Yang 10 tahun semalam...
Therion - Atlantis Lucid Dreaming (2005)
Ketika era Y2K yang lalu, saya agak kemaruk dengan muzik power dan symphonic metal. Antara band yang berjaya menambat hati saya adalah band yang berasal dari Sweden, Therion. Mereka bermula dengan death metal tetapi kemudiannya berubah menjadi sebuah band berkonsepkan avantgarde symphony / orchestral / operatic metal. (definasi yang diberikan sendiri oleh pengasas dan tulang belakang Therion - Christofer Johnsson)
Berbelit bunyinya. Tetapi secara mudahnya muzik mereka adalah gabungan muzik metal yang diorkestrakan dengan suara-suara choir soprano, alto dan sebagainya. Mereka adalah antara pelopor muzik yang sebegini. Atlantis Lucid Dreaming sebenarnya adalah album kompilasi yang dikompilasikan.
Lagi sekali berbelit bunyinya. Senang cerita album ini sebenarnya mengandungi 2 album kompilasi Therion iaitu A'arab Zaraq Lucid Dreaming (1997) dan Crowning Of Atlantis (1999) yang digabungkan menjadi satu. Nak dikatakan benar-benar album kompilasi pun sebenarnya tidak tepat juga. Kedua-dua album ini sebenarnya mengandungi lagu-lagu unrealeased dan alternate track, cover dan live recording dari mereka.
Yang menjadi kenangan kepada saya adalah kaset Crowning of Atlantis. Kerana ianya adalah album Therion pertama saya. Selain lagu-lagu seperti The Crowning of Atlantis, Mark Of Cain dan Clavicula Nox yang memikat saya untuk mengenali mereka dengan lebih mendalam. Saya juga tertarik dengan lagu cover "Crazy Nights - Loudness" dan "Thor - Manowar" yang kedua-duanya dinyanyikan oleh Ralf Scheepers (Gamma Ray, Primal Fear). Tetapi yang paling menarik perhatian saya adalah lagu cover "Seawinds". Pada saya ianya jauh lebih bagus dari versi asal kumpulan Accept. Tambahan bila mereka mengunakan suara wanita sebagai vokal. Tiba-tiba saya jadi minat pada lagu ini walaupun asalnya tidak.
Manakala A'arab Zaraq Lucid Dreaming pula adalah kaset ke 2 saya. Kemudiannya baru saya megenali album-album sebenar mereka seperti Theli, Vovin dan Deggial. Sudah semestinya yang menarik minat saya adalah lagu cover "Children of the Damned - Iron Maiden". Sayangnya lagu ini tidak terdapat dalam cd Atlantis Lucid Dreaming. Beberapa lagu lain juga dipotong. Tak muat kot kalau nak letak semua lagu dalam single disc.
Tetapi "Fly To The Rainbow - Scorpions" (memang best Therion cover lagu ni. Ohsem!), "Under The Jolly Roger - Running Wild" (pun sebuah lagi cover yang cukup best) dan "Here Comes The Tears -Judas Priest" masih dikekalkan. Kalau lagu asal mereka pula saya pilih "In Remembrance". Ini memang klasik lagu mid tempo mereka.
Pada saya Christofer Johnsson memang sangat talented. Therion bolehlah dikatakan sebagai band projek beliau. Dari producer, composer, vocals, lead & rhythm guitars, keyboards, orchestral arrangements dan lain-lain lagi kesemuanya adalah hasil kerja beliau. Tanpa beliau tak ujud Therion.
Saya ada terbaca ada yang mengatakan beliau bersama-sama Ihsahn, Quorthon dan Mikael Ã…kerfeldt adalah antara indivudu yang cukup berbakat dalam dunia extreme metal. Saya setuju.
layan jgk lgu2 camni dlu...itu taim aku lgk gemar dgr muzik camni dri dgr muzik black metal...
ReplyDeletealbum vovin dan crowning of atlantis aku ada cd... tapi versi asialink le~ hehehe
ReplyDeleteIni best
ReplyDeletetau pasal band ni tapi tak penah dengar lagu nya,,tapi lagu2 cover yang di nyanyikan memang sedap la..lagu scorpions tu memang best.heheh..
ReplyDeletesatu masa dahulu, tetiap hari aku dengar lagu Summer Night City band ni.
ReplyDeleteaku ada tgk kaset band ni, kat longgokan kaset. tak terfikit pula aku nak beli. nak aku pergi kedai tu aku nak sambar... hehhee
ReplyDeletetherion memang layan
ReplyDelete