Saturday, August 4, 2018
King Kobra III
King Kobra - King Kobra III (1988)
Tak pernah dengar pun ketika ianya diterbitkan pada 30 tahun yang lalu. Hanya sekadar melihat gambar covernya di majalah. Tahu pasal King Kobra pun hanya kerana peman drumnya adalah Carmine Appice. Itu pun kerana penglibatan beliau dalam band Ozzy Osbourne. (dalam muzik video Bark At The Moon - tak main pun untuk album - cuma main untuk persembahan live)
Satu-satunya lagu mereka yang saya tahu pada ketika itu hanyalah "Ready to Strike" (dari album pertama, "Ready to Strike (1985)". Yang lain memang tak tahu. Hanya bila ada zaman internet barulah dapat mendengar lagu-lagu yang lainnya. Bila jumpa dengan yang harga mampu milik. Memang terus sapu….
Kalau baca sejarah, ini adalah line-up baru mereka. Vokalis, seorang gitaris dan pemain bass yang baru. Seperti kebanyakan band-band heavy metal / hard rock di penghujung 80an, King Kobra juga terkena tempias hair metal dan MTV. Tetapi sebenarnya album ini lebih berat kalau nak dibandingkan dengan album sebelumnya. Menurut gitaris mereka, David Michael-Philips, album sebelum ini (Thrill of a Lifetime - 1986) mereka dipaksa untuk menjadi pop rock / AOR ala-ala lagu "We Built The City" dari Starship oleh syarikat rakaman. Ianya menjadi antara punca mengapa mereka bertukar anggota.
Namun begitu, King Kobra III masih kuat pengaruh pop metalnya. Masih komersial. Cuma mungkin sudah kurang perisa AOR. Tetapi yang menarik pada saya adalah kerja gitarnya. Walaupun kedua2 gitarisnya tidak dikenali. Tetapi dual solo dan rif-rif mereka di kiri dan kanan speaker agak menarik hati.
Ada lagu-lagunya yang mengingatkan saya kepada KISS pertengahan 80an. Rupa-rupanya tekaan saya betul. Ada lagu-lagu yang dicipta oleh Gene Simmons. Malah Peter Criss juga turut menyumbangkan suara latar untuk mereka.
Kesimpulannya jika anda sukakan pop metal yang komersial, mungkin ada antara lagu-lagunya boleh memikat hati. Tetapi jika anda yang jenis rock hantu...tak payah lah kot...lainlah kalau anda nak beli kerana ada gambar awek di cover albumnya...hahaha...
Trivia - awek kat gambar sebenarnya adalah Sarah Appice. Isteri Carmine pada ketika itu. Tetapi rasanya tak boleh nak lawan awek cover album-album Ratt - Tawny Kitaen (Out of the Cellar) dan Marianne Gravatte (Invasion of Your Privacy)...hahaha...
1st time aku dgr band ni...
ReplyDelete