Wednesday, March 23, 2016

Sudah Sampai Sini - Istana Bukit Serene

Sempena Hari Keputeraan D.Y.M.M Sultan Johor pada hari ini....23hb Mac.


Saya bawakan anda ke perkarangan pintu masuk Istana Bukit Serene, tempat kediaman rasmi Sultan Johor. Ianya juga dikenali sebagai Laman Mahkota.


Menjadi antara tempat terkini untuk warga Johor Bahru beriadah di malam hari. Tarikan utamanya sudah semestinya "Pintu Gerbang Kemahkotaan". yang disaluti dengan 3,063 biji kristal berwarna biru, putih, merah, hijau, merah jambu dan ungu dengan 17 jenis saiz yang berbeza.



Ini pula adalah pagar pintu masuk utama untuk ke istana. Kalau nasib baik boleh sahaja terserempak dengan Sultan.


Dah menjadi macam satu kemestian pula untuk pengunjung bergambar dengan pengawal istana. Dah macam ala-ala Buckingham Palace la pulak.


Mengintai dari tirai kamar pagar. Nun jauh dibalik pagar itulah istananya.


Sambil tu boleh juga layan air pancut berwarna-warni disebelahnya. Kalau masa cuti memang agak sesak jugalah tempat ni. Kawasan ni dah jadi antara tarikan pelancong kalau singgah di Johor Bahru.


Sekian. Terimakasih. (dari warga JB yang kena berkerja walaupun hari ini hari cuti untuk warga Johor)




8 comments:

  1. haah haaa... kesian kat bert kena kerja hari holiday... ermm... triple pay bayar takpe..!!

    ReplyDelete
  2. Lom penah lagi sampai kat sini sejak dah ubahsuai

    ReplyDelete
  3. berteromber.. soalan..
    yang taman dalam ada biawak2 besar tu apa eh? dia kawasan majesty majesty Johor la tapi aku main masuk je, then kaum2 Cina gunakan kawasan tu untuk prektis photography dorang.. biawak besar2 kau

    ReplyDelete
    Replies
    1. buaya ker?..kalau tak silap aku kolam buaya ada kat area istana pasir pelangi...kat belakang masjid pasir pelangi tu...tak sure ada lagi tak...arwah Sultan Johor yang dulu memang suka buaya...

      Delete