Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 20 hb Februari yang lalu..
Acid Reign - The Fear (1989)
2 bulan juga tersangkut dalam draf...Masa dan idea untuk menulis asyik tersangkut.
Kali pertama tahu tentang Acid Reign adalah melalui majalah Metal Hammer seperti gambar di bawah. (Bertarikh 20hb Feb, 1989) Tertarik dengan gambar cover dan ratingnya yang tinggi. Tapi zaman sebelum internet memang tak ada tempat untuk cuba dengar. Tak jumpa juga di kedai kaset. Memang tak pernah kot album (kaset) ini masuk pasaran Malaysia.
Ketika itu memang sedang kemaruk dengan thrash. Apa sahaja band yang berkonsepkan thrash memang teruja nak dengar. Tapi seperti biasalah. Selain kekangan kewangan seorang pelajar, banyak juga kaset-kaset band sebegini yang tak ada dalam pasaran Malaysia. Jadinya banyaklah band yang sekadar tahu nama, ada yang jumpa tshirtnya...tapi memang tak pernah dengar pun bagaimana bentuk muziknya. Memanglah poser...haha...
Sehinggalah pada satu hari, 7 atau 8 tahun kemudiannya, ketika sedang berdating, terjumpa kaset kompilasi The Worst Of Acid Reign di sebuah kedai kaset di Holiday Plaza, JB. Itulah kali pertama dapat dengar muzik thrash British acuan mereka. Menarik juga. Dan ianya menjadi wish list sehinggalah kenal e-bay dan berjaya di beli.
Cadang nak ulas. Tetapi kemalasan untuk menulis semakin menjadi-jadi. Makanya baca sahaja lah ulasan asal tahun 1989 dari majalah Metal Hammer seperti di atas.
*Khabarnya mereka pun dah buat comeback. Album baru mereka dalam proses rakaman.
Monday, April 29, 2019
Friday, April 26, 2019
Fenomena 30 tahun
Sempena ulang tahun ke 30 pada 27hb Feb yang lalu...
Search - Fenomena (1989)
Dah pernah cerita kot pasal album ni kat >SINI<
30 tahun dah yer. Nak kata minat, tak ada lah sangat. Dah pernah cerita dah dulu kenapa. Tapi album ini memang menjadi fenomena untuk mereka. Dia macam Metallica Black album lah. Saya tak minat. Tapi ada beribu orang lain minat. Yang umur lebih kurang sebaya tentu faham lah. Kami lebih feel dengan album-album era Polygram mereka.
Dulu masa kali pertama dengar, ada kawan cakap tak heavy langsung. Menara Kesesatan?... Ok lah…Derap Komando?... Tajuk lagu jer nampak ganas…haha… Biasalah…Bila kau umur 18 tahun. Tengah kemaruk Slayer. Semua nak laju…semua nak berat. Tapi album ni memang meletop la kan.
Ingat lagi masa masuk Tingkatan 6 di Sekolah Sultan Ismail (merasa la Tingkatan 6 selama sebulan). Sekolah baru. Tak ada kawan. Lepak one corner dalam kelas buat bodoh sorang-sorang...haha.. Budak-budak perempuan kelas tu nyanyi lagu Pawana. Masa tu rasa macam wow.... Maknanya Search dah berjaya tembus tembok mainstream. Bila budak-budak perempuan pun dah pandai nyanyi lagu rancak bukan standard balada Isabella, maknanya memang Search memang dah top. Bukan lagi kutu-kutu tembok dan simpang jalan jer kot yang minat.
Tetapi untuk saya. Cukup lah. Saya berhenti dengar Search selepas dari album ini. (Berhenti tu bermaksud berhenti beli. Masih juga dengar sana sini terutamanya kepunyaan adik dan rakan-rakan lain. Bertahun kemudian, baru beli semula. Mula dari Rock And Roll Pie kot... atau mungkin Gema Di Timur Jauh.
Tapi dah tua-tua ni, beli balik. Dulu kasetnya dah hilang ntah kemana. Tak minat sangat pun tetapi kenangannya tetap ada. Bila dah meningkat usia, benda paling best adalah membeli kenangan lama. Tak cukup beli cd 2 versi. Beli juga versi piring hitam. Reissue yang awal harganya tak mampu milik. Bila keluar versi RSD 2019 cover hitam piring merah ni, harga murah lah sikit. Boleh la beli.
Jangan tanya tentang sound. Piring hitam satu disc sumbat 10 lagu.... patutnya anda semua tau macam mana....
*satu nak puji... packaging lp fenomena ni rasanya antara yang terbaik berbanding dari reissue dari company-company yang lain.
Search - Fenomena (1989)
Dah pernah cerita kot pasal album ni kat >SINI<
30 tahun dah yer. Nak kata minat, tak ada lah sangat. Dah pernah cerita dah dulu kenapa. Tapi album ini memang menjadi fenomena untuk mereka. Dia macam Metallica Black album lah. Saya tak minat. Tapi ada beribu orang lain minat. Yang umur lebih kurang sebaya tentu faham lah. Kami lebih feel dengan album-album era Polygram mereka.
Dulu masa kali pertama dengar, ada kawan cakap tak heavy langsung. Menara Kesesatan?... Ok lah…Derap Komando?... Tajuk lagu jer nampak ganas…haha… Biasalah…Bila kau umur 18 tahun. Tengah kemaruk Slayer. Semua nak laju…semua nak berat. Tapi album ni memang meletop la kan.
Ingat lagi masa masuk Tingkatan 6 di Sekolah Sultan Ismail (merasa la Tingkatan 6 selama sebulan). Sekolah baru. Tak ada kawan. Lepak one corner dalam kelas buat bodoh sorang-sorang...haha.. Budak-budak perempuan kelas tu nyanyi lagu Pawana. Masa tu rasa macam wow.... Maknanya Search dah berjaya tembus tembok mainstream. Bila budak-budak perempuan pun dah pandai nyanyi lagu rancak bukan standard balada Isabella, maknanya memang Search memang dah top. Bukan lagi kutu-kutu tembok dan simpang jalan jer kot yang minat.
Tetapi untuk saya. Cukup lah. Saya berhenti dengar Search selepas dari album ini. (Berhenti tu bermaksud berhenti beli. Masih juga dengar sana sini terutamanya kepunyaan adik dan rakan-rakan lain. Bertahun kemudian, baru beli semula. Mula dari Rock And Roll Pie kot... atau mungkin Gema Di Timur Jauh.
Jangan tanya tentang sound. Piring hitam satu disc sumbat 10 lagu.... patutnya anda semua tau macam mana....
*satu nak puji... packaging lp fenomena ni rasanya antara yang terbaik berbanding dari reissue dari company-company yang lain.
Tuesday, April 23, 2019
Record Store Day Bhg 2
Hari tu cakap masa record store day tak beli apa...sebenarnya ada juga beli...huhu...
Nak buat macamaner kan?...dulu tak payah record store day pun kedai-kedai kaset sentiasa penuh dengan pelanggan. Tak suruh pun orang datang.
Tapi zaman dah berubah. Sekarang ni siap buat satu hari khas pun tak adanya nak pergi kedai pun. Duduk-duduk rumah sambil pekena teh 0...klik kat handphone... 2, 3 hari barang sampai...hahaha...(tak menyokong langsung...)

Thursday, April 18, 2019
Cd terkini 2019 - Bahagian 2
Lagi pembelian terkini untuk cd-cd terbitan tahun ini. Dengan kemalasan mencapai tahap maksima, maka akan banyaklah timbul entri-entri ringkas seperti ini... 😀
Overkill - The Wings of War / In Flames - I, the Mask
Overkill ni dah 30 tahun kot follow. Lost sekejap pada penghujung 90an. Tapi semenjak 3, 4 album terkini yang mereka kembali thrashing macam dulu-dulu, rasa berminat untuk follow semula. Makin tua makin power. Cumanya rasa rindu juga nak dengar mereka bermain lagu-lagu slow thrash macam "Soulitude" atau "Shades of Grey"...
In Flames pula cuma mula follow ketika album "Reroute to Remain", lepas tu baru kebelakang. Dan berhenti selepas album "Come Clarity". Muzik mereka dah berubah. Ni baru nak cuba-cuba dengar semula.
Macam biasa...mungkin ada entri berasingan yang akan muncul....
Monday, April 15, 2019
Record Store Day 2019
Tak pergi pun walaupun Johor Bahru ada buat. Ada hal duniawi lain yang lebih utama. Tapi pagi sabtu tu ada lah juga lepak-lepak mamak dengan geng-geng blogger/whatsapp group bersama Hikayat Nemut Nemut, JDU393 dan Tokan Cd dan Gigi.
Hasilnya selain dari roti tampal goyang dah teh tarik free, dapatlah juga 2 cd ini secara percuma. Untunglah kan tak ber"RSD" pun dapat cd. heheh....
Thanks Doc Rizal. Semoga bertambah murah rezeki.

Thursday, April 11, 2019
Cd terkini 2019
Posto...posto...
Selepas cd Metallica - Helping Hands, ini adalah cd terkini di pasaran yang berjaya dimiliki...
Seperti biasa ianya adalah pembelian cd-cd terbaru dari band-band lama. Selera orang tua 😀...
Dua-dua pun gambar tengkorak walaupun genrenya agak berbeza.
Nantilah bila rajin kita cerita satu-satu....tapi nak jadi rajin...memang lah payah sekarang ni...heheh...

Saturday, April 6, 2019
The Dirt
Lama tak cerita pasal filem...
The Dirt (2019)
Sebagai seorang yang menjadikan muzik Motley Crue sebagai soundtrack zaman remajanya, filem ini semestinya sangat mengujakan. Lebih dinantikan berbanding Lords Of Chaos.
Nak lebih menarik kena baca bukunya. Biasalah, movie tak akan dapat lebih kerana masanya yang terhad. Sumbat mana yang penting. Maka akan adalah perkara-perkara yang tertinggal. Tak kisahlah. Kalau Motley Crue sendiri yang dah approve. Maknanya dah cukup bagus dah.
Secara keseluruhannya selepas menonton 3 kali (😀). Memang best! Ini bukan filem untuk menang anugerah oscar macam Bohemian Rhapsody. Tetapi ini filem untuk peminat Motley Crue. Kalau minat memang minat lah. Seperti rating dalam Rotten Tomatoes, pengkritik cuma bagi 43% tetapi peminat bagi 85%. Mat skema mana nak faham tentang zaman 80s punya sex drugs and rock and roll...haha...
*macam pickup line Tommy Lee kepada Heather Locklear ... Saya pun dulu selalu konpius antara Heather Locklear dan Heather Thomas ... haha...

Versi buku... Tak rock la kalau tak baca 😁 |