Lagi perihal cd keluaran semula..
War Rock I - Sengsara Timur Tengah (1987) - Keluaran semula 2016
Tidak pernah ada kasetnya. Ketika itu agak memilih dalam membeli kaset rock melayu. Maklum sahajalah keadaan kewangan seorang budak sekolah dan pengaruh muzik thrash telah mula bertapak di dalam hati.
Tetapi agak pelik juga bila cd ini dimainkan, rasa macam pernah dengar pula. Puas juga memikirkan di mana. Akhirnya baru teringat. Album ini saya dengar di kantin sekolah. Anak mak cik kantin di sekolah saya dulu sering memutarkannya setiap kali waktu rehat. Posternya pun siap tertampal di dinding kantin.
Padanlah bila mendengar cd
Medicine - Titian tempohari ada lagu yang melodinya macam pernah saya dengar. Rupanya lagu
"Dusta" dari cd tersebut di ambil dari lagu
"Di Derai Kerinduan". Cumanya versi dari album War Rock adalah lagu slow rock, manakala dalam album Titian telah diubah menjadi rancak dengan lirik yang berbeza. Begitu juga lagu
"Derita Seorang Filosuf" telah diubah suai dari lagu
"Bantulah Aku".
Betul. Kumpulan Medicine sememangnya berasal dari kompilasi ini. Sayangnya mereka berubah menjadi pop rock bila membuat album solo. Boleh dikatakan keempat-empat kumpulan didalam kompilasi ini muziknya mempunyai pengaruh heavy metal. Sound kasar, kotor dan mentah ala-ala NWOBHM walaupun untuk lagu perlahan. Paham sahajalah teknologi zaman itu. Tetapi jika anda sukakan sound heavy metal awal 80an mungkin anda akan sukakan album ini. Tetapi jika anda suka sound yang bersih dan moden ini bukan untuk anda. Tabik juga kepada Nasir P Ramlee selaku penerbit kerana bukan mudah untuk orang yang tak rock untuk memahami sound rock. (
ker beliau sememangnya mat rock?)
Saya terbaca yang kumpulan Pratayuda penyanyinya adalah
Hattan. Tetapi saya tak pasti adakah beliau yang menyanyi kerana saya tidak dapat mengecam persamaan suaranya dengan album-album solo beliau. Suatu kelemahan kita di Malaysia ini tiada siapa yang merekodkan sejarah muzik. Syarikat rakaman juga tidak banyak membantu. Contohnya album ini. Langsung tiada info disertakan. Paling hampeh versi cd ini hanya disertakan dengan inlay sekeping. Tak berbaloi dengan harganya yang agak mahal (RM29.90) berbanding dengan album reissue keluaran syarikat lain. Dah macam cd pirate pun iyer juga. Betul-betul mengambil kesempatan.
|
dah la inlay sekeping...belakang kosong pulak...satu info pun takder...hampeh betul!! |
Satu lagi trivia yang saya dapati dari hasil mengoogle, Kumpulan Iklim tertubuh hasil dari gabungan anggota The Kids (
Mohalim - Bass dan Kama - Drum) dan Midnight (
Umarul - gitar) yang terlibat dalam kompilasi ini. Kalau nak kena pilih kumpulan yang bagus. Saya memilih Medicine.
Ija memang bagus. Muzik mereka agak mantap. Pratayuda pun ok. Sayangnya mereka memilih untuk untuk meletakkan 2 lagu perlahan. Lagu heavy mereka
"Sengsara Timur Tengah" menjadi lagu kegemaran saya. Kalau yang perlahan, Medicine -
"Di Derai Kerinduan" menjadi pilihan.
Mungkin ianya kurang nilai nostalgia untuk saya berbanding
Battle Of The Bands, Juara Juara Rock atau
Clash Of The Bands. Tetapi ianya mempunyai nilai sejarah yang tersendiri. Mana-mana album rock melayu sebelum tahun 1989 pada saya adalah wajib dimiliki. Kerana majoriti muziknya masih betul-betul bersoundkan rock dan heavy metal. Selepas dari itu dah mula mengarut. Kecualilah jika anda sukakan rock leweh meleweh.
*kualiti sound cd ini kira ok ok sahajalah...tak pasti dari mana sumbernya...ada bahagian yang sedikit timbul tengelam...saya tidak pernah memiliki album yang asal...makanya kurang pasti jika rakaman asal pun sememangnya sudah begitu...