Sebenonya aku nak review 1st album Skid Row...tapi disebabkan untuk tidak menghampakan permintaan dari pengantin baru kita yang tak berapa nak baru tu iaitu En Jairo...so ok la...album ke 2 dari Skid Row...Slave To The Grind..
Nak tau sejarah atau siapa Skid Row...ni untuk yang bukan kaki rock la kan..klik je kat sini..
STTG adalah satu album rock yang heavy (tolak yg 3 lagu slow tu la)..jauh lebih berat kalau nak dibandingkan dengan album pertama dorang..Tidak seperti kebanyakan band lain yang makin slow dengan setiap kemunculan album baru...Skid Row pulak sebaliknya...semakin heavy setiap album sehingga album Ke 3 Subhuman Race(album last Sebastian Bach bersama mereka)..
Teringat aku dizaman ITM dulu...ada sorang kawan peminat tegar Aerosmith meminjam kaset STTG aku untuk preview sebelum dia buat keputusan untuk beli atau tidak..(zaman tu tak der internet untuk disedut buat preview..untung zaman sekarang kan)...dia mengharapkan adala lagu2 yg ala2 18 & Life...tapi lepas je dengar 3 lagu awal...dia serender...heavy sangat la... tak masuk katanya...haha..gitu la summary untuk album ni...memang heavy...tapi bukan la heavy tu maksudnya heavy macam death metal tu...tapi straight heavy metal la..ala2 Guns N Roses 'Appetite For Destruction'..
Bagi aku walaupun Dave 'The Snake' Sabo bukanlah seorang gitar hero...tapi beliau sentiasa dapat menghasilkan rif-rif dan melodi yang best untuk Skid Row..tambah pulak dengan lirik2 Rachel Bolan yang menarik walaupun kali ni kurang anthem kemarahan remajanya seperti di 1st album...tapi lebih berkisar kepada tema yg lebih luas seperti politik, dadah dan kritikan sosial..
Vocal Sebastian Bach memang tidak boleh dinafikan la..antara vocalist terbaik genre heavy metal..live pun sebijik...memang aku suka vocal dia...tu pasal bila dia blah...Skid Row dah jadi tak best..walaupun aku suka Rachel Bolan...nampak cool ajer ngan anting2 berantai kat hidung tu..haha..
3 lagu pertama Monkey Business,Slave To The Grind dan The Threat memang best..tak senang duduk dibuatnya layan lagu heavy macam gini..tak perasan kepala terhanguk2..hehe..manakala Get The F**k out (lagu ni kalau edited version cd tak der...ganti lagu lain) sekadar filler..aku kurang berminat..tu pasal dorang pun tak kisah kot lagi ni kena edit..lain2 yg heavy yang menarik hati aku adalah Psycho Love,Creepshow dan Mudkicker..
Antara 3 lagu slow dalam album ni...Wasted Time la paling best...suara Sebastian lunak je menusuk kat telinga aku..In Darkened Room pun boleh tahan...Sebastian ni lagi slow ker heavy ker...memang masuk la..cuma Quicksand Jesus jer...bukan tak best...tapi kalau nak kena pilih...ni pilihan terakhir la...tapi kalau korang nak harap balad ala2 I remember You macam kat 1st album memang takder la...balad kali ni agak kasar sikit soundnya..
Kesimpulan...album ni memang menarik...kalau tak...tak kan boleh capai no 1 kat Carta Billboard kan (yang pertama oleh band metal di era 90an...lepas tu baru Metallica,Pantera dan GnR menyusul...zaman ni tengah gila NKOTB kan...huhu)...cuma ianya bukan untuk orang yg berjiwa Aerosmith (macam kawan aku tu...hahaha)
*gambo sedikit kelam kerana percubaan mengambil gambo tanpa silau diwaktu malam tanpa flash..hehe
*latar belakang gambo dgn complete discography era Sebastian pula adakah untuk tujuan riak skid rowi..huhuhuhu..
best review ko ni..penuh keterujaan hehehe
ReplyDeletealbum ni cuma 2 lagu je aku penah dgr wasted time dan quicksand j*sus... yg lain, tggu turn sbb album ni dah masuk dlm list ebayholic aku tp di blkg album 1st la
ReplyDeletewah...skid row complete gitu.
ReplyDeletetapi aku suka 1st kaset la, best giler start sampai abis
yep, tu jam, beli is gamble bagus ke tak.
gua prefer Skid Row dr GnR...dulu semua bebudak jadik GnR mania tp gua relek pilih SkidRow...Slave to the grind mmg best...lagu slow dia bukan berentak ballad sgt..tuh yg gua suka...ada mood2 dark skit...mmg sampai skrg kalo nak nyanyi full lagu Wasted Time,In A Darkened Room ngan Quicksand Jesus...mmg gua pejam mata je ah...sora sedap x sedap..belakang kira...hahahhahaa
ReplyDeleteI Remember You tu ada sejarah tersendiri... bagi gua.
ReplyDeleteEra selepas Bach merupakan disaster kepada Skid Row... pengkritik muzik menghentam teruk sekali, malah Kerrang pun begitu negatif terhadap mereka. Pengganti Bach, Johny Solinger (sebutan= So-Lin-Jer)dikatakan pembawa petaka.
I Remember You Two adalah versi Solinger dlm bentuk punk yg menghukum Skid Row masuk ke lembah pelacuran rock n roll...!!!
i must say, what the fuck!!!
aku suka In a Darkened room,
ReplyDeleteLittle wings versi Skidrow (Bsides ourselves) adalah yang terbaik dari banyak2 cover.
hai! aku suka review ni, sebab aku memang minat teramat sangat ngan skid row slave to the grind ni,semua lagu aku layan...memang best, aku masih ada kasetnya..cuma aku teda cd, kira nak mencari kat sabah alamat sampai tua la tak jumpa...ok bro! u try review tentang band cinderella lagi album long cold winter!
ReplyDeleteSkid Row??? hahaha..dah lama jadi nama timang2an aku..huuhuhu!! Aku kenal Skid Row ni masa baca majalah...apa ek?..Dah tak ingat..tapi pasal dia jadi opening untuk Bon Jovi...ala macam Cinderella jugak la. So bila album pertama keluar..terus tangkap..seingat aku..aku beli sekali dgn album 'Great radio..' Tesla. Dulu payah nak tengok konsert diaorang. VHS konsert pertama yg aku tengok yg Peace Concert kat Moscow!!
ReplyDelete"You said you never let me down
ReplyDeleteBut the horse stampedes and rages
In the name of desperation"
masa dia nyanyi part ni (Wasted Time) yg dia tarik word 'desperation' tu aku suka. Best.
gua firstime layan band skid row masa kat itm dulu, membe bilik pasang..tanya..lagu apa eh...power betul suara mamat tu...18 & Life, katanya....lantas menjadi pembuka selera, utk aku pinjam kaset membe aku tu...haha...
ReplyDeleteI remember u, lagu wajib ada dlm handphone aku ni...hehe
slave to grind is the best album from skid row eventhough lagu hantu diaorang I will remember you and 18 and life...but wasted time is within the category. teringat bila skid row jadi opening untuk Bon Jovi in 1989..nobody knows about them including gua until 18 and life jadi top in MTV.So masa tengok live tu gua buat dek je. kenangan. Anyway solo i remember U memang best dan berhantu.
ReplyDeletegua minat album 1st self title tu.. lagu big guns, rattle snake, 18 n life dengan youth gone wild mmg sempoi ah.. lagu wajib ill remember you kalau x tau tapi ngaku mat rock.. mmg sah poseur la.. haha..
ReplyDeletevhs dia pun wa ada.. masa tu era self title gak.. pape pun nice review...
-bijak_sinner
zaman ni dah tinggal scene Hard Rock. So tak pernah dengar pun.
ReplyDeleteaku sengaja lambat2kan review album ni pasal aku tau kau pasti akan berbuat demikian. hahaha thanx!!! lagu wasted time tu mmg tak membuang masa mendengarnya!!!
ReplyDeleteskid row terlalu cepat mengecap kegemilangan dan cepat juga hilang dari scene heavy metal. mereka mampu bersaing dengan guns n roses, metallica dan pantera dengan 'slave to the grind'. band yang hebat tapi sayang tak bertahan lama.
ReplyDeletei remember you skid row
Matakucing…biasa la..album ni mmg buat gua teruja masa mula2 dengar dulu..hehe
ReplyDeleteIjau..banyak lagi lagu best…selamat mengebay.
Deaf..tu jam memang..gamble je beli..selalu jugak terpedaya dgn cover2 cantik dan review2 dr magazine tu.
Ajid..lagu2 Sebastian mmg nak terkeluar anak tekak kalau nak bawak terutama part2 yg tinggi tu..
Eddie..I Remember You versi modern rock tu gua ingat budak2 zaman sekarang mungkin boleh terima kot..tapi kalau yg dah biasa layan versi Sebastian…memang uwekk la…dorang dah macam tak der idea..recycle pulak.
Portdy..nak kena review B side Ourselves pulak ker? (pertanyaan dgn penuh riak cd skid rowi…huhuhu)
ReplyDeleteCimca..cd camgini mmg dah x der jual…harap kat ebay,mudah atau lelong je la kot2 ada org nak jual 2ndhand
Long cold winter?..tungguuuuuuuuu :D
Skid..aku ada download konsert kat Moscow tu..yg ada Bon Jovi,Cinderella tu kan…tp dia punya sound ngan gambar tak selari…hampeh
Takilala…part tu kalau lu nyanyi…ikut petua ajid…pejam mata…bantai…hahaha..
Ajie…I remember you ni dedicate kat awek bagus…sure dia cair…pengalaman…pengalaman..huhuhu
Rocksports…gua memang sentiasa jeles ngan pengalaman2 konsert lu..haha..tapi solo Scotti Hill tu mmg membunuh
ReplyDeleteBS..i remember you tu wa rasa mat dangdut pun tau…haha..nanti gua riak 1st albumwi pulak arr…huhu
Abang Ben..x der hal..biasa la tu..tapi kekadang we don’t know what we’re missing..pasal nak tr00 punya pasal…pengalaman gua la kan..huhuhu..
Jairo..no hal
Gayour…biasa la…bila dah glamour..ada je band member yang besar kepala..dorang masih ujud..tapi dah tak sehappening macam dulu2 la..
err, wa pun berjiwa Aerosmith tegar tapi masih boleh layan Skidrow ni tau...a-ha!
ReplyDeletebro, bungkusan dah sampai...
terimakasih daun terup...
ni tengah layan ni...sambil pekena rota...
portdy...lu spesis lain..haha..
ReplyDeletedah sampai eh..bagus...selamat melayan.
just got myself a copy of the cd. wasted time adalah terbaik!! haha!! rock on!
ReplyDeletedevourmentofsouls..yeay..rock on \m/
ReplyDelete