tu abah dah renovate belah belakang rumah. Buat dinding batu. Kasi besar sikit dapur. Rasanya macam tak lama kami duduk dalam betuk rumah Felda yang asal. Adik-adik aku lagi la tak ingat.



Rumah kami sekarang memang dah 100 peratus berubah. Tiada satu pun yang macam asal. Nasib ada rumah contoh ni. Dapat juga mengamit memori masa kanak-kanak. Zaman tu nak beli kamera pun tak mampu. Manalah nak simpan gambar.

Tu ajer la. Panjang-panjang pun belum tentu ada yang nak baca.

Ok...Ada yang tanya...saya sokong mana? Kalau anda pengikut blog ini dari mula sudah semestinya ada tahu "sentimental value" JDT kepada saya. Makanya sudah terang lagi bersuluh.


Saya tinggalkan anda dengan lirik Blues Felda Blues - Ramli Sarip...mendalam betul liriknya untuk anak peneroka felda seperti saya...

Ayahku kebingungan
Mencari kehidupan
Menanggung kesamaran

Matanya memerhati
Anaknya tak terbilang
Sekarang bagaimana

Putus kata sambung hidup di Felda
Kerja keras asal perut beralas
Kuat cita hantarku ke sekolah
Mengharapkan aku mahir berladang

Setelah ku berjaya
Mengenai pertanian
Berubah perasaan

Harapan dari ayah
Bukitkan kejayaan
Di tanah milik Tuhan

Tak mengerti budaya jiwa ini
Rasa malas untuk turun bertani

Ayah terus meningkat usianya
Blues Felda Blues siapa
Penggantinya



"LUASKAN KUASAMU!"











11 comments:

  1. aku sempat merasa pengalaman hidup guna lampu pam, dapur kerosin butterfly, jamban blkg rumah, tv hitam putih, tapi letrik 12 jam...

    btw, kalau peratikan filem2 p ramlee pasca merdeka (cth doremi) byk tunjuk rumah2 pesen begini...

    ReplyDelete
  2. wow menarik lah...
    musti tong sampah tu zaman tu tak ada lagi kan.. haha

    aku rasa esok jdt boleh ke final.. klu hari tak ujan lah..

    ReplyDelete
  3. Bab dapur butterfly tu mmg aku ingat sangat pasal penah guna jugak dulu..
    Dulu bdk2 kampung aku suka kutuk2 awek felda..Sekarang ramai yg kawen ngan org felda..heheh..anak2 felda pun ramai yg berjaya.bila time raya tu banyak keta mewah tesusun cantik je.. Jgn pandang org felda sebelah mata,silap2 diorang tu lagi kaya dari org yg tak penah duduk kt felda

    ReplyDelete
  4. Battle ler besok bola ye...

    apa pun, melayu kalau usaha gigih dan jujur dalam suasana apa pun, boleh berjaya..

    ReplyDelete
  5. aku sempat merasa rumah cam ni, Felda Sg Sayong. tak silap aku ori tangga jenis kayu bukan simen cam gambo tu. atap zink. pastu kerusi ruang tamu tu sebiji aku pernah guna dulu. memang nostalgia, thanks 4 gambo2 ni semua beb.

    ReplyDelete
  6. klasik ni bro...huhu hidup susah dahulu mengajar kita erti kehidupan...itu baru nikmat hidup! Respect!

    ReplyDelete
  7. tahun 80an dulu gua penah pegi rumah saing2 kat felda air hitam, sungai lui, lui muda, palong, serting... memang cam gini la rumah asal diorang seblum berubah jadi banglo! nostalgik sungguh!

    selamat tahun baru 1436 hijrah bro.

    ReplyDelete
  8. out of topic, tapi hati aku kurang sedap ngan Malaysia nye Sisters in Islam. Hati aku berdetik sangat. Yang pasal anjing tu, mass media bahasa Inggeris dalam dan luar dunia petik quotes dari Sisters in Islam.
    Aku tak deny, dorang banyak bantu masyarakat, dorang mungkin ramai pakar dan professional, tapi mereka harus bijak nak handle masuk bab agama, ataupun mereka ada agenda sendiri...
    Dont be surprised, memelihara anjing sebagai Pet, akan jadi benda normal masa akan datang..
    I am a bit worried. Aku kat rumah, aku emphasis, and emphasis lagi...
    Anjing bantu kita, anjing banyak jasa, tapi kita kena draw a line..kena tahu when to use and when not to.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIS ni liberal...ni lah sayangnya bila golongan bijak pandai tapi tak mahu belajar mendalami agama...

      Delete
  9. memang nostalgic felda nih sebagaimana ditulis. kalau area jengka, felda new zealand, sg. lembing di pahang, rumah felda ni dibuat di lereng bukit. memang thrill la dapat berguling dari bawah satu rumah ke rumah lain..

    ReplyDelete
  10. Generasi aku yg last kot jumpa benda cam ni

    ReplyDelete