Saturday, April 23, 2016
Lagi lagi cd reissue...
Nak kata terkini tak juga. Semalam ada 3 lagi cd reissue yang keluar. Tapi yang ini kecuali Sumpitan Senja, 4 lagi tu memang antara yang ditunggu-tunggu. Ada yang memang dalam senarai wish list pun. Makanya memang tersangat gembira la.
Tapi ada juga nak komplen. Bab sound tu saya tak mahu sentuh. Saya faham sumbernya terhad. Tapi bab kualiti kertas cover tu. Untuk keluaran NSR, WEA dan Sony memang tip top. Glossy paper. Tapi untuk keluaran Universal memang sedikit mengecewakan. Sayang gambar cover dah cantik guna yang asal tapi kualiti kertas agak mengecewakan. Agak nipis.
Kalau anda jenis yang tak sukakan hologram sticker. Pastinya ada akan menghadapi sedikit masalah untuk membuangnya. Kertasnya yang nipis tak glossy menyebabkan warnanya akan mudah tertanggal terutamanya jika anda menggunakan teknik semburan ridsect seperti saya.
Harapnya perkara ini dapat dipertimbangkan oleh pihak yang berkenaan. Sekian. Terimakasih.
Teknik semburan ridsect camne lak cuba ajo sikit.heheh..
ReplyDeleteKopek lapisan atas hologram...sembur redsect pada kain...gosok pada pada bhgn tersebut sehingga tanggal gamnya...ulang sehingga bersih..semudah abc...tak sampai seminit dah siap...
DeleteCd universal tu mmg berbaloi dgn harganya.. kertas nipis harga pun nipis hehe..
ReplyDeleteTeknik ridsect tu rasanya sesuai untuk sticker kertas... klu hologram tu rasanya kita cabut jek.. tp klu cd tu dh lame.. bek xyah cabut pasal gamnya dh kering.. nti koyak.. merana jiwa
Teknik ridsect ni kalau atas kertas glossy...cd dah lama pun takder hal...senapas jer...yang masalahnya bila jenis kertas macam universal...dulu ok jugak...tapi.sejak2 dorang tukar sticker hologram baru ni jadi susah sikit...tak pasti pasal gam sticker tu terlebih kuat...atau memang kualiti kertas universal makin teruk...Ntah la..
Deleterasanya itulah tujuan asal sticker hologram tu kira macam materi (seal) ... once dah buka consider void warranty or whateva
Deleteko ambik video la, then tampal kat youtube teknik ridsect ni..
ReplyDeleteAnyway, Desire plus minus divide times ada release tak? Aku nak ini pasal sentimental value.
Ada...Campur tolak kali bahagi tu rasanya bulan mei kot keluar...
DeleteAda kurangtu teknik ridsecttu. Satu procedure kurang.
ReplyDeleteni nak komplen jugak tentang universal music.. sejak akhir-akhir ni diorang dah naikkan harga pulak dah.. mahal pulak tu.. kalau sebelum ni, sekeping CD dapat la harga RM15.90.. tapi kini dah jadi RM21.90.. apa kes ni.. takkan GST sampai naik RM6.00.. hampeh betul
ReplyDeletesetuju ngan kau bro...x puas hati der..kertas sama je
Deletenunjauh aku tertinggal.. nanti aku cuba guna teknik buang holo tu.
ReplyDeletesebelum ni guna cecair lighter utk buang sticker, sbb dah habis, smlm guna minyak cap kapak, utk cover glossy macam NSR takda masalah untuk buang gam tu, kalau cover yg lain berhati2, kemungkinan color kat cover tu akan luntur/hilang...
ReplyDelete