Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada hari ini (30hb September)
Yngwie Malmsteen's Rising Force - Marching Out (1985)
Walaupun ini bukanlah album Malmsteen yang pertama saya tetapi Marching Out memang banyak kenangannya. Berangan nak jadi gitar hero pun kerana album ini. Lagu "I Am a Viking" khususnya. Lagu ni memang kira anthem bagi budak-budak rock melayu zaman tu. Jenuh menekan butang "play","stop", "rewind". "stop", "play", "stop", "rewind". "stop", "play", "stop"....berulang-ulang kali di radio kaset semata-mata kerana nak belajar main lagu ni dan mencari liriknya.
Lawaknya dalam satu temuramah radio bersama Brader Bo (Vicious Voulume - Radio Ria Singapura), Malmsteen sendiri tak menyangka yang lagu tersebut boleh jadi hit di belah Malaysia dan Singapura. Bagi beliau lagu itu hanyalah sebuah "joke" semata-mata.
Tetapi selain dari "I Am a Viking", lagu-lagu lain pun best belaka terutamanya lagu-lagu dari side A. "I'll See the Light, Tonight" , "Don't Let It End", "Disciples of Hell" menjadikan Jeff Scott Soto penanda aras untuk vokalis-vokalis yang terkemudian darinya.
Malas la nak cerita pasal Malmsteen. Sudah sememangnya saya akan "bias". Memang banyak pengaruh yang dibawanya kepada band band rock di Malaysia pada tahun 80an dulu. Selamanya beliau adalah gitar hero saya.
Marching out akan sentiasa membawa saya kembali ke umur belasan tahun. Maka sememangnya tak patut kalau album ini tidak di"gila formatkan".
*versi kaset saya mempunyai gambar cover yang berbeza. Sebenarnya hanya cetakan dari Jepun yang mempunyai cover sebegitu walaupun kaset saya adalah cetakan lanun apache dari Malaysia...heheh...
Wednesday, September 30, 2015
Tuesday, September 29, 2015
Maze Runner - The Scorch Trials
Lama dah tak bercerita pasal filem...
Maze Runner - The Scorch Trials (2015)
Seperti biasa waktu cuti sekolah melayan anak-anak menonton filem. Cuma yang berbezanya kali ini tajuk filem di pilih oleh anak yang sulong, bukannya yang bongsu. Makanya filem kali ini bukanlah sebuah filem kartun (walaupun Hotel Transylvania 2 juga sedang ditayangkan)
Pilihan anak yang sedang meningkat remaja. Maka sudah tentu filemnya juga bercorak remaja. Entah mengapa remaja sekarang begitu kemaruk dengan cerita adaptasi novel bergenre post apokalip yang sebegini. Tak jauh beza kot kalau nak dibandingkan dengan Divergent mahupun Hunger Games. Tapi remaja dulu-dulu pun apa kurangnya kan. Saya dulu kemaruk juga dengan siri Mad Max.
Nasib juga filem Maze Runner yang pertama baru-baru ini sempat saya tonton di Astro. Kalau tidak mungkin juga saya sesat sepanjang menontonnya. Pada saya kena tonton yang pertama baru mudah untuk paham jalan cerita yang ke 2. Aksinya memang bagus. Kali ini ada zombi. Sesuai dengan tajuknya, jalan ceritanya memang asyik berlari.
Walaupun begitu saya lebih sukakan Maze Runner yang pertama. Mungkin kerana ketika itu belum tahu kenapa mereka berada disitu. Unsur "saspen"nya lebih. Tetapi yang menjadikan The Scorch Trials ni menarik adalah twist di penghujung ceritanya. Memang saya tak sangka. Ianya membuatkan anda rasa tak sabar pula untuk menunggu sambungannya.

Monday, September 28, 2015
Revolusi Mental
Lagi cerita pasal album-album yang dikeluarkan semula dalam betuk cd
Dinamik - Revolusi Mental (1991) - Keluaran semula 2015
Sebuah lagi album yang dulunya tak berminat pun nak dengar apatah lagi kalau nak beli. Tapi semenjak adanya keluaran semula ni teringin pula nak mencuba.
Dulunya saya tak suka Dinamik. Lagu meleweh. Salahkan radio yang memutarkan lagu-lagu yang sebegitu. Tetapi perlu saya akui, lagu perlahan mereka masih ada bunyi distortion dan solo gitar yang bagus. Tetapi semenjak mendengar cd Revolusi Mental secara keseluruhan, perasaan saya berubah.
Tolak lagu-lagu yang meleweh ( 4 kesemuanya). Lagu-lagu lain sebenarnya agak bagus. Banyak pengaruh thrash dalam rif-rif mereka. Contohnya lagu "Syahid" . Lagu "Tahyul" pula ada riff ala-ala Metallica. (kalau terer...cuba teka lagu apa? :P )
Selain itu saya juga tertarik dengan lagu yang menjadi tajuk album "Revolusi Mental". Ala-ala heavy metal 80an. Saya bersetuju dengan Rafi Xyrus Zone yang lagu "Pesta Rock" mempunyai riff yang seakan akan dari Vito Bratta (White Lion).
Kesimpulannya pada saya (tolak 4 lagu slow yang meleweh) ini adalah sebuah album hard rock/heavy metal yang bagus. Terimakasih atas keluaran semula ini, jika tidak sudah pasti selamanya saya ingatkan Dinamik hanyalah sebuah band rock leleh.
P/s...ada sedikit kemusykilan, pada sesiapa yang tahu...Selain Nai, ada penyanyi lain kah yang menyanyi dalam album ini. Mengikut telinga amatur saya terdapat perbezaan suara dalam 2 lagu (kalau tak silaplah)...

Friday, September 25, 2015
Transfigurasi
Yang dah 20 tahun....
Shahrul - Transfigurasi (1995)
Pemain kaset dah rosak. Kasetnya pun dah hampir 20 tahun tak pernah dimainkan. Makanya tak bolehlah nak cerita tentang lagu-lagu di dalamnya. Dah terlupa.
Tetapi kalau cerita pasal Shahrul atau Ekamatra secara umumnya. Sudah 2 kali saya bertemu mereka. Pertamanya di kedai kaset tingkat 2 di Komtar, Johor Bahru. Lejen tempat ni suatu ketika dulu. Ketika itu mereka bersama-sama kumpulan Crossfire mengadakan seisi promosi album. Tahun 1989 kalau tak silap.
Kali keduanya (tahun 1990) ketika saya hadir menyaksikan persembahan konsert live Ekamatra di panggung wayang lama di Ulu Tiram. Tinggal sejarah tempat ni. Generasi baru mesti tak tau. Tempat saya menyaksikan filem Bukit Kepong. (Satu kampung pergi tengok...hahaha..) Lama dah tutup panggung ni. Sekarang dah diubahsuai jadi kedai. Ianya terletak berdekatan dengan bus/taxi stand Ulu Tiram.
Sharul ni memang klon Malmsteem. Terutama di zaman-zaman awal kemunculan dia. Tengok sahajalah jenis gitar yang dimainkan beliau. Menyaksikan dia live di Ulu Tiram dulu rasa macam tengok video Malmsteen Live in Leningrad. Sebijik gaya, dressing dan cara permainannya. Apa yang Malmsten buat itulah yang sebijik di tirunya.
Tak kisah la klon ker apa. Saya memang tabik dengan dia. Zaman tu dia baru 16 atau 17 tahun. Usia semuda tu dah boleh main sebijik macam Malmsteen memang tabik la. Hebat. Antara gitaris Malaysia yang saya kagum.
Sayang tak tau kat mana silapnya (lebih pada masalah peribadi mungkin). Bintang dia tak berapa nak menyinar. Selepas Ekamatra, Eka, Man Bai, Zainal Abidin (sekadar menyebut yang saya tahu) dia terus menyepi. Timbul sekali sekala dengan berita kontroversi dan menyepi kembali. Tak pasti adakah beliau masih aktif. Sayang bakat dia terbuang begitu sahaja.
Khabranya album Ekamatra "Satu Tekanan Irama" juga akan diterbitkan semula oleh Universal Music/EMI dalam bentuk cd. Kalau betul, mungkin juga akan saya beli.

Wednesday, September 23, 2015
Bakar Bakar
Lama dah tak cerita pasal tempat makan...
Kali ni khas untuk sesiapa yang suka makan steamboat. Satu tempat yang agak popular di Johor Bahru adalah Bakar Bakar Steamboat & Grill di Bandar Baru Uda.
Makan sampai kenyang hingga tutup kedai secara buffet RM37 dewasa dan RM17 kanak kanak (kalau tak silap)
Orang rumah memang suka makan steamboat, saya kurang. Tetapi sekali sekala layan juga. Makanya tak pandai la nak kata sedap sangat ker apa. Tapi ikut tekak orang rumah kata kira bolehlah. Ada banyak juga pilihan tapi yang pentingnya segar. Ada juga Nasi Goreng dan Mee Goreng Thai yang pada saya ok rasanya. Siap bertambah.
Maaf la tak banyak gambar. Bak kata Rafi pun, orang ramai...segan pulak nak tangkap gambar...
Apa-apapun...kalau yang duduk kat kawasan aircond tu...jaga-jagalah...Baju konpem melekat baunya sampai ke rumah..

"SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA"
Monday, September 21, 2015
Sweet Charity 88
Lagi album-album terbitan semula...
Sweet Charity - Sweet Charity 88 (2015) - terbitan asal 1988
Masih saya tak lupa dalam rancangan radio 80an, "Pop Rock" kelolaan Arwah Adnan Masnan, Ramli Sarip menyuarakan ketidakpuashatian beliau terhadap album ini. Beliau tidak bersetuju Rosli Mohalim terus menggunakan nama Sweet Charity. Bagi beliau, tanpa anggota asal, tiada siapa pun yang layak untuk terus menggunakan nama Sweet Charity. tapi biasalah...mungkin ini percaturan syarikat rakaman. Sama macam kes Search album Selepas Banjir. Yang jadi tambah kontroversinya, mereka menggunakan penyanyi wanita.
Saya tidak pernah memiliki kasetnya. Tetapi pernah mendengarnya di rumah rakan sekolah 27 tahun yang lalu. Memang dah lupa pun bagaimana lagu-lagunya. Kecuali lagu "Cinta dan Cipta" yang agak popular juga di radio Singapura pada ketika itu. Dan yang paling saya ingat ada satu lagu saduran dari Dokken. Tapi lupa pula lagu mana.
Mendengarnya semula tidak mengembalikan apa-apa ingatan. Rasa macam kali pertama mendengarnya. Cumanya baru teringat lagu Dokken tersebut adalah "Dream Warriors" yang diubah menjadi "Terpadaya". Yang tak bestnya lagu ini menjadi terlebih pop di tangan Rosli Mohalim. Memang tak boleh lawan versi asal George Lynch.
Album ini sememangya berbeza dari zaman Ramli Sarip. Selain penyanyinya, muzik dan imejnya juga berubah. Sweet Charity 88 lebih cenderung ke arah muzik hard rock 80an. Ia mengingatkan saya pada perubahan yang berlaku pada "Whitesnake" dan "Deep Purple". Walaupun begitu lagu track pertama, "Padah" dan ketiga, "Peracun" masih kuat feel rock 70an. Lagu "Peracun" terutamanya (ciptaan Rosli) masih kuat berbunyi seperti Sweet Charity yang lama walaupun sound solo gitar Rosli agak "up to date".
Suara Zaitun (kalau tak silap saya begitulah nama penyanyinya) agak garau dan kasar. Mengingatkan saya pada Sahara Yaacob. Tapi vokal sebegini memang sesuai meyanyikan lagu rock. Memang kena. Mungkin kalau tak diberi tahu dari awal, ada lagu-lagunya yang saya tak perasan pun dinyanyikan oleh seorang wanita.

Friday, September 18, 2015
Hell Awaits
Yang dah 30 tahun...
Slayer - Hell Awaits (1985)
Persetankan perihal sound dan produksinya. Ini Slayer ok. Hell Awaits memang setan. Tengok sahajalah gambar kavernya...memang setan! (heheh..)
Secara peribadi, masa kali pertama tengok gambar kavernya di kaset, memang takut. Dengar lagu pembukaannya pun memang takut. Baca liriknya lagi la takut. Slayer adalah band yang menakutkan saya pada ketika itu. Bayangkanlah rasa tak terpikir pun ada muzik yang lebih setan, lebih laju, lebih brutal dari Iron Maiden dan Motley Crue. Waktu itu saya telah pun mendengar Mercyful Fate, Venom dan Metallica Tetapi entah kenapa Slayer lagi menakutkan.
Pada pendapat saya Hell Awaits (pedulikan perihal produksinya) adalah tempat bermulanya Slayer mendapatkan sound mereka yang menjadi trademark untuk beberapa tahun yang mendatang. Album ini menarik, sayangnya kurang lagu yang betul-betul kuat. Mungkin hanya lagu yang menjadi tajuk album "Hell Awaits". Lainnya jenis lagu yang dengar...habis...dengar...habis...tak melekat. Mungkin itu penyebabnya album ini menduduki rangking paling bawah dalam ranking album pilihan Slayer 80an saya.
Apa-apa pun itu sekadar pendapat saya sahaja, Anda mungkin lain. Tapi kalau anda die-hard Slayer, ini memang wajib ada.
Tak dengar lagi album baru mereka. Best ker?

Wednesday, September 16, 2015
Tuesday, September 15, 2015
The Book of Souls
Yang di tunggu-tunggu telah pun tiba....ambil masa 12 hari juga untuk sampai dari UK ke JB....jenuh menunggu...
Sekali lalu pendengaran (baru abis cd 1) memang rasa ini lebih bagus dari The Final Frontier...malah macam mungkin lagi baik dari Brave New World yang pada saya album mereka paling best sejak mereka berenam.
Saya terbayangkan lagu-lagu dari era No Prayer for the Dying dan teringat juga lagu Can I Play Madness pada beberapa buah lagunya.
Ulasan lebih mendalam (kalau rajin) akan menyusul kemudian...Bagi masa sekurang-kurangnya seminggu untuk mentelaah.....
rasa macam sayang pulak nak buka plastik dia.. |
Saya terbayangkan lagu-lagu dari era No Prayer for the Dying dan teringat juga lagu Can I Play Madness pada beberapa buah lagunya.
Ulasan lebih mendalam (kalau rajin) akan menyusul kemudian...Bagi masa sekurang-kurangnya seminggu untuk mentelaah.....
Monday, September 14, 2015
Arah
Demam album-album rilisan semula berterusan...
Junction - Arah (1988) - rilisan semula 2015
Pernah cerita panjang lebar pasal album ni suatu masa dahulu. Untuk lebih tepat 5 tahun yang lalu. Makanya tak payah lah saya mengulasnya semula. Nak baca sila klik >SINI<
Terimakasihlah kepada mereka-mereka yang berusaha untuk merealisasikannya dalam bentuk cd buat kali yang pertama. Tak kisahlah kalau sumber asalnya dari piring hitam bukannya master tape yang asal. Yang penting soundnya ok itu pun sudah cukup. Maklumlah banyak album-album rock 80an ni sememangnya sound asal mereka pun bukanlah baik manapun.
Nampaknya "value" kaset saya ni dah jatuh merundum. Tak bolehlah kot nak jualnya dengan harga kapitalis RM500...hahaha...
p/s...Book of Souls dah dalam tangan....huhu...

Thursday, September 10, 2015
Alive!
"You wanted the best, and you got it!..."
Sempena 40 tahun usianya hari ini..10hb September,
KISS - Alive! (1975)
Zaman dulu-dulu selalu terbaca antara album kegemaran dan pengaruh besar kepada ramai gitaris rock dan metal adalah KISS Alive! Nama-nama besar seperti Scot Ian (Anthrax), Dimebag Darrell (Pantera) (sekadar menyebut beberapa nama yang telintas) malah gitaris 90an seperti Tom Morello (Rage Against the Machine) dan Mike McCready (Pearl Jam) juga menamakan album ini sebagai salah satu pengaruh besar mereka.
Lama dah teringin untuk memiliki cdnya, tetapi tak berjaya sehinggalah mengenali estocks_deutschland melalui ebay.com.my. Memang murah. Double disc harga tak sampai pun RM20. Sangat berbaloi-baloi. Padanlah sekarang mereka tidak lagi menjual di ebay.com.my. Hanya ada di ebay.de. Bermakna tak jual dah untuk Malaysia. Memang tak untung. Kos pos pun mereka tak lepas.
KISS Alive! memang best. Ada lagunya yang pada pendengaran saya lebih best dari versi studio. Ace Frehley memang tip top. Dengarkan solo-solo beliau (contoh : Parasite). Maka tak hairanlah jika dia menjadi idola kepada ramai gitaris rock/metal yang lain.
Walaupun begitu khabarnya album ini telah melalui proses ubah suai (overdubs) secara besar-besaran. Hingga ada yang mengatakan hanya ketukan drum Peter Criss satu-satunya rakaman asal yang tidak di usik. Lain semua dah kena "touch-up". Tapi tak kisahlah. Banyak album live yang lain pun melalui proses yang sama. Nak dengar yang "real", sila dengar "bootlegs". Mungkin kerana ini adalah KISS...(love them or hate them)...maka ianya menjadi isu.
Kalau anda pertama kali hendak mendengar KISS, dari anda perabis duit membeli 3 album awal mereka. Lebih baik anda beli ini. Kerana Alive! mengandungi lagu-lagu terbaik dari 3 album awal tersebut. Malah lagu-lagu live ini lebih bertenaga rasanya berbanding versi studio.
Maklumlah KISS sememangnya band yang lebih seronok ditonton berbanding hanya mendengar. Dengan imej, kostum dan showmanship bertenaga mereka. Ditambah pula dengan segala jenis pyrotechnics, memang bestlah kalau dapat tengok live. Sayangnya kita di Malaysia rasanya memang tak akan berpeluang untuk menikmatinya.
"You keep on shouting...shouting...I wanna rock and roll all night and party every day!!!"

Wednesday, September 9, 2015
Gila Format 5
Bersempena sedang menunggu cd The Book of Souls yang masih belum kunjung tiba....
Antara album live kegemaran sepanjang zaman...maka tak hairanlah jika ianya menyebabkan saya sekali lagi terjebak dalam Gila Format...

Monday, September 7, 2015
Atlantis Lucid Dreaming
Yang 10 tahun semalam...
Therion - Atlantis Lucid Dreaming (2005)
Ketika era Y2K yang lalu, saya agak kemaruk dengan muzik power dan symphonic metal. Antara band yang berjaya menambat hati saya adalah band yang berasal dari Sweden, Therion. Mereka bermula dengan death metal tetapi kemudiannya berubah menjadi sebuah band berkonsepkan avantgarde symphony / orchestral / operatic metal. (definasi yang diberikan sendiri oleh pengasas dan tulang belakang Therion - Christofer Johnsson)
Berbelit bunyinya. Tetapi secara mudahnya muzik mereka adalah gabungan muzik metal yang diorkestrakan dengan suara-suara choir soprano, alto dan sebagainya. Mereka adalah antara pelopor muzik yang sebegini. Atlantis Lucid Dreaming sebenarnya adalah album kompilasi yang dikompilasikan.
Lagi sekali berbelit bunyinya. Senang cerita album ini sebenarnya mengandungi 2 album kompilasi Therion iaitu A'arab Zaraq Lucid Dreaming (1997) dan Crowning Of Atlantis (1999) yang digabungkan menjadi satu. Nak dikatakan benar-benar album kompilasi pun sebenarnya tidak tepat juga. Kedua-dua album ini sebenarnya mengandungi lagu-lagu unrealeased dan alternate track, cover dan live recording dari mereka.
Yang menjadi kenangan kepada saya adalah kaset Crowning of Atlantis. Kerana ianya adalah album Therion pertama saya. Selain lagu-lagu seperti The Crowning of Atlantis, Mark Of Cain dan Clavicula Nox yang memikat saya untuk mengenali mereka dengan lebih mendalam. Saya juga tertarik dengan lagu cover "Crazy Nights - Loudness" dan "Thor - Manowar" yang kedua-duanya dinyanyikan oleh Ralf Scheepers (Gamma Ray, Primal Fear). Tetapi yang paling menarik perhatian saya adalah lagu cover "Seawinds". Pada saya ianya jauh lebih bagus dari versi asal kumpulan Accept. Tambahan bila mereka mengunakan suara wanita sebagai vokal. Tiba-tiba saya jadi minat pada lagu ini walaupun asalnya tidak.
Manakala A'arab Zaraq Lucid Dreaming pula adalah kaset ke 2 saya. Kemudiannya baru saya megenali album-album sebenar mereka seperti Theli, Vovin dan Deggial. Sudah semestinya yang menarik minat saya adalah lagu cover "Children of the Damned - Iron Maiden". Sayangnya lagu ini tidak terdapat dalam cd Atlantis Lucid Dreaming. Beberapa lagu lain juga dipotong. Tak muat kot kalau nak letak semua lagu dalam single disc.
Tetapi "Fly To The Rainbow - Scorpions" (memang best Therion cover lagu ni. Ohsem!), "Under The Jolly Roger - Running Wild" (pun sebuah lagi cover yang cukup best) dan "Here Comes The Tears -Judas Priest" masih dikekalkan. Kalau lagu asal mereka pula saya pilih "In Remembrance". Ini memang klasik lagu mid tempo mereka.
Pada saya Christofer Johnsson memang sangat talented. Therion bolehlah dikatakan sebagai band projek beliau. Dari producer, composer, vocals, lead & rhythm guitars, keyboards, orchestral arrangements dan lain-lain lagi kesemuanya adalah hasil kerja beliau. Tanpa beliau tak ujud Therion.
Saya ada terbaca ada yang mengatakan beliau bersama-sama Ihsahn, Quorthon dan Mikael Ã…kerfeldt adalah antara indivudu yang cukup berbakat dalam dunia extreme metal. Saya setuju.

Saturday, September 5, 2015
Meditasi
Lagi pasal cd rilisan semula...
Meditasi - Meditasi (1990) - rilisan semula 2015
Tak pernah dengar ketika kali pertama ianya diterbitkan. Tidak berminat pun. Ketika itu album-album sebegini sememangnya allergic. Hahaha,,,
Cuma sekarang baru teringin nak dengar. Nak juga tahu apa yang saya tertinggal ketika era kegemilangan rock melayu tahun 90an. Terimakasih kepada NSR. Kalau bukan kerana rilisan semula sebegini, memang sampai bila-bila pun saya tak akan mendengarnya. Kecuali lagu-lagu perlahan mereka yang sering keluar di radio.
Perlu diakui, mereka bagus. Baru sekarang saya tahu yang mereka bukan sekadar band poster. 8 dari 10 lagu dari album ini adalah ciptaan mereka sendiri. Tabik! Tetapi adakah mereka sendiri yang bermain semasa rakaman? Bab itu saya tidak pasti. Sedikit kemusykilan bila telinga amatur saya merasakan ada perbezaan sound gitar antara lagu-lagunya. Contohnya lagu "Biar Pedih Kasih Memanjang". Atau mungkin juga perkara ini berlaku kerana lagu tersebut dari seisi rakaman yang berbeza. Tidak sama waktu. Maklumlah yang ini lagu M.Nasir.
Apa-apa pun saya agak tertarik dengan lagu-lagu rancak mereka terutamanya lagu "Debu Berbisa" dan "Hey Hey Hey Meditasi". Mungkin kalau mereka berpeluang untuk merakamkan album lebih awal, kedudukan mereka boleh seiring dengan kumpulam MAY atau Sofea contohnya. (membandingkan 2 kumpulan tersebut kerana saya rasakan ada antara lagu-lagu mereka mempunyai sound dan riff yang hampir kepada MAY atau Sofea era Boneka Pentas)
Sedikit terkilan cumanya cd ini soundnya agak mendap. Rasanya pihak NSR perlu lebih peka terhadap perkara ini untuk rilisan mereka yang akan datang. Atau mungkin sahaja rakaman asal album ini sememangnya sudah begitu.

Friday, September 4, 2015
Draconian Times
Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada 8hb mei yang lalu...
Paradise Lost - Draconian Times (1995)
Album kegemaran Deaf. Pujian melambung beliau menyebabkan saya teruja untuk memilikinya. Tambah pula ini adalah album mereka yang paling berjaya dan paling dikenali ramai. Tak sangka pula terbeli versi special edition collectors' box.
Saya memang agak susah untuk menyukai lagu-lagu yang jenis "gloomy" dan "depressing". Walaupun intro dan lagu track pertama "Enchantment" sangat mengujakan tetapi saya tertidur ketika mendengar lagu-lagu yang seterusnya. Hampir seminggu juga baru berjaya untuk menghabiskannya. Muzik Gothic dan Doom sememangnya bukan makanan saya kecuali mungkin Cold White Light dari Sentenced. Entah mengapa saya suka betul dengan album tersebut.
Sehingga tulisan ini ditulis, saya masih gagal untuk benar-benar menyukai album ini. Tetapi yang paling menarik minat saya untuk terus mendengarnya adalah kerana melodic gitar dari Greg Mackintosh. Sejak dari album Icon, saya cukup tertarik dengan solo-solo melodic beliau disetiap lagu. Saya bersetuju dengan Deaf, solo beliau dalam "Jaded" memang asyik.
Masalah utama saya dengan Draconian Times adalah lagu-lagunya yang berbunyi seakan-akan sama. Tiada lagu yang pada pendapat saya yang benar-benar boleh melekat. Perkara begini bukanlah tidak bagus apatah lagi lagu-lagu mereka sememangnya bagus. Cumanya kalau ada sedikit kepelbagaian mungkin akan lebih menarik. Terutamanya untuk golongan yang mempunyai selera muzik seperti saya.
Tetapi yang pastinya, semakin lama saya mendengar Paradise Lost...semakin terasa yang suara Nick Holmes memang seakan-akan sama dengan James Hetfield

Wednesday, September 2, 2015
Berpaling
Lagi album yang baru kali pertama dikeluarkan dalam betuk cd.
Search - Berpaling (2015) - terbitan asal 1988
Tak pernah terpikir pun akan dapat album ni dalam bentuk cd. Terimakasih kepada saudara Mohd Fauzi Omar dari Universal Music yang merealisasikan perkara ni. Khabarnya selepas ini giliran Junction-Arah. Harapnya akan lebih banyak album-album lama diterbitkan semula. Masih menunggu album Belantara, Bloodshed dan Kembara dicdkan.
Saya di Tingkatan 5 ketika album ini diterbitkan. Yang saya ingat pada ketika itu hampir tiap-tiap minggu menyinggah ke kedai kaset di pekan Ulu Tiram semata-mata nak tahu samada album baru Search telah dipasarkan. Desas desus yang mengatakan album baru mereka telah siap menyebabkan peminat seperti saya tak senang duduk. Tetapi setiap kali pergi mesti pulang hampa. Zaman tiada internet untuk meng"google". Krisis mereka dengan syarikat rakaman Polygram membantutkannya.
Ketika "Di Pintu Sepi" dikeluarkan, saya kecewa. Saya mahukan album baru bukannya sekadar lagu-lagu lebihan rakaman lama dan kompilasi. Sebagai tanda protes. Saya tak beli. Tetapi kemudiannya menyesal. (bila dapat tahu album tersebut kena tarik balik dari pasaran). Makanya bila "Berpaling" keluar, tidak banyak soal terus beli kasetnya.
Tetapi sebenarnya masih kecewa. Tambahan pula "Berpaling" setakat mempunyai 3 lagu baru. Lagu Berpaling pula hanya setakat lagu cover. 2 lagu lainnya berentak perlahan. Mungkin itu antara sebab mengapa saya kurang mengambil kisah perihal kasetnya. Akhirnya ia hilang entah kemana. Tetapi tak mengapalah. Sekurang-kurangnya cd ini boleh menjadi pengganti. Ianya menjadi kenangan bagaimana pengaruh besar Search dalam kehidupan awal remaja saya.
Selayaknya mungkin inilah album terakhir yang saya kemaruk dengan Search. Album Fenomena mengecewakan saya. Tambahan pula rasa kurang berminat bila Hillary dah tiada. Saya pula pada ketika itu sudah mula beralih kepada muzik yang lebih ekstrim. Akhirnya Search saya tinggalkan.
Sedikit untuk riak cd searchwi...Lagu Berpaling bukan kali pertama diterbitkan dalam bentuk cd. Lagu tersebut ada dalam kompilasi "Rock Mania" terbitan tahun 1998. (kalau nak cerita bab rare...yang ni pun rare...heheh..)
Saya juga tertarik dengan komen Saudara Jaini Jay dalam entri Berpaling dari Xyrus Zone. Saya juga selalu berpikir perkara yang sama. Siapa dia Bakri Johari. Sama juga siapa dia Man Boron dalam lagu-lagu awal kumpulan Bloodshed.