Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 25hb Ogos..
Metallica - ... And Justice For All (1988)
30 tahun dah...cepat betul masa berlalu. Masih teringat-ingat kali pertama mendengarnya. Antara kaset asli yang terawal di beli. Penghujung 80an adalah tahun-tahun yang kebanyakan kedai-kedai kaset mula menjual kaset asli. Kalau tak silap harganya dalam RM9 untuk kaset melayu dan RM11 untuk kaset orang putih.
Ini adalah kaset kedua Metallica saya selepas Garage Day Re-Revisited. Antara album yang membuatkan saya mula terjebak dengan muzik yang lebih ekstrim. Mula tahu perkataan thrash dan membuka ruang untuk mula menjejaki band-band thrash yang lainnya.
Sebuah album yang bagus biasanya memerlukan lagu pertama yang terus boleh memberikan mood dan kesan untuk jatuh cinta dengan pendengaran pertama. Ini yang berlaku kepada saya dengan track pertama, Blackened. Sudah semestinya ini adalah antara album kegemaran.
Ianya juga adalah antara cd kegemaran untuk dimainkan didalam kereta apabila saya mula berkereta dan mempunyai cd changer. Zaman tu sekitar pertengahan tahun 90an, kereta masih belum mempunyai pemain cd. Cuma ada kaset player. Nak main cd dalam kereta kena beli cd changer. Ianya dipasang di bonet belakang dan boleh diletakan paling maksimum 12 keping cd sekaligus. Generasi K-Pop zaman sekarang pastinya tak boleh terbayang macamanalah rupanya yer...haha... Sekarang kereta model baru pun dah tak ada cd player. Semua pun dah pakai usb untuk dengar mp3. Generasi cd sememangnya semakin pupus.
Produksi dan sound AJFA walaupun tanpa bunyi bass yang berdentum dah cukup untuk membuatkan rasa nak gugur jantung bila mendengarnya dengan full blast dalam kereta. Kena pula zaman tu zaman kemaruk modified sound sistem untuk kereta. Memang berdentum dentum bunyi ketukan drum Lars Ulrich.
Untuk saya ini adalah album terbaik yang terakhir yang dihasilkan oleh Metallica. Saya kurang gemar dengan album-album yang selepasnya. Mereka berubah dan ianya bukan pun salah mereka. Mungkin peminat seperti saya yang tidak mahu berubah. Selera muzik masih tersangkut di era 80an....
Monday, August 27, 2018
Thursday, August 23, 2018
New Metal Leader
Yang menyambut ulangtahun ke 10 pada 12hb Ogos yang lalu..
Ross The Boss - New Metal Leader (2008)
The best "Manowar album" since Kings Of Metal.
Peminat awal Manowar mungkin bersetuju dengan kenyataan ini. Manowar selepas tiadanya Ross The Boss bukan lagi seperti Manowar yang dulu. Tak berapa best dah.
Dengan New Metal Leader, Ross "The Boss" Friedman seolah-olah mahu menunjukkan kepada Joey DeMaio siapa "new metal leader" yang sebenar. Majoriti lagu-lagu dari album ini akan mengembalikan ingatan kita kepada era Manowar dari tahun 1982 -1988. Memang bagus. Memang sedap. Mungkin kalau ada yang kurangnya pun hanyalah tentang suara vokalisnya. Memang susah nak dapat suara sebagus Eric Adams.
Selepas dipaksa keluar dari Manowar, rasanya ini adalah album penuh metal pertama dari Ross. Ternyata beliau masih mampu menghasilkan lagu-lagu heavy metal yang baik. Jika anda rindukan lagu-lagu ciptaan beliau ketika bersama Manowar, album ini sememangnya akan dapat memuaskan hati anda.
Terbaik!

Sunday, August 19, 2018
Cinta Buatan Malaysia - Piring Hitam
Antara yang terkini di pasaran..
Album yang tak perlu diperkenalkan lagi. Album yang memulakan segalanya. Akhirnya dikeluarkan semula dalam bentuk piring hitam
Tiada apa yang nak di komplen sangat. Soundnya telah diremastering semula oleh Atok Akeem. Semua sudah maklum hasil kerja beliau. Memang bagus. Cuma ada yang kata, bila dikeluarkan semula, melalui pula proses remastered. Feel analongnya berkurangan. Mungkin ada betulnya juga. Tapi ianya ikut masing-masing punya selera. Lebih pada nostalgia sebenarnya...
Kalau ada pun nak komplen cuba bab gambar covernya. Kelabu asap. Harapnya untuk keluaran-keluaran akan datang, bab gambar cover juga dapat diberikan perhatian...

Friday, August 17, 2018
Sunday, August 12, 2018
Sudah Sampai Sini - Ho Chi Minh
Lama dah tak buat cerita sudah sampai sini...kali ni versi ke Bandar Ho Chi Minh, Vietnam
Vietnam ni bagi sesiapa peminat cerita perang pasti boleh terbayang dah macamana rupa negaranya. Macamana rupa orangnya. Ok... rupa orang tak payah pergi Vietnam...kat sini pun dah melambak orang dia...Cleaner kat opis ni pun Vietnam.
Satu yang perasannya, kat Bandar Ho Chi Minh ni sukar nak jumpa tulisan bahasa Inggeris. Signboardnya semua bahasa Vietnam. Penduduknya juga tidak fasih berbahasa inggeris. Agak sukar juga hendak berkomunikasi. Dua tiga kali naik Grab, semua pemandunya tidak faham bahasa inggeris.
Vietnam pun ada tol. Yang rasa janggal sedikit kereta di sini sterengnya di sebelah kiri. Macam di US. Maka jalanraya nya semua terbalik. Paling lawak masa ambil Grab, dengan konfidennya bukak pintu depan belah kiri nak masuk. Rupa-rupanya itu belah driver...Membebel driver Grab tu ingat kita nak bawak kereta dia pulak...hahaha...
Tak pasti ni bangunan apa. Temple kot. Nampak unik ambil jer gambarnya.
Banyak juga bangunan-bangunan yang unik di Ho Chin Minh ni. Senibinanya cantik. Tangkap jer la gambar. Hotel penginapan berdekatan dengan lapangan terbang yang berada di kawasan bandar. Tak ada berjalan kemana sangat. Makanya memang tak jumpalah kawasan luar bandar macam cerita-cerita perang Vietnam tu.
Budak lelaki..minat cerita perang...tak tau menatang ni memang tak tau nak kata apa..haha... Syiok oo dapat tengok depan mata masa melawat War Remnants Museum. Nanti la cerita lebih detail pasal ni kat entri lain
Salah satu yang popular di Vietnam adalah kopi. Katanya memang antara yang tersedap di dunia. Siapa peminat kopi boleh la cuba.
Antara tempat wajib untuk di lawati. Saigon Central Post Office. Yang jadi tarikan adalah kerana senibinanya. Memang klasik. Ala Gothic zaman Renaissance.
Ianya dibina sekitar tahun 1886-1891 ketika Vietnam di bawah jajahan Peranchis. Khabarnya arkitek yang mereka bangunan ini adalah orang yang sama merekacipta Eiffel Tower.
Yang menariknya pejabat pos ini semangnya masih berfungsi. Memang ada staff pejabat pos yang sedang berkerja. Boleh sahaja kalau nak menghantar poskad ke Malaysia. Mereka pun dah biasa agaknya bekerja dengan keadaan pelancong sibuk mengambil gambar.
Ini pula Saigon Notre Dame Cathedral. Terletak betul-betul dihadapan pejabat pos. Satu lagi kesan peninggalan zaman Peranchis di Vietnam.
Di sana banyak kaum wanita meniaga makanan atas kereta tolak macam ni. Tak pasti apa yang dia jual. Tak berani dan tak teringin nak cuba.
Ok sambung lagi nanti...

Keadaan di dalamnya. Memang nampak gah.
Memang lawa senibinanya.
Yang menariknya pejabat pos ini semangnya masih berfungsi. Memang ada staff pejabat pos yang sedang berkerja. Boleh sahaja kalau nak menghantar poskad ke Malaysia. Mereka pun dah biasa agaknya bekerja dengan keadaan pelancong sibuk mengambil gambar.
Ini pula Saigon Notre Dame Cathedral. Terletak betul-betul dihadapan pejabat pos. Satu lagi kesan peninggalan zaman Peranchis di Vietnam.
Di sana banyak kaum wanita meniaga makanan atas kereta tolak macam ni. Tak pasti apa yang dia jual. Tak berani dan tak teringin nak cuba.
Ok sambung lagi nanti...
Friday, August 10, 2018
cd 2018 - versi tempatan Pt 2
Tuesday, August 7, 2018
Kings Among Scotland
Anthrax - Kings Among Scotland (2018)
Tak banyak ada album live dalam simpanan. Tapi bila dapat tahu yang Anthrax akan memainkan keseluruhan album Among The Living dalam rakaman ini, ianya sesuatu yang perlu dimiliki. Memilih versi cd berbanding dvd, kerana saya selalu gagal untuk menonton habis dvd konsert. Selalu tertidur di pertengahan jalan....tak tahu mengapa...faktor usia agaknya...hahaha...
Album ini mengandungi 2 disc. Satu disc album Among The Living manakala satu lagu mengandungi lagu-lagu lain sempena promosi album terkini merka, For All Kings. Perlu diakui yang Among The Living bukan sahaja salah satu album terbaik Anthrax, malah mungkin ianya juga adalah antara album terbaik dalam genre thrash. Sempena ulangtahun ke 30, keputusan mereka untuk memainkan album ini secara keseluruhan mengikut turutan album adalah suatu yang sangat mengujakan.
Tiada komplen. Produksi tip top. Sound jelas. Malah sound bass Frank Bello jelas kendengaran. Mereka adalah antara band yang makin tua makin berisi. Memang mantap. Vokal Joey Belladonna tak mengambarkan usianya. Charlie Benante sekali lagi membuktikan beliau adalah drummer terbaik genre thrash. Memang padu!.
Saya sedikit was-was dengan gitaris baru mereka, Jon Donais. Aura Dan Spitz masih melekat dalam memori. Tetapi sebaik sahaja mendengar rakaman live ini, saya akui yang beliau sememangnya layak untuk bersama Anthrax. Gandingan beliau bersama Scott Ian memang serasi.
Ok la..kalau ada nak komplen pun cuma pasal tiadanya lagu dari album Persistence of Time. Tetapi lagu-lagu seperti A.I.R, Madhouse, Medusa, Be All End All, Antisocial dan keseluruhan lagu-lagu dari Among The Living pastinya akan mengimbau kenangan zaman remaja. Memang best!.
*satu lagi yang menarik adalah gambar covernya...tribute untuk Kiss Rock And Roll Over. Pengaruh besar untuk mana-mana mat metal yang hidup dizaman awal 80an...
Saturday, August 4, 2018
King Kobra III
King Kobra - King Kobra III (1988)
Tak pernah dengar pun ketika ianya diterbitkan pada 30 tahun yang lalu. Hanya sekadar melihat gambar covernya di majalah. Tahu pasal King Kobra pun hanya kerana peman drumnya adalah Carmine Appice. Itu pun kerana penglibatan beliau dalam band Ozzy Osbourne. (dalam muzik video Bark At The Moon - tak main pun untuk album - cuma main untuk persembahan live)
Satu-satunya lagu mereka yang saya tahu pada ketika itu hanyalah "Ready to Strike" (dari album pertama, "Ready to Strike (1985)". Yang lain memang tak tahu. Hanya bila ada zaman internet barulah dapat mendengar lagu-lagu yang lainnya. Bila jumpa dengan yang harga mampu milik. Memang terus sapu….
Kalau baca sejarah, ini adalah line-up baru mereka. Vokalis, seorang gitaris dan pemain bass yang baru. Seperti kebanyakan band-band heavy metal / hard rock di penghujung 80an, King Kobra juga terkena tempias hair metal dan MTV. Tetapi sebenarnya album ini lebih berat kalau nak dibandingkan dengan album sebelumnya. Menurut gitaris mereka, David Michael-Philips, album sebelum ini (Thrill of a Lifetime - 1986) mereka dipaksa untuk menjadi pop rock / AOR ala-ala lagu "We Built The City" dari Starship oleh syarikat rakaman. Ianya menjadi antara punca mengapa mereka bertukar anggota.
Namun begitu, King Kobra III masih kuat pengaruh pop metalnya. Masih komersial. Cuma mungkin sudah kurang perisa AOR. Tetapi yang menarik pada saya adalah kerja gitarnya. Walaupun kedua2 gitarisnya tidak dikenali. Tetapi dual solo dan rif-rif mereka di kiri dan kanan speaker agak menarik hati.
Ada lagu-lagunya yang mengingatkan saya kepada KISS pertengahan 80an. Rupa-rupanya tekaan saya betul. Ada lagu-lagu yang dicipta oleh Gene Simmons. Malah Peter Criss juga turut menyumbangkan suara latar untuk mereka.
Kesimpulannya jika anda sukakan pop metal yang komersial, mungkin ada antara lagu-lagunya boleh memikat hati. Tetapi jika anda yang jenis rock hantu...tak payah lah kot...lainlah kalau anda nak beli kerana ada gambar awek di cover albumnya...hahaha...
Trivia - awek kat gambar sebenarnya adalah Sarah Appice. Isteri Carmine pada ketika itu. Tetapi rasanya tak boleh nak lawan awek cover album-album Ratt - Tawny Kitaen (Out of the Cellar) dan Marianne Gravatte (Invasion of Your Privacy)...hahaha...
Thursday, August 2, 2018
Eonian
Dimmu Borgir - Eonian (2018)
Jujurnya bukan peminat black metal dan Dimmu Borgir. Hanya mendengar mereka melalui youtube, spotify dan koleksi MP3. Makanya tak layak langsung untuk mengulas Dimmu Borgir. Mereka adalah salah satu nama besar yang berjaya mengkomersilkan black metal kepada dunia mainstream.
Membeli cd ini kerana rasa tertarik dengan alunan melodic symphonic black metal mereka. Muziknya dipenuhi dengan alunan choir dan synthesizer. Ianya menjadi semakin dominan berbading album-album mereka sebelumnya. Ada ketikanya sehingga meneggelamkan bunyi gitar.
Rasanya jika anda mengharapkan muzik dark, heavy, black metal seperti Dimmi Borgir yang lama, anda akan kecewa. Mereka sudah jauh berevolusi. Ada ketikanya seolah-olah mereka adalah tetamu (guest artist) pada lagu-lagu mereka sendiri kerana terlampau banyaknya elemen choir dan orkestra. Boleh dikatakan pada kesemua lagu.
Nak kata tak sedap, sebenarnya sangat sedap. Terutamanya untuk casual listener seperti saya. Dengan Eonian, mereka mendapat seorang peminat baru. Tetapi sebenarnya ia lebih kepada pilihan telinga dan selera masing-masing. Purist black metal mungkin tak suka. Tetapi jika anda sukakan epik metal, ini sememangnya untuk anda.