Search - Fenomena Limited Edition Made in USA (2017)
Walaupun kurang berminat, tetapi album ini tetap ada kenangannya. Penantian menunggu album baru Search selepas album Mentari Merah memang terasa sangat lama. Zaman tiada internet untuk mencari info, maka terpaksalah berulang alik ke kedai kaset hampir setiap minggu. Sayangnya yang ada hanyalah kaset Di Pintu Sepi dan Berpaling. Kes mahkamah antara mereka dan Polygram menyebabkan ianya asyik tertunda.
Bila akhirnya ianya diterbitkan, saya sudah hilang keterujaan. Tahun 1989 adalah tahun saya mula kemaruk dengan irama thrash. Muzik hard rock Search bukan lagi menjadi pujaan. Di tambah pula dengan keluarnya Hillary. Namun begitu kasetnya tetap juga di beli. Kid dari Gersang pada zaman itu adalah sebuah band seperti kata Deaf, untuk akak-akak lipat kain. Haha...
Bila dapat berita yang ianya akan dikeluarkan semula, rasa teringin pula untuk membeli. Lama betul tak mendengarnya secara album penuh. Mungkin dah lebih dari 20 tahun. Dulu masa keluar versi 2003 pun tak rasa berminat untuk beli. Dah
Ok cukup cerita perihal sejarah. Tujuan entri ini adalah untuk membuat perbandingan di antara versi Made In USA ini dengan versi 2003. Saya tiada versi 1990 Japanese Press (cd warna silver) atau versi tempatan ( cd warna unggu) untuk di buat perbandingan. Tetapi menurut rakan-rakan yang mempunyai kedua-dua cd tersebut. Cd Made in USA ini bolehlah dikatakan replika kepada cd warna unggu. Susunan tracknya pun sama. Yang warna silver ada 12 track. Lagu Pawana dan Songsang dipisahkan manakala cd warna unggu lagu Pawana dan Songsang bersambung dalam satu track menjadikannya 11 tracks. Sama kes dengan cd Made In USA yang juga mempunyai 11 tracks
Sebab itu ada dakwaan di FB yang mengatakan yang versi 2017 ini tidak melalu proses remaster. Ianya hanyalah sekadar salinan dari versi unggu 1990. Jujurnya saya tak pasti. Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak mempunya cd 1990. Tetapi berdasarkan tulisan di bawah cd yang tertulis “Music Makers”. Ianya memang meragukan. Betullah ianya di cetak di USA. Tetapi kalau anda rajin mengoogle pastinya anda tahu bagaimana “Music Makers” beroperasi. Mungkin juga Made in USA ini hanyalah sekadar gimmick untuk menjustifikasikan harganya yang seolah-olah rakaman album baru.
Berbalik kepada cd versi 2003. (Baru beli dengan harga RM25 semata-mata untuk entri ini) Minta maaf lah jika saya tidak memiliki kelulusan Sound Engineering seperti yang Nasir Search sarankan sebelum boleh memberikan komen. Tetapi kalau ikutkan telinga dan sound system cap ayam saya, sememangnya sound versi 2003 adalah jauh lebih baik dari versi 2017. Bunyinya crystal clear. Memang dah upgrade. Sound gitarnya jelas dan mantap. Berdentum! Terutamanya 3 lagu yang ditouch-up semula oleh Nordin dan Kid. Memang tip-top. Manakala versi 2017 pula agak mendap. Tenggelam. Kena naikkan volume untuk lebih kepuasan. Bunyi gitar juga agak tenggelam. Memang tabik hasil kerja terbaik Eddrie Hashim untuk versi 2003. Tak payah pergi USA pun (heheh…)
versi 2003 |
Perlu di ingat, entri itu bukanlah bertujuan untuk menghentam. Ianya sekadar teguran semoga pihak pengeluar lebih jujur dalam menghasilkan produk-produk yang berikutnya. Jadikanlah juga cd Hukum Karma Gold Edition sebagai pengajaran. Semoga keluaran selepas ini lebih berkualiti. Kesian juga dengan rakan-rakan peniaga yang turut merasa tempiasnya.
Tetapi bukanlah semuanya tak baik. Inlay dan cover cdnya bagus. Berkualiti dan Cantik. Puas hati walaupun ianya taklah sama dengan kaset yang asal. Bab ni memang patut di puji. Sememang patutnya cd-cd reissue mempunyai inlay berkualiti sebegini. Ini adalah antara sebab kenapa cd versi 2017 ini patut juga dimiliki.
Secara keseluruhannya boleh lah saya katakan begini…
Sound = Versi 2003 > Versi 2017
Inlay = Versi 2017 > Versi 2003
Tetapi sebagai peminat sejati dan para collectors…tak kira apa pressing pun…sedap tak sedap…beli tetap beli…kalau tak…tak kan lah khabarnya dah sold out dah versi 2017 ni…
Akhir kata…maaf la jika ada yang tersinggung…saya hanya seorang peminat biasa yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan pun. Yang habis duit pun saya jugak….kan.
p/s: Untuk Tuan Doktar Rizal Azuar, kalau dapat pergi USA dengan Search tu…kirim-kirim la fridge magnet barang seketul dua walaupun balik nanti kena jalan kaki…heheh…
Aku suka posting gini. Real dari seorang pembeli pakai duit sendiri dan peminat, bukan yang tulis pasal periuk nasik menulis dan dapat cd free atau tiket konsert free.
ReplyDeleteSound engineering qualification atau music qualification tu kalau kat kerja boleh pakai, tapi tuan tanah blog atau FB dorang berhak nak cakap apa dorang nak pasal ni keybod dorang dan wifi dorang.
I will still buy it, pasal aku sokong Search dan nak kumpul produk2 ada nama Search,
Entah Search dapat roywlti ke tak? Harap drummer dapat jugak,
Tak sempat beli..tp versi 2003 adlah real punya remastered...mmg ambik dari mastertape asal...bersihkan n polish balik sound dia... Mungkin yg US ni nk kekalkan warm sound asal dia ngan up sikit level EQ.. Diambil dari versi cd 89...bkn master tape.. Klu tgk design mcm abg Tapa punya kerja je..ada pengaruh pink floyd
ReplyDeleteAku x de fenomena versi 2003 dlm bentok cd tapi masa beli box set search mp3 tu sound fenomena aku rasa dari 2003..memang cukup baik dari sound 2017 yg mendap....kalau ckp pasal remasterla org yg xde sijil sound engineering pon dpt bezakan..
ReplyDeleteaku ada versi 2003 (baru beli tahun 2015), kira cukuplah sebab aku tak follow sangat search ni~
ReplyDeleteada baca juga nasir tu tegur dr tu, aku rasa dia layak komen lah sbb dia kan peminat. apapun aku belem beli lagi ni cd sbb haha
ReplyDeleteEntri jujur.aku sokong.bkn masalah pasal sijil sound engineer ke apa.duit kita,kita berhak la komplen.pasal ni mmg hobi kita beli n support yg original.takkan tu pun tak boleh?patut bersyukur la dpt org mcm kita2 ni yg beli n support.mahal mcm mana pun kita tetap beli.sampai korek duit tabung..hahah
ReplyDeleteDream Studio punya produksi la kan... apa pun syarikat produksi ni mmg memahami kehendak pembeli/kolekter..ni yg aku ske.. dgn inlay berlipat2..dgn cover asal.. nk hrpkan label sendiri yg buat dh tentu 2 lipat je.. aku harap Dream Studio ni jgn lari dri perjuangan sebenar.. hrp mereka buat utk kolekter/pembeli.. bkn utk poket penuh cepat semata2..
ReplyDeleteWahhhh apa cerita ni? Ni semua FB ye ? Haha.
ReplyDeleteAnyway, Tuan Tanah, aku sampai lambat pun kalau aku pergi. Tapi kalau aku dapat dua keping, satu tuk aku, satu aku rezebkan untuk kau Prime Domestic
TQ Deaf..
DeleteOloo nak jugak..
DeleteRemaster kalau source tak ok, pakar macam manapun tak boleh improvekan sangat kualiti sound..banyak juga cd2 barat yg diremastered dapat komen negatif spt Megadeth, Metallica dll, ianya cuma bunyi lebih kuat dan sakitkan telinga, sbb tu ramai kaki audio yg pilih vinyl atau cd tak remaster utk koleksi..
ReplyDeleteAku harap adalah remastered kat US tu walaupun tak improved sangat, sbb kalau takat inlay cantik, takkan sampai RM39 jual..
Selalu cd kat kereta, volume level 18 dah kuat dan 20 sangat kuat (Bosch CD Player, Proton Preve). Tapi untuk CD ni, aku pulas sampai 22 untuk level macam 18-19 normal.
ReplyDeleteApa maksud us edition ini..adakah bermaksud us pressing?
ReplyDeletePancing je tuuuuu....
DeleteAku tengah tunggu Nasir Rockfather contact aku bagi tarikh nak ke USA dengan Search...sekarang ni tengah cari kursus online, cara-cara nak berjalan dalam air...fridge magnet comfirm beli satu sorang akan dapat...hahaha
ReplyDeleteDR RIZAL
Banyak sgt versi, kesian kat kami yg taj tau ape2 ni hahah, rp alhamduliah, ade versi usa dan 2003, versi kaset diaora 1989 just penah dnegar jer zaman2 dlu abg sedara punyer
ReplyDelete