Tuesday, August 18, 2015
Musim Rambutan
Musim durian dah habis. Sekarang tengah musim rambutan. Tapi musim durian hari tu paling tak best. Kena masa bulan puasa. Lepas berbuka dah kekenyangan. Tak larat dah nak makan. Memang tak terhabis. Buat lempok la jawapnya.
Rambutan pula kena masa raya. Ok la juga. Tapi pun sama juga...tak larat dah nak makan. Banyak sangat dah makan kuih raya.
Buat yang tak kenal. Bawah tu pokok rambutan. Atas pokok durian. Kanan tu sekolah. Hahaha...
Pokok rambutan ni kalau dibiarkan boleh jadi tinggi. Tapi biasanya kita cantas dahan dia supaya dia boleh berbuah lagi dan takder la tinggi sangat. Zaman budak-budak dulu, senapas jer panjat sambil makan rambutan kat atas pokok. Sekarang dah tak larat. Bukan pasal gayat. Tapi pokok ni banyak kerengge. Adoi tak boleh tahan oo kalau kena gigit.
Ni pokok rambutan kuning ataupun dipanggil rambutan gading. Yang ni baru beberapa tahun tanam. Dah dapat hasil dah. Rendang ajer ni tapi boleh tahan banyak buahnya. Tapi tak boleh tahan banyak semut.
Tinggal ni jer pokok rambutan gading sebatang. Yang lainnya dah kena tebang. Dulu ada satu tanam tepi rumah. Isinya memang manis. Longkah. Kalau masa musim rambutan, memang balik sekolah terus panjat. Pernah sekali bulan puasa pun panjat makan atas pokok. Dah nak kenyang baru teringat puasa. hahaha...Sayangnya pokok tu kena penyakit. Kena tebanglah penyudahnya.
Untung juga ada pokok-pokok ni kat kampung. Dapat la anak-anak kenal yang mana pokok rambutan, yang mana pokok durian, yang mana pokok duku, yang mana pokok manggis. Duduk kat taman perumahan mana la nak jumpa pokok-pokok ni semua.
Walaupun tak banyak mana pokoknya. Ini pun dah tak terhabis makan. Orang tua dah larat dah nak mengait, kita pula kerja. Ada masa balik kampung pun cuma hari minggu. Tu pun Johor dah tukar hari minggu hari jumaat. Susah buat yang cuti hari ahad, anak-anak pula sekolah hari ahad. Lintang pukang jadinya...
Penyudahnya banyak yang busuk atas pokok. Nak bagi jiran sekampaung, semua pun ada pokoknya. Kekadang tu bawa juga balik rumah. Untunglah siapa yang berjiran. Kalau masa rajin nak mengait tu...sikit-sikit pun sebaldi juga jiran merasa.
Nak merasa...jom la datang...kait sendiri eh...heheh...
*kalau siapa perasan...kat gambar atas tu ada buah pulasan...nanti cerita buah pulasan pulak...
Kalo rambutan mmg aku suka rambutan gading senang nak mkn.kalo 'mutan' merah selalu tak longkah.teselit kat gigi tu yg aku tak suka..heheh.pulasan pun lama tak mkn.tapi kalo dukong or duku mmg sedap ngadap nak pulak kalo yg tak masam.
ReplyDeletesaya suka makan rambutan yg isinya terbuka sedap.. kalau aku pergi rumah pakcik bini aku kat beranang sana, sekarung aku bawa balik klang. cuma yg tak suka rambutan ni, banyak semut... serammm..
ReplyDeletekenangan kecik2 panjat pokok rambutan, jambu, dll... betul. memang senafas je
ReplyDelete"Buat yang tak kenal. Bawah tu pokok rambutan. Atas pokok durian. Kiri tu sekolah. Hahaha..."
aku rasa sekolah tu kat sebelah kanan...
haha..typo...edited tq
DeletePost yang gerek.
ReplyDeleteAku suka buah rambutan kopek then masuk esbok.
Lepas tu makan sejuk gitu.. heaven.
Anyway, rambutan ni aku tengok harga dah macam harga buah import kat KL
wife aku rajin buat macam tu...budak2 suka la senang tak payah nak kopek...
DeleteHahaha.. nanti jadi lumrah. Main bukak esbok je, potong ke, kopek kulit ke takde, tahu bukak esbok dah ready, sejuk
ReplyDelete