Album lejen thrash yang dah 30 tahun...
Exodus - Bonded By Blood (1985)
Orang kata tak cukup thrash la kalau tak pernah dengar Bonded By Blood. Betul lah tu. Mereka adalah antara yang terawal membawakan gaya muzik yang dikenali sebagai thrash. Ada yang kata mereka lah penciptanya.
Sayangnya mereka tidak di iktiraf sebagai the big 4 of thrash. Tidak pasti dimana silapnya. Mungkin the big 4 tersebut hanya merujuk kepada nilai komersial. Jualan terbanyak. Mungkin juga...
Tetapi ramai yang beranggapan kesilapannya bermula dari Bonded By Blood. Masalah dengan syarikat rakaman menyebabkan album ini tertangguh pengedarannya. Kalau ianya diedarkan setahun lebih awal (saing atau lebih awal dari album-album the big 4 yang lain) besar kemungkinan penerimaan terhadap mereka adalah berlainan.
Satu lagi teori berkemungkinan kerana mereka tidak mempunyai satu lagu yang betul-betul kuat (standout). Lagunya best tetapi tiada yang betul-betul senang nak melekat kat kepala. Atau mungkin sahaja atas faktor pemecatan Paul Baloff. Nyanyian (jeritan?) beliau memang lain. Samada anda suka atau menyampah terus.
Tetapi yang pastinya Bonded by Blood adalah salah satu penanda arah untuk thrash. Rif hangguk kepalanya menjadi trademark. Shredding guitar solo "H-Team" menjadi ikutan. Mungkin mereka (Gary Holt and Rick Hunol) adalah jawapan thrash kepada twin gitar solo heavy metal seperti K.K. Downing/ Glenn Tipton ataupun Dave Murray/ Adrian Smith.
Cuba dengar "And Then There Were None", kalau kepala anda tidak terhangguk hangguk mengikut iramanya. Anda memang bukan mat thrash.
Hebat!
Friday, July 31, 2015
Thursday, July 30, 2015
Toys in the Attic
Yang 40 tahun...
Aerosmith - Toys in the Attic (1975)
Bukanlah peminat besar Aerosmith. Hanya mula mendengarnya di penghujung tahun 80an. Tetapi lagu "Sweet Emotion" yang pernah saya tonton video clipnya di dalam salah satu rancangan MTV di tv Singapura pada awal tahun 90an telah melekat melodinya di kepala. Sempat saya rakam video clips tersebut (zaman tape video VHS) dan menontonnya berulang-ulang kali.
Lama juga mencari mencari album ini sehinggalah pandai menggunakan e-bay. Tidak sangka pula lagu-lagu mereka dari zaman 70an sangat sedap. Ada masanya rasa lebih sedap dari zaman hair/glam metal 80an mahupun zaman "I Don't Want to Miss a Thing" 90an mereka.
Muziknya memang agak berbeza. Band-band rock 70an sememangnya mempunyai feel yang agak berlainan terutamanya dalam pengaruh blues dan rock n roll yang agak kuat. Aerosmith juga begitu.
Tambah menarik Toys in the Attic mengandungi sebuah lagi lagu terawal Aerosmith yang penah saya tahu, "Walk This Way". Pada saya, versi tanpa rap ini lebih menarik dari versi bersama RUN DMC. Selain itu lagu yang menjadi tajuk album, "Toys in the Attic" sekali dengar pun dah melekat melodinya di kepala.
Jika anda gemarkan muzik rock 70an, Toys in the Attic adalah salah satu yang patut anda miliki walaupun anda bukannnya pengemar Aerosmith.
Best!

Wednesday, July 29, 2015
Monday, July 27, 2015
Afterburner
Yang dah 30 tahun...
ZZ Top - Afterburner (1985)
Ketika awal 80an (zaman new wave), abang saya mengenalkan saya kepada ZZ Top melalui album Eliminator. Lagu-lagu seperti "Legs" dan "Sharp Dressed Man" menjadi antara lagu kegemaran beliau. Tetapi entah kenapa saya agak kurang berminat walaupun imej berjanggut dan kereta Hot Rods mereka sememangnya menarik perhatian.
Tetapi setelah mendengar lagu "Rough Boy" (pernah bercerita perihal lagu ini suatu masa dahulu <SINI<) rasa tertarik pula untuk mendengar lagu-lagu lainnya dari mereka. Ternyata Afterburner agak berlainan dengan ZZ Top di tahun 70an yang kuat pengaruh bluesnya. Mereka kini (era 80an) banyak menggunakan bunyian synthesizer. Mungkin kerana terpengaruh dengan demam new wave yang sedang melanda pada waktu itu.
Secara mudahnya muzik Afterburner adalah berentak new wave 80an tetapi yang membezakan mereka adalah gitar solo. Memang banyak gitar solo. Dulu-dulu kalau sebut nama Billy Gibbons, saya hanya terbayangkan imej jangut panjang dan kereta hot rods, tetapi kini saya terbayangkan imej beliau sebagai seorang gitar hero. Memang tabik!
Ada banyak lagi lagu yang best selain Rough Boy. Saya pasti akan mencari album meraka yang lainnya pula.

Friday, July 24, 2015
Infiniti Pt 2
Merujuk kepada entry Infiniti, akhirnya piring hitam ini sudah pun mendapat baju rayanya yang baru.
Agak sukar juga untuk mendapatkan gambar covernya dengan resolusi yang tinggi. Jenuh mengoogle. Tambah sukar untuk mencari gambar yang tidak mempunyai watermark. Yang dapat ni pun tak berapa sharp. Boleh la...janji ada...
Yang belah belakang ni design sendiri. Hentam sahajalah...DIY ajer...tak kemas dan cantik mana...janji dia dapat baju...

Thursday, July 16, 2015
RAYA
Tak payah gambar...cuma nak ucapkan kepada semua pembaca dan pengunjung...
tuan tanah bercuti seminggu...mungkin blog ini pun cuti sama...labih syiok layan kuih raya dari tulis blog waktu hari raya...hahaha...
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
tuan tanah bercuti seminggu...mungkin blog ini pun cuti sama...labih syiok layan kuih raya dari tulis blog waktu hari raya...hahaha...
Wednesday, July 15, 2015
Tempeyek
Ni entry sempena nak raya...
Fed-up dengan tempeyek kat kedai yang semuanya ada ikan bilis di atasnya. Tahun ni kami mencuba untuk membuatnya sendiri.
Tempeyek memang kuih raya kegemaran saya sejak dari kecil. Sayangnya sekarang ni cukup susah nak jumpa tempeyek seperti mana yang mak dan arwah atuk buat. Entah mengapa kebanyakan tempeyek yang di jual sekarang mesti ada ikan bilis. Memang susah nak jumpa dah tempeyek tanpa ikan bilis seperti yang saya makan di kampung atau di rumah jiran-jiran ketika beraya di zaman budak-budak dahulu. Kalau ada pun rasanya tak sama.
Mungkin resepinya sekarang sudah berubah. Tetapi tekak saya tetap mahukan tempeyek Johor asli. Mak memang tiap-tiap tahun pun masih buat. Tapi tak bolehlah nak harapkan orang tua sahaja. Generasi pelapis pun mesti pandai buat. Dengan resepi turun temurun dari mak dan 2 jam bertarung dengan kepanasan api dapur di dalam bulan puasa. Akhirnya saya dan isteri berjaya.
Bukan nak masuk bakul angkat sendiri, tetapi setelah beberapa orang diberi cuba rasa. Semuanya bersetuju ianya seperti tempeyek asli sama seperti mak dan tuk nenek saya buat dulu. Ada pula yang nak order untuk raya. Iskh...kalau tak kenangkan kepanasan api dapur....mau tahun ni bukak tempahan tempeyek untuk raya...hehehe...

Tuesday, July 14, 2015
Vs Selangor
Liga Super
13hb Julai 2015
JDT [3] - [1] SELANGOR
JDT
Amri Yahyah 11'
Luciano Figueroa 45'+2, 79'
SELANGOR
Andik Vermansyah 45'+1
Rengkas-rengkas ajer la...semua pun dah mood nak raya kan...
Macam game dengan Dortmund juga, last minute baru decide nak pergi tu pun bila member satu opis siap datang rumah jemput.
Yang bestnya game bulan puasa ni start lambat. Lepas Isyak keluar rumah pun masih sempat. Orang pun tak ramai. (11,300 orang yang diumumkan oleh pihak stadium). Tak payah susah-susah beli tiket awal. Sampai stadium pukul 9.30 malam pun tiket masih ada jual.
Teringat masa zaman 80an dan 90an dulu pun macam ni. Tak pernah beli tiket awal. Keluar rumah lepas maghrib pun masih sempat beli dan dapat tempat duduk. Dia sejak TMJ pegang ni jer tetiba stadium jadi sesak. Semua jadi kemaruk. Yang dulu tak minat pasal bola pun tiba-tiba jadi pakar.
Game pukul 8.45 pm, pukul 5 lebih dah kena masuk stadium pasal nak chop tempat duduk. Kalau tak...memang kena berdiri la jawapnya. Giler!!...banyak masa terbuang. Itu antara sebabnya saya dah malas nak pergi stadium. Mungkin bukan saya seorang. Ramai lagi yang rasa macam tu. Dah la parking pun susah kalau datang lambat. Nak beli tiket satu hal. Ulat bermaharajalela. Tu pasal kebelakangani stadium dah tak berapa nak penuh. Orang dah penat. Lain lah pada mereka yang mampu nak beli season pass.
Haha...keluhan hati peminat bola golongan marhean...Ingat nak tulis ringkas tapi dah jadi panjang.
Ok berbalik pada game. JDT masih dapat mengekalkan rekod tanpa kalah kat Larkin. Kalau tak silap sejak Ogos 2013...dah nak masuk 2 tahun tu. Game best, ultraSel pun happening. Cumanya pada saya pengadil kat Malaysia ni memang antara penyumbang untuk berlaku kekecohan penonton. Memang hampeh.
Last sekali, akhirnya TMJ buka mulut. Walaupun masih tak jelas kenapa dia letak jawatan. Tetapi sekurang-kurangnya dia berjanji yang projek JDT ini akan jalan terus. Saspen juga kalau-kalau dia dah fed-up. Siapa lah yang nak tolong pump duit dan carikan penaja kan..
LUASKAN KUASAMU!!!
13hb Julai 2015
JDT [3] - [1] SELANGOR
JDT
Amri Yahyah 11'
Luciano Figueroa 45'+2, 79'
SELANGOR
Andik Vermansyah 45'+1
bas chrome vs bas merah kuning |
Rengkas-rengkas ajer la...semua pun dah mood nak raya kan...
Macam game dengan Dortmund juga, last minute baru decide nak pergi tu pun bila member satu opis siap datang rumah jemput.
Yang bestnya game bulan puasa ni start lambat. Lepas Isyak keluar rumah pun masih sempat. Orang pun tak ramai. (11,300 orang yang diumumkan oleh pihak stadium). Tak payah susah-susah beli tiket awal. Sampai stadium pukul 9.30 malam pun tiket masih ada jual.
Teringat masa zaman 80an dan 90an dulu pun macam ni. Tak pernah beli tiket awal. Keluar rumah lepas maghrib pun masih sempat beli dan dapat tempat duduk. Dia sejak TMJ pegang ni jer tetiba stadium jadi sesak. Semua jadi kemaruk. Yang dulu tak minat pasal bola pun tiba-tiba jadi pakar.
Game pukul 8.45 pm, pukul 5 lebih dah kena masuk stadium pasal nak chop tempat duduk. Kalau tak...memang kena berdiri la jawapnya. Giler!!...banyak masa terbuang. Itu antara sebabnya saya dah malas nak pergi stadium. Mungkin bukan saya seorang. Ramai lagi yang rasa macam tu. Dah la parking pun susah kalau datang lambat. Nak beli tiket satu hal. Ulat bermaharajalela. Tu pasal kebelakangani stadium dah tak berapa nak penuh. Orang dah penat. Lain lah pada mereka yang mampu nak beli season pass.
Haha...keluhan hati peminat bola golongan marhean...Ingat nak tulis ringkas tapi dah jadi panjang.
Ni dua player ni memang paling sporting dengan penyokong. Siapalah malam tadi yang bertuah dapat kasut Amri Yahyah dan jersey Safiq Rahim... |
Ok berbalik pada game. JDT masih dapat mengekalkan rekod tanpa kalah kat Larkin. Kalau tak silap sejak Ogos 2013...dah nak masuk 2 tahun tu. Game best, ultraSel pun happening. Cumanya pada saya pengadil kat Malaysia ni memang antara penyumbang untuk berlaku kekecohan penonton. Memang hampeh.
Last sekali, akhirnya TMJ buka mulut. Walaupun masih tak jelas kenapa dia letak jawatan. Tetapi sekurang-kurangnya dia berjanji yang projek JDT ini akan jalan terus. Saspen juga kalau-kalau dia dah fed-up. Siapa lah yang nak tolong pump duit dan carikan penaja kan..
LUASKAN KUASAMU!!!
Monday, July 13, 2015
gila format 2
RATT - Dancing Undercover (1986)
Tidak seperti album Cinderella, yang ini memang dicari piring hitamnya. Kebetulan pula terjumpa dengan harga yang mampu milik. Album kegemaran dari RATT. Antara album rock awal yang saya beli dengan mengumpul duit belanja sekolah. Kaset jenama Apache dengan harga RM3.00 sudah semestinya. Itu jer yang termampu. Itu pun seminggu lebih juga mengumpul. Maklumlah duit belanja sekolah hanya 50 sen sehari.
Memang banyak "sentimental value"nya. Hampir hari-hari dengar lepas balik dari sekolah. Kasetnya masih elok hingga ke hari ini. Lagu-lagunya pun catchy. Paling menarik kerja gitar dari Warren DeMartini dan Robbin Crosby. Terbaik!
**Headwind pernah tiru konsep gambar cover album ni >SINI<
Friday, July 10, 2015
Vs Borussia Dortmund
Persahabatan Antarabangsa
09hb Julai 2015
JOHOR DT [ 1 ] - [ 6 ] BORUSSIA DORTMUND
JDT
Gary Steven Robbat 39'
BVB
Ilkay Gündogan 22'
Pierre-Emerick Aubameyang 29'
Kevin Kampl 32'
Shinji Kagawa 74'
Jeremy Dudziak 82'
Marco Reus 89'
Lama dah tak cerita pasal bola. Pasal memang dah lama dah tak turun Larkin. Awalnya tak bercadang pun nak pergi. Bulan puasa la kan. Tapi bila tiket dah dalam tangan walaupun tak pergi cari...tambah pula teringin juga nak tengok ex Manchester United, Shinji Kagawa dan lain-lain bintang dunia macam Marco Reus, Mats Hummels dan Ilkay Gundogan main depan mata. Turun juga la..
Game ni tak guna season pass. Yang pegang tiket rumah kos sederhana macam saya merasa la duduk kat kawasan season pass (kawasan garisan tengah). Kalau tiket pprt kena duduk kawasan belakang tiang gol. Kawasan rumah mewah (grandstand) memang tak mampu ler. (banyak mat saleh jer kat situ)
Tapi bila lepas Isyak baru keluar rumah, memang tak merasa la nak dapat seat yang strategik. Nasib juga tak sesak.
Jumlah penonton dalam 12,800 orang. Kira ok la tu kalau nak dikirakan main dalam puasa. Tambah pula harga tiket pun agak mahal. Orang dah sibuk nak raya ni...mana nak cekau duit.
Tapi yang bestnya kali pertama nampak ada pelbagai kaum. Ramai juga cina dan india. Orang putih pun ramai. Bangsa Johor la kan...heheh...Benda ni yang bagus. Perpaduan...Tiada rasis. Time JDT score semua pun bersorak...time Dortmund score pun sorak juga...heheh...
Yang bestnya ada baling-baling resit. Lama dah takder. Game ni bukan bawah FAM. So rumah kita...buat cara kita...kalau tak...maunya kena denda. Cuma bakar flare takder la...dorang bakar kat luar stadium. Banyak asap la...kesian yang bawak budak-budak.
Bagusnya sekarang undang-undang larangan merokok dah ketat. Siapa yang hisap rokok memang kena sound dengan marshal. Tapi ramai juga yang naik seat yang paling atas untuk hisap. Ok la sekurang-kurangnya asap tu tak ganggu orang lain.
Ni paling dekat gambar Kagawa (no 2 dari kiri) yang dapat saya ambil. Yang lain-lain tu susah nak cam kecuali masa game jersey ada nama. Muka Jepun la kan...senang nak kenal.
Perlawanan secara keseluruhannya ok la. Semua player tempatan JDT merasa main. Kalau nak banding standard tu memang nampak la jauh ketinggalan. Bak kata adik saya pun, "Dortmund main macam dalam tv"....hahaha...tu baru Dortmund...belum lagi Bayern Munich kan....
Ni masa penyampaian hadiah. Meriah. Ok la. Kalah memang dah tentu-tentu kalah. Tapi dapat tembus sebijik gol pun jadi la. Tak sia-sia hantar Gary 3 bulan kat Dortmund...hahaha...
Ni masa abis game. Siap ada pertunjukan bunga api...rasa macam hari raya...kena pula B.O.S siap nyanyi lagu "suasana hari raya"...
Ni cenderamata mata (goodies) setiap orang dapat masa masuk stadium. Ok la bayar mahal-mahal sekurang-kurangnnya ada la juga benda nak bawa balik rumah.
Secara keseluruhannya puas hati la. Harap benda ni bukan habis kat sini. Dulu pun banyak negeri buat perlawanan persahabatan antarabangsa macam ni. Tapi hangat-hangat tahi ayam. Kesinambungannya tiada.
Harapnya kalau tahun ni Dortmund...tahun depan cuba la Bayern ker, Real Madrid ker...tapi kalau dapat Manchester United...memang senyum ketelinga...heheh...

Thursday, July 9, 2015
Gerbang Kayangan
Yang baru sampai minggu lepas...
Sil Khannaz - Gerbang Kayangan LP (2015)
Akhirnya album terbitan tahun 1997 ini berjaya juga dikeluarkan dalam bentuk LP.
Lama dah pre-order, sejak januari yang lalu. Walaupun tengah berpuasa LP, tapi yang ini sememangnya tak boleh dilepaskan. Korek tabung la jawapnya.
Diterbitkan dalam bentuk gatefold-sleeves dengan insert yang penuh berwarna-warni berserta pin-up bersaiz A3. Memang puas hati.
Gerbang Kayangan adalah perubahan Sil Khannaz untuk menjadi lebih melodik dengan solo-solo yang sangat catchy. Lagu yang lebih mudah hadam (radio friendly?), lebih progressif berbanding Conception of Madness yang lebih kepada death metal dengan pengaruh thrash.
Tambah menarik album ini secara keseluruhannya mengunakan lirik bahasa melayu. Sesuatu yang agak janggal pada waktu tersebut. Secara peribadinya ini sememangnya album kegemaran saya dari mereka.
Kalau tak silap ianya terhad kepada 300 unit sahaja. Di keluarkan dalam 4 pilihan warna. Kali pertama saya memiliki piring hitam yang berwarna merah. Tambah esklusif, warna merah seperti ini telah pun lama sold out, sejak pre-order lagi. Mungkin dalam masa 3 tahun saya boleh menjualnya dengan harga lebih dari RM300. Hidup Kapitalis. Hehehe...
Akhirnya cd saya ini sudah berteman. Sayang tidak mempunyainya dalam bentuk kaset. Kalau tak boleh dah buat entry "Gila Format"...

Tuesday, July 7, 2015
Roti Arab Mersing
Sebenarnya tak berapa nak sesuai cerita perihal makanan di bulan Ramadhan ni. Tapi disebabkan dah terjumpa sebuah warung yang berkenan di hati, cerita juga lah...
Kali ini lokasinya di Mersing. Tak pasti apa nama warungnya. Tempat ni pun anak yang belajar di Mersing yang tunjukkan. Dia selalu makan kat sini. Tambahan pula tuan punya warung adalah nenek kepada rakan sekelas beliau.
Antara makan kegemaran utama kat sini adalah Roti Arab yang dicicah dengan kari ayam. Memang sedap. Tambah sedap dan berbaloi harganya cuma RM1. Murah giler.
Kali pertama makan ni. Saiznya pun boleh tahan besar. Berbaloi la dengan harganya RM1.
Yang menariknya, gerai ni tepi laut. Sambil makan sambil menikmati pemandangan pulau-pulau di sekitarnya.
Keropok lekor banyak ni pun cuma RM1. Kat JB memang tak dapat la...
Layan sikit "view" laut. Memang syiok la makan kat sini. Tenang...damai...yang paling bestnya murah. Selain roti arab, ada juga makanan barat. Chicken Chop pun sekadar RM5. Sayangnya hari tu nak cepat. Tak sempat nak cuba. Nanti lain kali datang lagi.
Ni pula lokasinya...dari Bandar Mesing...seberang jambatan...ikut Jalan Pantai..kampung apa dan alamat lengkapnya tak pasti...Ikut cara Mus Speedrider...aku tampal Google Streetview...
Harap-harap siapa yang berminat tu bolehlah jumpa tempat ni...

Monday, July 6, 2015
Doktrin Metos
Masa Scarecrow – Doktrin Metos (2015) (terbitan asal 1990)
Ini patut disokong. Tabik pada New Southern Records Sdn Bhd (NSR) kerana berani menerbitkan semula album lama seperti Doktrin Metos. Bosan juga bila kita asyik disogokkan dengan album-album kompilasi.
Usaha yang bagus tapi sayangnya masih ada yang perlu dikomplen. Soundnya setakat boleh dengar. Bunyi agak tenggelam. Memang terpaksa menguatkan volume. Ada yang mengatakan cd ini diambil terus dari kaset bukannya master tape asal. Mungkin betul mungkin tidak. Wallahu a’lam.
Covernya pula walaupun menggunakan kertas yang berkualiti (baunya tu betul-betul mengingatkan saya pada zaman unboxing kaset zaman budak-budak dulu) tetapi gambarnya tidak lengkap. Sepatutnya ada gambar band tetapi yang ada hanyalah sekadar lirik.
Secara jujurnya saya tidak pernah mendengar apatah lagi memilikinya sebelum ini. Penghujung tahun 1989 adalah zaman saya menjadi "true". Tak main la layan rock melayu. Ini semua poseur!!! hehehe...
Satu-satunya lagu dari mereka yang saya tahu pada waktu itu adalah Amanda Gadisku. Mungkin mereka nak tiru Boston agaknya. Itu pun pasal selalu terdengar lagunya di radio. Saya ingatkan lagu tersebut ada dalam album ini, rupanya tidak. Album ini mengandungi satu lagi lagu mereka yang popular iaitu "Patahnya Sayap Malam".
Secara keseluruhannya saya agak tertarik juga dengan lagu-lagu berat mereka. Rif gitarnya yang agak berat. Tetapi lagu-lagu perlahannya macam biasalah era 90an. Jenis meleweh.
Khabarnya banyak lagi yang akan diterbitkan semula oleh NSR. Kalau betul, memang bestlah. Tapi saya cukup teruja bila ada khabar angin yang mengatakan pihak Life Records akan menerbitkan semula Rintangan Hidup Dunia, Kekejaman, Bisa, Darjah Satu dan lain-lain dalam bentuk piring hitam. Kalau jadi memang parah la...Mana nak cekau duit oii!!!
Friday, July 3, 2015
Theatre of Pain
Lagi yang dah 30 tahun pada 21hb Jun yang lalu.
Motley Crue - Theatre of Pain (1985)
Banyak pula album-album rock yang diedarkan pada bulan Jun. Kerana sedikit sibuk dengan kerja sejak akhir-akhir ini, asyiklah terlepas nak menulis pada hari yang sama ianya diedarkan. Banyak lagi yang tertinggal. Dah masuk bulan Julai pun. Tu belum masuk album-album yang diterbitkan sebelum Jun yang terlepas pandang.
Tapi disebabkan dah pernah bercerita perihal album ni dulu >SINI<. Senanglah sikit. Tak perlu berceloteh panjang. Baca sahajalah cerita yang pernah saya tulis 5 tahun yang lalu tu (pergh!!!...lama dah)
Perasaan saya pada Theatre of Pain tidak berubah. Tetap sama macam 5 tahun yang lalu. Yang berubahnya cuma sekarang saya telah pun memiliki pirang hitamnya (riak lpwi...hahahaha..)
Motley Crue adalah antara band yang teringin sangat nak tengok live depan mata. Sayangnya memang tak akan tercapai. Mereka akan berpecah selepas berakhirnya siri jelajah konsert The Final Tour Disember ini. Dengar ceritanya Alice Cooper yang akan diberikan penghargaan untuk membunuh karektor Motley Crue. Selepas dari itu mereka tidak akan lagi boleh beraksi di atas pentas dengan menggunakan nama Motley Crue. Siap dah buat kontrak perjanjian dah pun.
Terimakasih Motley Crue. Salah satu band yang pernah menjadi soundtrack kehidupan saya pada zaman remaja dahulu.

Thursday, July 2, 2015
Duran Duran Durian
Musim duran duran durian kembali...
Sayangnya kali ni dia gugur tak banyak. Cuaca JB tak menentu sebelum Ramadhan hari tu. Bunga lebih banyak yang gugur dari jadi buah. Rasanya tak sampai raya pun dah abis dah. Kesian la kat anak-anak yang duduk asrama tak dapat merasa.
Kena pula sekarang ni bulan puasa. Cuaca panas lak tu. Nak makan banyak pun tak ada feel. Tak kan hari-hari nak berbuka dan bersahur durian.
Yang nak bagi orang pun dah bagi. Yang lebih tu buat bubur kacang durian la jawapnya. Cecah dengan roti atau makan dengan biskut pun sedap juga...pergh!!!!...lazat!
Err...sorry la...puasa ek....hehehe....