Wednesday, October 23, 2019
The Great War
Sabaton - The Great War (2019)
Band yang bagus ada di mana-mana. Cuma kita yang tidak mahu mencari. Begitulah dengan Sabaton. Tahun ni dah masuk ulangtahun ke 20 mereka. Tetapi baru beberapa tahun kebelakangan ini terpanggil untuk mendengar mereka. Itupun disebabkan lagu "In The Army Now - Status Quo" yang mereka cover. Tak sangka pula sekali dengar lagu-lagu mereka yang lainnya terus jadi suka.
Masalah besar bagi band-band power metal adalah untuk menghasilkan sesuatu yang segar dan berbeza. Kelainan untuk Sabaton adalah dari segi liriknya. Mereka lebih selesa dengan lirik sejarah dan perperangan berbanding "dungeon and dragon" dan "metal heroes". Suara vokalisnya juga bukannya tipikal "high pitch" seperti kebanyakan band power metal yang lain.
The Great War liriknya berdasarkan kepada sejarah Perang Dunia Pertama. Epik, bombastic, melodic, catchy, singalong chorus, solo dan rif yang membunuh, semua perisa untuk power metal ada dan di adun dengan secukup rasa. Memang sedap.
Banyak album power metal yang cepat membuatkan rasa jemu dan bosan. Tetapi ini tidak. Mungkin kerana lagu-lagunya agak pendek. 38 minit untuk keseluruhan sebuah album dengan majoriti lagu di bawah 4 minit bagi genre power metal memang agak asing, Tetapi ianya menjadikan kita tak sempat untuk merasa bosan.
Muzik heavy dan power metal sebegini sememangnya kena dengan jiwa. Makanya sesiapa yang sejiwa bolehlah cuba-cuba untuk merisik album-album mereka.
part vokalis tu saya kurg bekenan...sy xde masalah pun dgn vokalis yg xde high pitch mcm d anno dgn blaze bayley..asal kena ditelinga mmg layan la...tp serius smp skrg sy xle terima suara vokalis dia..hehehe
ReplyDeleteBiasalah... Tak semua org suka tempoyak... Haha...
Delete