Tuesday, June 22, 2010
Theatre Of Pain
Tibanya tarikh 21hb Jun 2010 (semalam)..maka genaplah 25 tahun usia album Theatre Of Pain…album yang mengangkat status Motley Crue menjadi rock star…album yang membuatkan mereka dikenali di seluruh dunia…menjadi komersil…masuk MTV…masuk carta Top 40…jualan album berstatus platinum…konsert di venue2 besar…buat duit…tapi adakah ini album terbaik mereka???…hmmm...tak jugak...
Sempena ulang tahun ke 25 album ni…jom berkongsi cerita pasal Theatre Of Pain….tak sangka dah 25 tahun rupanya…aku pun mendengar album ni bukanlah di tahun ianya diriliskan….cuma ada beberapa lagu yang aku dah dengar melalui kaset apache Best of Motley Crue yang aku beli…kalau tak silap pada tahun 1986…tapi 1st time mendengar full album ni adalah semasa Motley Crue sudah pun meriliskan album seterusnya iaitu Girls Girls Girls…
Kalau sempena 20 tahun album Dr Feelgood’s tahun lepas dorang ada buat live show keseluruhan lagu2 dari album tersebut tapi nampaknya untuk Theatre Of Pain tak der news pulak dorang akan buat benda yang sama…Cuma kabarnya fan club mereka ada mengeluarkan semula t-shirt Theatre Of Pain tour khas kepada ahli kelab mereka….cantik jugak t-shirt tu…kalau lah aku ahli kelab kan dah boleh pakai time belanja dapur di Tesco awal bulan nanti…hahahaha…
Dari dulu aku suka album ni semata2 pasal lagu Home Sweet Home dan Smokin’ In The Boys’ Room….rasanya start dari album ni Motley Crue dah mula berubah dari segi muzik dan imejnya sekali…riff2 Mick Mars dah tak berapa heavy…sound pun dah bersih dan tak raw macam Shout At The Devil…imejnya pun dah start solek ala2 glam…tak setan lagi…bagi aku tak banyak lagu2 yang kuat dalam album ni tapi yang peliknya album ni adalah antara album dorang yang paling laku...
Kat dalam cd remastered version ada komen Mick Mars pasal album ni…korang boleh baca dengan klik gambo kat bawah ni…
Apa2 pun aku memang suka lagu Home Sweet Home…antara lagu slow rock pilihan sepanjang zaman aku…solo Mick Mars dalam lagu ni pulak antara solo yang paling aku suka…memang sentiasa terngiang2 dalam kepala aku solo lagu ni…dulu2 time masa aku kat ITM…time balik kampung bukak lagu ni kat walkman dalam bas…memang terasa syahdunya…
Satu lagi lagu yang jadi anthem zaman sekolah aku adalah Smokin’ in the boys’ room…ni time sekolah nyurok2 hisap rokok kat tandas sekolah mesti rasa terngiang2 macam lagu ni jadi dia punya background soundtrack…tu jam standard la…sebatang rokok kongsi sampai 4,5 orang…tak pernah la pulak kantoi...heheh..
Lain2 yang aku rasa menarik adalah City Boy Blues dan Raise Your Hand To Rock…yang lain2 tu just average jer la…kalau ada sapa2 yang baru bercadang nak beli cd ni aku rekomen korang beli versi remastered pasal ada 7 bonus tracks…kira berbaloi jugak la…
Walau apa pun orang nak kata…cheesy ker apa…Theatre Of Pain tetap adalah salah satu album yang menjadi soundtrack hidup aku….\m/
Labels:
1985,
cd,
Motley Crue,
rekomended,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku lak tak berkenan ngan home sweet home ni..
ReplyDeleteekcueli, aku tak minat ni album haha, aku prefer dr feelgood
ini zaman abang aku...
ReplyDeletedeaf...aku pulak tak berapa suka dr feelgood..walaupun ada beberapa lagu best tapi album tu Crue dah feel blues sangat...
ReplyDeletemhagnoth...nasib abang...kira muda lagi la tu...hahaha
hello abg berteromber,
ReplyDeletebest la review album 2 yg jadi soundtrack kehidupan abg berteromber. saya suka. tima kasih
aku budak lagi masa ni.. isk
ReplyDelete