Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 28hb Mac yang lalu.
Skid Row - sUBHUMAN rACE (1995)
Salah satu lagi cd terawal dalam koleksi. Sememangnya tahun 1995 adalah tahun saya mula mengumpul cd berbanding kaset. Dibeli di Plaza Kotaraya JB. Sememangnya pada zaman tersebut boleh dikatakan hampir hari-hari selepas balik dari kerja (kecuali time berdating) melepak di kedai kaset di Plaza Kotaraya. Maklumlah ofis pun di bangunan berdekatan. Kadang-kadang time berdating pun sempat juga menyinggah ke kedai kaset...hahaha..
Saya sememangnya peminat Skid Row. Sayangnya 1995 bukan lagi zaman mereka. sUBHUMAN rACE sekadar meduduki tangga ke 35 dalam carta Billboard berbanding album sebelumnya "Slave to the Grind - 1991" yang berjaya menduduki no 1.
Muzik mereka tidak terpengaruh dengan grunge. Tetapi yang mengharapkan lagu-lagu seperti "I Remember You" pasti tak akan suka. Skid Row telah berubah. Tetapi bukan ke arah grunge atau pop seperti kebanyakan band-band rock/metal 80an. Sebaliknya mereka berubah menjadi band yang lebih berat. Sound yang lebih aggresive dan metal. Tak banyak band yang begini. Yang saya boleh terfikir mungkin Pantera.
Jika anda mahukan straight heavy metal 90an yang aggresive, harsh, angry bukannya meleweh depressing gloomy sound, Inilah yang patut anda cari. Memang tiada dah lagu-lagu radio friendly ala "Wasted Time" ataupun "In a Darkened Room". Sayangnya inilah album terakhir Sebastian Bach bersama mereka. Dan sehingga kini memang tiada ura-ura dia nak kembali bersama.
Tuesday, March 31, 2015
Monday, March 30, 2015
Cinderella
Aktiviti rutin semasa cuti sekolah yang lalu....
Cinderella (2015)
Ini bukan cerita pasal Cinderella band glam metal tu. Kalau yang itu memanglah suka sangat. Kalau ikutkan lebih berminat untuk menonton The SpongeBob Movie: Sponge Out of Water, tapi apakan daya terpaksa mengikut suara majoriti. Anak-anak semua perempuan lah kan.
Mengharapkan ada "twist" atau kelaianan yang tidak dijangka tetapi rupa-rupanya filem ini benar-benar "stay true" kepada cerita kartun yang asal. Apa yang kita baca atau kita tonton masa budak-budak dulu itulah yang dipaparkan.
Yang menariknya mungkin teknik CGI dan lakonan ibutiri yang jahat dari Cate Blanchett. Ok lah, Lily James pun boleh tahan comel untuk watak Cinderella. Lain-lain biasa-biasa sahaja.
Sesuai kepada sesiapa yang suka cerita-cerita fairy tales. Ada juga bonus filem pendek Frozen (Frozen Fever) di awalnya. Budak-budak perempuan mesti suka.

Friday, March 27, 2015
7800° Fahrenheit
Yang genap berusia 30 tahun pada hari ini, 27hb Mac.
Bon Jovi - 7800° Fahrenheit (1985)
Bon Jovi memang sentiasa ada tempat yang istimewa pada saya. Tak kira metal hantu atau ketika sedang melaui zaman true sekalipun, saya tetap mempunyai "soft spot" kepada mereka. Maklumlah selain Iron Maiden, mereka adalah antara cinta pertama saya kepada muzik heavy metal. (dulu-dulu Bon Jovi pun masuk kategori heavy metal)
7800° Fahrenheit tidak pernah saya dengar pada tahun ianya diterbitkan. Maklumlah album pertama Bon Jovi saya adalah "Slippery When Wet (1986)". Penghujung 80an dulu, ketika lagu "In and Out of Love" dimainkan oleh DJ Lyn Saadon dalam rancangan radionya "Rock On One" (Radio One Singapore - dah tak ujud kot stesen radio ni) saya sangkakan ianya dari album baru. Maklumlah zaman belum ujudnya internet. Jenuh juga mencari album ini kerana memang tak pernah jumpa kasetnya pada ketika itu walaupun versi "apache". Tapi sekarang dah boleh eksyen la...dah ada versi cd dan lp...heheh...
Lagu- lagu dari album ini kebanyakannya pertama kali saya dengar melalui video clip dari tape video VHS Bon Jovi Slippery When Wet. Zaman tu hampir hari-hari duduk mengadap video tu bila balik dari sekolah. Sesekali dapat tengok band rock memang kemaruk. Sekarang senanglah semua dah ada kat youtube.
Saya memang sukakan Bon Jovi pada zaman ini. Soundnya agak kasar dan mentah. Straigh hard rock/heavy metal bukannya AOR atau country rock macam zaman sekarang. Richie Sambora pun masih pakai gitar cabang-cabang la kan. Tak rasa pun muzik mereka akan kembali ke zaman ini. Mereka dah "move on". Tambah-tambah Richie Sambora pun dah blah. Saya sahaja yang tetap bernostalgia.
Kenangan zaman sekolah...

Thursday, March 26, 2015
Scorpions....lagi
Merujuk kepada entri >SCORPIONS< tempohari
yer...telah pun berjaya dimiliki...heheh...(giler pantas pos dari jerman ni...tak sampai 2 minggu dah sampai)
p/s...En. Ijau...saki baki viral masih ada...huhu...

Wednesday, March 25, 2015
Wordless Wednesday
Yang sempat dibeli di Popular Bookstores Warehouse Sale for Books Expo Clearance 12 March- 22 March 2015 di Sutera Mall, Johor Bahru. (buku RM5, cd RM9.90). Sayangnya takder pulak jual LP.
Bertindak atas maklumat...Terimakasih Portdy.
Tuesday, March 24, 2015
Mass Slaughter: The Best of Slaughter
Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 21hb Mac yang lalu.
Slaughter - Mass Slaughter: The Best of Slaughter (1995)
Ni Shannen Doherty punya angkara lah ni. Tak kenal? Sila google. Rasanya yang membesar zaman 90an pasti kenal dengan mak cik ni. Nak tahu lebih lanjut macamana saya terjebak dengan Slaughter boleh rujuk >SINI<
Kalau tak silap ini adalah antara cd terawal yang saya beli. Tahun 1995 adalah tahun-tahun awal album dalam format cd mula di jual secara meluas di seluruh negara. Di beli di Plaza Kotaraya Johor Bahru. Kedai kaset besar sebelah Muzika tu. Lupa dah nama kedai dia. Sekarang semua pun dah tinggal kenangan. Semenjak Plaza Kotaraya dah diubahsuai menjadi Galleria@Kotaraya. Satu kedai kaset/cd pun dah tak ujud kat situ. Ni semua "port" aktivis underground metal Johor Bahru satu masa dahulu. Budak-budak 80an lepak KOMTAR, yang 90an lepak Kotaraya. Saya merasa kedua-duanya walaupun saya bukanlah terlibat secara langsung. (Saya hanyalah seorang lone ranger yang poser...hahaha..)
Ok..kembali kepada tajuk. Awalnya memang tak sangka akan minat dengan Slaughter. Hanya mula mendengar mereka selepas berakhirnya era "true" dalam kamus hidup... Hahaha..
Memang sedap tak kira lagu heavy, mid tempo atau slow...semua pun sedap. Mungkin dalam banyak-banyak band "3rd wave hair metal" seangkatan dengan mereka contohnya Firehouse,Trixter, Nelson dll, mereka yang paling best.
Jika anda sukakan hard rock 90an, Mass Slaughter dijamin akan memberi anda kepuasan. Cheesy tak chessy...yang pentingnya sing-along chorus, catchy melodies dan killer guitar solo. Bukankan itu yang kita mahukan bila sebut genre hard rock?
Terbaik!

Monday, March 23, 2015
A.J PERO
Tribute to A.J. Pero
Sekitar tahun 1986 kalau tak silap...hampir setiap malam...bertemankan kaset cap "apache"...radio kaset cap "National"...pasang lagu "The Price" kuat-kuat ....dan ketuk meja sambil berangan bermain drum seperti A.J Pero...entah kenapa suka betul dengan bunyi ketukan dram lagu tersebut....
(btw...kaset apache tersebut masih tersimpan sehingga kini...)
Kini semuanya tinggal kenangan...seorang lagi hero saya di zaman meningkat remaja telah pun tiada....terimakasih A.J Pero...

Anthony Jude Pero
(October 14, 1959 – March 20, 2015)
Thank you for the music
Sunday, March 22, 2015
Dirgahayu Johor @ Taman Merdeka
Bagi sesiapa yang tersesat ke Johor Bahru dan tidak tahu pula nak kemana pada waktu malamnya, boleh lah kot bersantai di Taman Merdeka sambil melayan air pancut berirama di kawasan taseknya.
Memang cantek. Sayangnya ambil gambar guna handphone cikai, ini sahajalah hasilnya...
Tak pasti sampai bila. Atau mungkinkah ini hanya bersempena dengan Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor. Itu saya tak pasti. Sementara tengah ada tu layan ajerlah....
Esok Johor cuti umum...malangnya saya tidak.
Dirgahayu Johor!

Friday, March 20, 2015
Born to Touch Your Feelings
Tak abis lagi pasal Scorpions. Yang dah pun berusia 20 tahun pada hari ini 20hb Mac.
Scorpions - Born to Touch Your Feelings (1995)
Ini adalah kompilasi yang patut anda cari jika anda belum mempunyai apa-apa rilisan Scorpions dari zaman 70an mereka. Seperti yang diceritakan dalam entri Deadly Sting, terdapat 2 kompilasi Scorpions diterbitkan oleh 2 syarikat rakaman yang berlainan pada tahun 1995. Born to Touch Your Feelings adalah terbitan RCA. Label awal mereka.
Sudah semestinya ia mengandungi lagu-lagu era Uli Jon Roth. terdapat 3 lagu dari Fly to the Rainbow (1974). Enam lagu setiap satu dari In Trance (1975) dan Virgin Killer (1976). Empat dari Taken by Force (1977). Dan dua dari Tokyo Tapes (1978). Yang istimewanya ada lagu All Night Long dari Tokyo Tapes yang tidak terdapat dalam mana-mana album studio mereka.
Dengan jumlah keseluruhan sebanyak 20 lagu itu pun sebenarnya masih rasa macam tak cukup. Banyak betul lagu-lagu Scorpion era 70an yang best. Ini pun lagu-lagu dari album pertama mereka Lonesome Crow (1972) langsung satu pun tidak tersenarai.
Sangat sesuai untuk yang nak mencuba Scorpions era 70an tetapi tak pasti nak bermula dari album yang mana. Lagu pilihan saya sudah semestinya "The Sails of Charon".

Wednesday, March 18, 2015
Star Wars Miniland
Lama dah terperap dalam draft. Ni masa pergi Legoland awal Januari yang lalu.
Star Wars Miniland
Tak pasti samada pameran Star Wars ni masih ada lagi atau tidak. Siapa peminat tegar filem ini memang patut pergi.
Memang menarik la apabila karakter popular Star Wars di buat dalam bentuk lego.
Ni spacecraft ni Millennium Falcon kan nama dia? Saya bukan hantu Star Wars...tak pasti sangat...siap google ni nama dia...hahaha...Ni yang Han Solo dan Chewbacca jadi pilot. Ingat sangat pasal ini dari filem Star Wars yang pertama (1977), tengok masa zaman budak-budak dulu.
Sebenarnya pameran ni terbahagi kepada beberapa ruang/bilik pameran yang mengikut tema siri filemnya. Contohnya gambar di atas adalah dari Star Wars Episode I: The Phantom Menace. Lengkap bangunan, kapal perang, planet, karekter-karekter, adegan dan lain-lain yang terlibat. Memang best la.
Yang ni Walker yang nama dia The AT-AT kan? sekali lagi kena men"google"...haha... Ni dalam The Empire Strikes Back kalau tak silap.
Yang ni apa arr nama dia...fail betul la bab Star Wars ni...sebenarnya banyak lagi gambar..tapi tak larat pula nak pilih satu-satu. Ni kira bagi idea kat semua apa yang ada kat Star Wars Miniland tu. Nak tengok lebih detail kena pergi Legoland la jawapnya.

may the force be with you
Tuesday, March 17, 2015
vinyl passion 5
Penangan selepas sebulan lebih berpuasa……
Pembelian buka puasa sepanjang bulan Februari…ni pun ada 2 lagi yang belum tiba….pokai terus dah ni...parah....
kepada abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik jangan la terjebak dengan hobi tak berfaedah ni...memang jahanam....
nampak gayanya memang kena mula berpuasa semula.....heheh...

Friday, March 13, 2015
Metalhead
Málmhaus (aka Metalhead) (2013)
Saya dah dengar perihal cerita ini sejak tahun lalu. Tetapi pada ketika itu agak susah juga untuk mendapatkannya walaupun secara on-line atau pun versi sedut. Dvd apatah lagi, maklumlah cerita ini bukanlah cerita Hollywood.Memang susah nak dapat dan hampir-hampir terlupa sehinggalah terbaca kisahnya di blog D'arsil >SINI<.
Filem ini berasal dari Iceland, Tak pernah terpikirpun akan ada filem bertemakan metal dari sana. Pengarahnya, Ragnar Bragason adalah seorang metalhead maka tak hairanlah kenapa beliau boleh memilih topik berkaitan metal untuk filem beliau.
Untuk yang belum menonton, filem ini bukanlah berkenaan dunia metal secara khususnya. Tetapi lebih kepada drama berat yang berlatarbelakangkan muzik metal. Agak perlahan dan meleweh juga jalan ceritanya terutama di bahagian pertengahan. Kisah berkenaan trauma seorang budak perempuan dan keluarganya dalam menghadapi kematian abangnya yang kebetulannya adalah seorang metalhead.
Walaupun saya agak kurang bersetuju bila seoarang metalhead digambarkan sebagai seorang yang mengalami tekanan perasaan, trauma, keliru, bermasalah, moody, dalam kesedihan, menyendiri...hey!!!...mana dia metal supposed to be fun!! Mat Grunge ok la kot...hahaha...Agak hampa juga bila seoarang metalhead (pengarah) mengambarkan seorang metalhead sebagai begitu...seolah-olah mengiyakan kepada dunia luar sememangnya metalhead adalah orang begitu. OK...saya faham. Ini cuma cerita yang kebetulan berlatarbelakangkan muzik metal. Bukanlah metalhead seacara amnya. Tetapi bila tajuk filemnya Metalhead, ini membuatkan saya rasa agak kurang seronok.
Tetapi bagi seorang metalhead seperti saya, poster-poster, t-shirt dan seleksi lagu-lagu metal yang dimainkan sudah cukup untuk membuatkan saya bersabar dan teruja untuk menontonnya sehingga tamat. Mana taknya...Mendengar riff "Strange Wings" dari Savatage dimainkan oleh Hera (watak utama) di depan kubur abangnya sudah cukup membuatkan saya rasa nak melompat "excited". Mana nak jumpa beb filem lain main lagu Savatage dan saya sememangnya peminat besar Savatage. Satu lagi poster Annihilator - Never, Neverland di dinding pintu. Arghhh...Benar-benar mengamit memori bilik tidur saya di kampung suatu masa dahulu.
Filem ini berlatarbelakang tahun 1983 hingga ke 1992. Ini memang zaman saya. Maka bagi sesiapa yang sebaya saya membesar di tahun 80an memang pasti akan seronok dengan seleksi lagu-lagu dari filem ini. Pengarah sebenarnya mahukan lagu-lagu Iron Maiden terutamanya “Children of the Damned” untuk filem ini (beliau peminat tegar Iron Maiden). Sayangnya polisi pengurusan Maiden tidak membenarkan lagu-lagu mereka digunakan untuk filem mengagalkannya. Ada beberapa lagu lain yang dia cuba tetapi tidak berjaya. “I Wanna Be Somebody” daripada WASP contohnya. Blackie Lawless tidak memberikan keizinan kerana tidak bersetuju dan tidak mahu lagu beliau ada kaitan dengan filem yang ada adegan bakar gereja. Dia dah jadi alim kot sekarang...hahaha...
Seleksi lagu-lagu yang bagus. Pemandangan kawasan pendalaman Iceland yang cantik. Lakonan Thora Bjorg Helga yang asalnya bukanlah seorang metalhead atau pemain gitar juga adalah cemerlang. Ini sudah cukup untuk menjadi penyebab mengapa filem ini perlu ditonton. Tambahan pula saya sukakan penutupnya bila mereka sekeluarga bergembira bersama-sama dengan lagu 'Symphony Of Destruction' dari Megadeth. Bagi saya itulah konsep metal yang sebenarnya. Having Fun!
btw...sedap jugakan lagu demo black metal Hera tu dan saya tertarik juga bila lagu itu dinyanyikan dengan "clean vocal". Ada kelainan. Dan babak mamat-mamat black metal yang datang dari Norway tu adalah antara adegan-adegan yang suka dari filem ini.
Thursday, March 12, 2015
Scorpions
Selepas membaca cerita berkenaan Scorpions – Return To Forever 50th Anniversary Boxset dalam blog Speedrider semalam, saya rasa terpanggil pula untuk menyelongkar koleksi Scorpions yang saya ada.
Saya bukanlah tegar sangat dengan Scorpions. Tetapi seperti mana-mana peminat muzik rock yang sebaya saya, sudah pastinya soundtrack zaman kanak-kanak mereka akan dipenuhi dengan lagu-lagu Scorpions. Malah mereka adalah antara pendedahan awal saya kepada muzik rock di awal tahun 80an dahulu.
Tegar tak tegar...rupa-rupanya discography Scorpions saya terutamanya cd hampir lengkap. Yang masih tiada sudah tentu-tentunya yang terbaru "Return To Forever". Saya juga memang tidak pernah memiliki Acoustica (2001) dan Moment of Glory (2000). Tetapi itu ok kot...pasal dua-duanya bukan album studio.
Yang studio album, Eye II Eye (1999) cuma ada kaset dan saya pasti saya pernah memiliki kaset Humanity: Hour I (2007). Tetapi gagal dijumpai walaupun puas juga menyelongkar almari. Tak pasti pulak samada hilang, salah letak atau dah kena buat harta.
satu-satunya LP yang ada...bila la agaknya dia nak berteman... |
Tetapi yang baru saya perasan rupa-rupanya saya masih belum mempunyai album In Trance (1975). Mati-mati ingat dah ada. Iskh...iskh...iskh...tak boleh jadi ni. Sekarang juga kena bertindak!!!
(err....dah terbid pun In Trance versi LP....kah kah kah....parah ni..)
Wednesday, March 11, 2015
Monday, March 9, 2015
The Wonder Years
Semenjak adanya saluran HITS (ch 720) di Astro memang seronok betul dapat menonton kembali siri dan sitcom lama zaman budak-budak dahulu. Tambah menarik bila ianya dalam bentuk HD.
Salah satu yang mengimbau kenangan lalu adalah sitcom ini...
Pernah buat sedikit cerita pasalnya dahulu >SINI<
Sememangnya The Wonder Years adalah salah satu "all time favourite" sitcom komedi saya. Cerita "coming of age" yang berlatarbelakangkan tahun penghujung 60an ini memang sangat-sangat saya rekomen.
Hits baru mula tayang Season 1 Episod 1 minggu lepas. Malam ni baru mula Episod 2. Masih belum terlambat bagi yang nak cuba menonton. Saya dah siap-siap tekan butang "record" untuk seluruh season 1, takut-takut ada malam yang terlepas. (maklumlah ia ditayangkan pada setiap malam jam 10).
Dulu, masa pertama kali ianya ditayangkan di tv pada penghujung tahun 80an, (kalau tak silap tahun 1988, saya menontonnya di tv Ch 5 Singapura), banyak juga sirinya yang saya terlepas. Tambah pula pada ketika itu saya mula menyambungkan pelajaran di tempat yang tak dapat tv Singapura. Tv Malaysia kalau tak silap TV2 yang tayang. Itu pun agak ketinggalan.
Beberapa tahun lepas sejak ujudnya youtube dan pandai pula menyedut dari internet, saya telah berjaya menonton keseluruhan episod dari Season 1 hinggalah ke Season 6 (terakhir). Tetapi rasanya saya tetap akan menontonnya semula. Memang tak pernah jemu pun.
Macam mana lah nak jemu bila terpandang wajah comel "Winnie Cooper" ni kan?..heheh...
Selain itu, saya juga sedang menonton The A-Team, The X-Files, Mork & Mindy dan Seinfeld di Hits. Tu hari ada Moonlightning. Harap-harap akan datang ada pula cerita dan sitcom lama yang lain. Saya masih menunggu Battlestar Galactica, 21 Jump Street, Wiseguy, V, Fall Guy, Family Ties, Greatest American Hero, MacGyver, Knight Rider, Growing Pain, Northern Exposure...iskh...banyak lagi la...

Saturday, March 7, 2015
Ultraphobic
Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada hari ini, 7hb Mac.
Warrant - Ultraphobic (1995)
Seperti yang anda sedia maklum, Grunge adalah antara punca kejatuhan genre hair metal. Dan Warrant adalah antara band yang terkena tempiasnya. Seperti yang diceritakan oleh mendiang Jani Lane, bila poster besar mereka di pejabat syarikat rakaman Columbia digantikan dengan poster Alice In Chains. Mereka sedar zaman kegemilangan mereka telah pun berakhir.
Lebih menyedihkan, selepas Dog Eat Dog (1992) gagal di pasaran. Kontrak rakaman mereka turut ditamatkan. Dan mereka pun berpecah. Ultraphobic adalah cubaan mereka untuk kembali. Lebih aneh, mereka kembali dengan genre muzik yang pernah menghancurkan mereka iaitu Grunge!
Sudah pasti bunyinya lain. Tambah pula kini mereka tanpa Joey Allen (gitar) dan Steven Sweet (drum). Mereka digantikan dengan 2 bekas anggota Kingdome Come, Rick Steier dan James Kottak. (ni sebelum Kottak masuk Scorpions)
Bagi mereka yang biasa dengan Warrant era "Heaven" atau "Cherry Pie" mungkin akan susah untuk hadam. Kali ini sound mereka memang mirip dengan sound grunge dari Seattle. Banyak antara lagu-lagunya kedengaran seperti lagu-lagu dari Alice in Chains. Malah lirik-lirik mereka juga agak "moody" dan "depress" mungkin mengambarkan keadaan Jani Lane yang baru berpisah dengan isterinya, Bobbi Brown (model video clip "Cherry Pie").
Walaupun saya sebenarnya agak kurang gemar, maklumlah jatidiri muzik rock, heavy metal 80an masih menebal dalam diri tetapi perlu diakui album ini sebenarnya bagus. Mungkin kalau namanya bukan Warrant dan berasal pula dari Seattle, Ultraphobic mungkin akan menjadi hit kerana pada saya ianya adalah setanding atau mungkin lebih bagus dari mana-mana album Alice in Chains.
Kurang sesuai untuk yang masih bernostalgiakan era glam metal tetapi lagu-lagu seperti "Sum Of One", "Chameleon", "High", "Undertow" sebenarnya bagus malah pada saya "Stronger Now" adalah sebuah balada yang setanding dengan "Heaven".
Boleh cuba jika anda pengemar grunge.

Friday, March 6, 2015
Birdman: Or (The Unexpected Virtue of Ignorance)
Sehingga keputusan Oscar tempohari saya hanya sempat menonton 5 dari 8 filem yang tercalon untuk anugerah filem terbaik. Saya tidak bercadang untuk menonton "American Sniper" walaupun ianya arahan salah seorang pengarah/pelakon kegemaran saya Clint Eastwood. Bagi saya ia hanyalah propaganda Hollywood untuk memburukan Islam. Maaflah saya tak rasa rugi pun kalau tak menonton filem yang terang-terangan anti Islam.
Manakala "Selma" pula agak sukar untuk mendapatkan versi sedut. Maka satu-satunya yang tinggal dan memang patut ditonton adalah Birdman. Tambahan pula ini adalah filem yang dinobatkan sebagai filem terbaik dalam anugerah Oscar.
Birdman: Or (The Unexpected Virtue of Ignorance)
Berbanding 5 filem lain yang telah ditonton sebelumnya. ini filem yang paling sukar bagi saya. 2 kali saya tertidur di awal cerita sebelum berjaya menghabiskannya pada percubaan yang ke 3.
Gaya penceritaannya memang agak perlahan terutamanya pada awal cerita. Maklumlah ini genre drama, memang senang nak mengantuk bila ditonton di waktu tengah malam. Kalau anda peminat filem aksi, mungkin ini bukannya filem pilihan anda.
Tetapi ianya menjadi semakin menarik selepas tu. Saya cukup tertarik dengan gaya "single shot" (takder potong takder cut secara berterusan) yang digunakan hampir sepanjang cerita. Bukan senang nak buat macam tu. Terasa macam menonton lakonan secara "live" la kan. Tambahan pula ceritanya banyak berkisar di pentas broadway.
Seawal cerita kita telah dihidangkan yang watak utamanya Riggan Thomson (Michael Keaton) mempunyai kuasa supernatural. Tetapi bila kita fikir-fikirkan ia sebenarnya hanyalah imaginasi beliau yang mempunyai "dual personality". Cerita ini memang membuatkan kita kena berfikir. Tambahan pula dengan adegan akhirnya yang kurang jelas. Hidup ker mati? Ok..tak boleh cerita banyak, nanti spoiler bagi yang belum menonton.
Secara jujurnya saya mengharapkan filem lain untuk menang. Tetapi tidak boleh dinafikan Birdman pun bagus. Filem adalah sesuatu yang subjektif. Tapi mana-mana filem yang ada Emma Stone memang berbaloi untuk ditonton...keh..keh..keh...

Wednesday, March 4, 2015
Metal Heart
Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada hari ini (4hb mac)
Accept - Metal Heart (1985)
Album terakhir dari "zaman emas" mereka. Ini adalah kemuncak kegemilangan Accept. Dengan Metal Heart, mereka menjadi "radio friendly" dan mainstream. Sound yang lebih bersih dan "polished" serta lagu yang lebih melodic dan pop.
Pada saya, mereka adalah jawapan Jerman kepada Judas Priest. Terutamanya bahagian "twin guitar solo"nya. Tetapi seperti juga Judas Priest, tahun pertengahan 80an adalah tahun yang mana kebanyakan band heavy metal mula melembutkan sound mereka. Tak boleh nak salahkan mereka. Siapa yang tidak mahukan wang dan kemasyuran. Sayangnya mereka merundum selepas dari ini. Tetapi jangan salah faham. Metal Heart tetap sebuah album yang bagus. Walaupun secara peribadinya pada saya ianya tidak dapat menandingi "Balls to the Wall"ataupun album-album awalnya.
Dulunya ketika belum memiliki cd ini, (tak pernah ada versi kaset) saya selalu tertanya-tanya kenapa ada beberapa bahagian dalam lagu Metal Heart bunyinya seakan-akan saya pernah dengar tetapi tidak pasti dari mana. Rupa-rupanya ianya di ambil dari 2 lagu klasikal terkenal, "Slavonic March - Tchaikovsky " (pada intro) dan "Für Elise - Beethoven" (riff dan solo).
Lagu Metal Heart pada saya adalah penyelamat kepada album ini. Tetapi jika anda sukakan pop metal dengan catchy chorus, mungkin Midnight Mover boleh menjadi pilihan anda. Jika anda tidak pernah mendengar Accept, Metal Heart bukanlah permulaan yang baik.

Monday, March 2, 2015
Waiting for the Punchline
Lagi yang dah menyambut ulang tahun ke 20...
Extreme - Waiting for the Punchline (1995)
Saya adalah peminat Nuno Battencourt. Rambut dia cantik, muka pun hensem...hahaha...tapi secara seriusnya, saya memang meminati petikan gitar beliau. Pada saya selain Vito Bratta (White Lion), Nuno adalah seorang lagi gitaris jelmaan Eddie Van Halen yang bagus. Tak kisahlah copy cat ker apa. Yang penting dia bagus. Kalau asli tapi tak bagus pun apa gunanya.
Ternyata kebanyakan album rock yang diterbitkan pada pertengahan tahun 90an akan terpengaruh dengan "grunge". Extreme tidak terkecuali. Hilang sudah tenaga dan "rock n roll supposed to be fun" yang ada pada mereka. Nasib juga mereka masih mengekalkan solo-solo berhantu Nuno. Itu yang membuatkan saya masih tertarik untuk mendengarnya.
Sound mereka kali ini lebih simple. Seolah-olah rakaman dalam garaj. Mungkin mereka mahukan sound kasar ala-ala Seattle. Paling ketara tiada lagi "guitar overdubs". Agak kosong bunyinya bila hanya satu gitar yang kedengaran. Tambah tak menariknya bila kita boleh dengar (terutamanya kalau menggunakan headphone) bunyi gitar di sebelah kanan dan bunyi bass di sebelah kiri manakala drum dan vokal di tengah-tengah. Seolah-olah bunyi gitar bukan lagi yang utama. Saya lebih menyukai sound penuh seperti album-album mereka yang sebelumnya.
Saya awalnya agak bimbang dengan lirik pada lagu track pertama mereka, "There is No God". Rock rock juga la kan...tapi bab-bab lirik yang menyeleweng akidah ni kena berhati-hati juga. Tetapi setelah meneliti liriknya dan membaca penjelasan Gary Cherone, ternyata maksud lirik itu adalah yang sebaliknya. Lagu ini ditujukan kepada golongan yang tidak mempercayai tuhan ataupun atheist.
Tajuk lagu tersebut pun di ambil inspirasinya dari "headline" majalah Time, "God Is Dead".
Secara keseluruhannya pada saya album ini setakat OK sahaja, Banyak juga lagu-lagu yang agak bluesy dan funky. Tetapi saya cukup tertarik juga dengan beberapa lagu yang solo gitarnya yang sungguh ohsem seperti lagu "Hip Today" dan "Leave Me Alone". Begitu juga dengan kelajuan solo gitar akustik Nuno dalam lagu "Midnight Express". Hebat!
Mungkin bagi peminat Dream Theater boleh juga cuba dengar. Kerana ini adalah album pertama bagi Mike Mangini walaupun kalau tak silap saya beliau hanya bermain untuk 3 lagu. (Hip Today, Leave Me Alone dan No Respect)