Thursday, January 30, 2020

Extreme Power Metal



DragonForce - Extreme Power Metal (2019)

Sementara tengah kemaruk dengan genre power, beli lagi sekeping cd yang tajuknya pun dah cukup mengambarkan muzik yang ada di dalamnya.

Tetapi tak lah extreme sangat kot. Ada juga lagu yang perlahan dan mid tempo. Tetapi lagu-lagu yang laju memang laju. Solo gitar pun bergulung-gulung. Bak kata gitaris mereka Herman Li, mereka adalah "Bon Jovi on speed".


DragonForce memang terkenal dengan barisan pemuzik yang agak hebat terutamanya 2 orang gitaris mereka yang memang laju solo-solonya. Bagi yang main Guitar Hero 3 tahu lah kan. Nak terkehel jari dibuatnya.

Album kali ini lebih banyak variasi. Mungkin tak selaju album-album awal. Tetapi lagu-lagu seperti "Highway To Oblivion" dan "Cosmic Power of the Infinite Shred Machine" memang agak laju juga. Banyak lagu yang sedap. Banyak lagu yang melodic. Banyak juga yang menangkap.


Band-band power metal jarang mengecewakan bila mereka membawa lagu-lagu power ballad. "The Last Dragonborn" dan "Remembrance Day" adalah contohnya. Memang sedap. Tetapi lagu yang agak menarik perhatian adalah "Strangers". Agak lain dari yang lain. Perisa hard rock 80an yang kuat. Chorusnya memang melekat dalam kepala.

Perlu juga disebut adalalah cover Celine Dion dari filem Titanic. Yang ini memang extreme. "My Heart Will Go On" berjaya di "Dragonforce"kan. Sedap juga bila ianya dilajukan.

Akhir kata...Ada lagu yang bagus. Ada lagu yang pop dan ada juga yang sekadar pelengkap. Keseluruhannya tidaklah mengecewakan.




Monday, January 27, 2020

Sudah Sampai Sini : Phuket 2

Lama dah ni sangkut kat draf...Kejadian ni sebenarnya berlaku pada bulan Julai tahun lalu...hahaha...lebih setengah tahun dah...Gini lah jadinya bila semakin malas untuk menulis....


Kali ke 2 dah jejak kaki di Phuket. Kali pertama tahun 2017. Baru 2 tahun dah pergi lagi. Dia punya teruja tu memang tak berapa nak ada dah macam yang kali pertama. Tapi dah company suruh pergi... siapalah saya untuk membantah benda yang percuma ini...hahaha...

room with a view.... pemandangan pekan Pa Tong, Phuket dari bilik hotel


Tak banyak yang berubah dalam tempoh 2 tahun. Yang perasannya ada satu shopping complex baru di tengah-tengan pekan Pa Tong. Yang lain masih sama. Bangla Walking Street di waktu malam pun masih happening...hahaha... yang pernah pergi sini paham la...๐Ÿ˜
 .

Tidur pun di hotel yang sama. Masih hafal setiap lorong-lorong di pekannya. Kali ni memang tak ada jalan kemana. Lepak bilik. Keluar pun sekadar cari makanan halal muslim Phuket di kawasan gerai-gerai makanan yang berhampiran dengan seberang jalan Hard Rock Cafe. Senang nak jumpa. Mereka bertudung dah boleh berbahasa Kelantan. Souvenir pun tak beli. Tshirt yang beli 2 tahun yang lalu pun masih ada yang belum di pakai

Mengamit kenangan gambar cara yang sama 2 tahun lalu


Selalu terpikir macamana kawasan sekitar Phuket cukup bersih. Tak jumpa pun walau sebatang putung rokok padahal malamnya pekan Pa Tong memang kawasan yang cukup happening. Sesak dengan bermacam-macam bangsa. Yang mabuk pun melambak.

Tapi sebenarnya seperti gambar di atas, waktu pagi adalah masa sibuk untuk perkerja-pekerja menyapu dah memungut sampah sarap di sekitar pekan dan pantai di kala yang malamnya berparti masih tidur lena.

satu benda yang sentisa mengagumkan bila berada di Thailand adalah pendawaian elektriknya...berselirat.

Jadilah sedikit kisah di Phuket. Kalau nak baca yang panjang lebar punya boleh jenguk kisah 3 tahun yang lalu di >SINI<. Ketka zaman masih rajin menulis...




Saturday, January 25, 2020

countdown 20022020



Dasyat... siapa sangka kan dengan tiket harga RM200 (kira mahal la untuk sebuah showcase band rock melayu) dan hari khamis (bukannya hari cuti) tiket berjaya terjual habis (sold out) dalam masa 3 hari. Tak sempat promosi, tak sempat nak iklan, baru di group WhatsApp pun tiket dah habis. Ramai lagi yang tak sempat nak beli...kena masuk waiting list...

Tabik dengan team yang berusaha menjayakan showcase ini, band member Belantara sendiri dan terutamanya peminat kipas susah nak mati yang terus setia.

Iyer...kami dah berusia...tak ramai...tapi kami tetap ada.


Belantara selama!....



Thursday, January 23, 2020

Talviyรถ



Sonata Arctica - Talviyรถ (2019)

Lama dah tak dengar Sonata Artica. Dulu, zaman kemaruk dengan genre power metal (awal-awal tahun 2000), album mereka seperti Ecliptica (1999) dan Silence (2001) adalah antara yang paling digemari.

Ingat lagi dulu melawak dengan kawan, "kau dengar Sonata Artica… aku tengok Winter Sonata"…hahaha... Masa tu belum tahu istilah K-pop. Tapi cerita Winter Sonata tu memang meletup. Ianya adalah pengalaman pertama  menonton drama korea atas alasan untuk meneman isteri… ok…ini cerita lain….hahaha...


Menjelang pertengahan tahun-tahun 2000an, mula rasa tepu dengan muzik sebegini. Album terakhir mereka yang ambil tahu kalau tak silap Winterheart's Guild (2003). Itu pun tak beli. Sedut MP3. Selepas belasan tahun, rasa teringin untuk mendengar mereka semula. Tambahan pula, entah kenapa kebelakangan memang kemaruk untuk mendengar genre sebegini semula.

Ternyata Sonata Artica sekarang agak berbeza. Muzik mereka semakin lembut. Genre power metal sememangnya tidak memerlukan rif gitar yang kuat. Cukup sekadar lagu yang bermelodi dan senang menangkap. Terutamanya untuk yang lebih symphonic. Tetapi Sonata Artica sekarang terlalu lembut. Mungkin terlalu progressif. Ada masanya bunyian keyboard lebih mendominasi. Bunyian gitar seolah-olah sekadar latar belakang. Memang ada lagu yang bukan power metal. Malah tak metal pun.


Bukanlah tak sedap. Lagu mereka masih melodic. Memang catchy. "Message From The Sun" adalah contohnya. Tapi bagi peminat yang ketinggalan dalam mengikuti perkembangan mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini memang akan rasa lain. Rasa berbeza. Ini bukan Sonata Artica yang kita kenal dan suka.

Bukanlah album pilihan. Tetapi ianya masuk dalam kategori kena dengar banyak-banyak kali untuk suka. Itupun kalau anda jenis yang tidak cepat merasa bosan ๐Ÿ˜




Sunday, January 19, 2020

True North



Borknagar - True North (2019)

Dengan logo akar kayu yang tak berapa reti nak baca tu ingatkan mereka adalah sebuah band black metal yang tepu. Maaflah, tak berapa dengar sangat black metal. Makanya banyak yang tak berapa nak tahu.

Mendengar lagu "Up North" secara "trial and error" di spotify secara tiba-tiba jadi tertarik pula dengan muzik mereka. Untunglah kan zaman sekarang, boleh "trial dan error" secara mudah dan percuma. Dulu-dulu kena beli kasetnya. Kalau tak minat memang rugi duit...humban dalam gerobok ajerlah jawapnya.


Dah lama rupanya band ini wujud. Baru ni beriya nak dengar. . Nak banding dengan album-album sebelumnya memang tak tahu. Tak pernah dengar. Tapi True North memang sedap. Muziknya memang melodic. Ada elemen-elemen progressif. Ada symphonic metal. Ada folk. Ada classic rock. dan sudah semestinya ada black metal. Susunan muzik, choirs malah bunyian keyboardnya memang mengasyikan. Terasa aura Scandinaviannya.

Satu lagi album pilihan untuk 2019. Rekomended!

*ok...nak cuba dengar album-album yang sebelumnya pula.


Wednesday, January 15, 2020

Cd 2019 - Bahagian 16


Sambung lagi cd-cd terbitan tahun 2019 yang tak sempat nak tampal pada tahun lepas

Tom Keifer Band - Rise

Cinderella - B-Sides & Rarities

Dua cd yang ada kena mengena. Tom Keifer Band adalah perkara yang paling hampir untuk menghilangkan kerinduan peminat Cinderella manakala B-Sides & Rarities adalah perkara yang peminat setia Cinderella patut ada dalam koleksi mereka.



Monday, January 13, 2020

A Farewell to King

Lambat sikit buat tribute. Sibuk dengan hal-hal duniawi yang lain...

"Inilah dia lagu rock...". Berpuluh tahun yang lalu (terasa tua nya ๐Ÿ˜) ketika kali pertama mendengar lagu "Tom Sawyer", itulah ayat atau kata-kata dari rakan-rakan atau abang-abang yang lebih tua. Kita masa tu bukannya paham apa. Budak-budak umur 8 atau 9 tahun lah kan. Yang kita tahu hanya lah nak berkubang mandi paya...


"Tom Sawyer" adalah antara lagu rock terawal yang di dengar. Ianya juga antara penyebab terjebak meminati muzik rock. Tapi nak kata minat sangat Rush... Tak juga. Cd mereka pun sekadar ada 2 yang di dalam simpanan. Tetapi bagi mat rock yang membesar pada penghujung 70an dan awal 80an, Rush dan Neil Peart adalah nama-nama yang pastinya terlintas dalam sejarah hidup walaupun mungkin ada yang tak pernah dengar pun lagu-lagunya.

Ketukan drums dan lirik-lirik beliau akan terus segar dalam ingatan...


Neil Ellwood Peart
(September 12, 1952 – January 7, 2020)

Thanks for the music




Friday, January 10, 2020

Dua Kosong Satu Sembilan - Bahagian Dua

Lagi campak kebelakang 2019...

Tahun lepas juga adalah tahun yang kembali membeli kaset. Tidak la mencari sangat pun tetapi bila ternampak iklan di FB. Harga pula agak berpatutan. Dan ianya ada kenangan dari zaman remaja. Sedar tak sedar memang dah terbeli...haha...

Tak lah banyak. Tak sampai pun 20 keping. Ada yang dah pernah cerita kat sini. Ini antara yang dah terbeli....



Ini semua pun sekadar suka suka simpan. Ada yang beli tapi tak pernah dimainkan pun. Walaupun sebenarnya ada dua cassette player dalam simpanan. Malas!


Adalah sikit...tapi ini semua sebenarnya adalah penyakit...๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜




Tuesday, January 7, 2020

Dawn of the Dragonstar



Twilight Force - Dawn of the Dragonstar (2019)

Satu lagi album pilihan untuk tahun 2019. Terutamanya bagi kategori symphonic power metal. Memang sedap. Memang catchy. Memang cheesy. Bila dengar genre sebegini memang tak boleh lari dari perbandingan dengan Rhapsody/Rhapsody Of Fire. Tetapi apabila album terbaru Rhapsody of Fire sendiri agak kurang memberangsangkan. Klon seperti inilah yang perlu kita cari.


Seperti Legends From Beyond the Galactic Terrorvortex, album ini jugak boleh membuatkan kita ketagih. Kalau Legends From Beyond the Galactic Terrorvortex liriknya terarah kepada tema sc-fi, Dawn of the Dragonstar pula liriknya adalah fantasi power metal yang sejati.

Senang cerita, ini adalah sebuah album symphonic power metal yang bagus. Vokalisnya pun adalah bekas vokalis Luca Turilli's Rhapsody. Memang dah terbukti bagus. Makanya, jika anda mahukan muzik symphonic power metal yang bagus sememangnya ini lah yang patut dicari. Tapi kalau nak cari kelainan...sesuatu yang baru...pergilah cari di tempat lain.





Sunday, January 5, 2020

20.02.2020





*tak sabar dah ni...  Jom!



Friday, January 3, 2020

Dua Kosong Satu Sembilan



2019 yang berlalu… blog pun tak lah seaktif macam dulu. Tetapi selagi ada sedikit semangat dalam diri, memang akan cuba untuk terus menulis. Tengok kat statistik, pembaca pun semakin berkurangan. Senang cerita, berblog memang dah ketinggalan zaman…

Cerita peribadi pun jarang dah tulis kat sini. Layan cerita -cerita hobi sahaja. Antara hobi yang tak boleh berhenti adalah membeli fizikal muzik. Tak kira lah cd, lp dan paling tak sangka membeli kaset kembali.

Tetapi pembelian utama memang tetap cd. Nak kata dengar semua pun sebenarnya tidak juga. Malah lebih banyak ketikanya menggunakan secara atas talian seperti Spotify ataupun YouTube. Ianya lebih mudah terutamanya dalam hal mencari. Tekan "search", taip nama… terus jumpa. Berbanding termenung depan rak mencari mana dan di mana letak cdnya tersebut. Itu belum guna lp atau pun kaset. Jenuh nak menukar dari side A pergi ke side B.

Mungkin inilah namanya hobi. Beli, simpan dan tayang....hahaha...Nak kata pencen tu memang tak la...tak minat mancing, tak minat golf. Ini satu sahaja yang minat. Selagi ada rezeki,memang akan terus membeli...

Kongsi sedikit apa yang di beli sepanjang tahun 2019. Kalau cd-cd baru terbitan 2019 memang selalu dah kongsi kat sini. (itu pun ada lagi yang tertinggal). Tapi tak semua lah. Banyak sangat kot sampai tak ingat apa yang di beli...hahaha...


Yang ini pembelian yang paling digemari. Lama dah cari. Dulu hanya ada kaset. Itu pun ada yang hanya setakat kaset dubbing. Zaman belajar, mana lah nak ada duit sangat. Ni dah tua-tua ni bila ada rezeki yang lebih, jumpa...memang terus upgrade ke cd.


Yang ini dulunya setakat setakat dapat tengok kat rak kedai kaset. Nak beli tak cukup duit. Ada pula yang setakat baca kat majalah. Benda-benda yang boleh mengimbau kenangan silam kalau terjumpa memang tak akan dilepaskan...


Ini pun sama kes. Ada yang dulunya tak pernah nampak pun ada di jual di Malaysia. Memang mengharapkan ihsan kawan-kawan untuk berpeluang dengar. Terutamanya kawan-kawan yang ada abang belajar luar negera. Masa tu mana lah ada youtube atau spotify. Kaset dubbing dan cetak rompak menjadi pilihan.


Antara yang rare dan underated. Heavy metal asli 80an sebegini sememangnya dah sebati dalam hati. Tak kisahlah apa pun evolusi muzik zaman kini, Akhirnya muzik yang begini juga yang akan tetap dicari.


Biarlah orang nak kata apa. Tak up to date pun tak apalah. Selera sememangnya dah tersangkut di era heavy metal 80an. Tak boleh move on dah... Memang dah stuck kat situ...


Cukuplah setakat ini. Banyak lagi kalau nak kongsi gambar pembelian cd tahun 2019.  Ini suku pun tak sampai...hahaha...




Wednesday, January 1, 2020

Wawasan 2020

Selamat tahun baru 2020....


Mana hilangnya masa. Cepat betul 29 tahun dah berlalu. Ketika wawasan 2020 di umumkan pada tahun 1991, rasa jauhnya nak sampai. Siap berkira-kira berapa kah umur pada tahun 2020. Tua nya nanti pada ketika itu. Tetapi bila dah sampai ketikanya... tak lah rasa tua pun... Age is just a number...hahaha...

Dulu kalau cerita perihal tahun 2020, mesti terbayangkan kereta terbang, bangunan-bangunan tinggi yang canggih, bullet train... tapi banyak mana kah yang dah berubah?

Dari segi teknologi memang tak boleh di nafikan. Banyak benda yang tak tercapai dek akal pun pada ketika itu. Handphone dan internet adalah antaranya. 2 benda yang paling terkesan untuk generasi sekarang.

Tetapi 2 benda ini juga lah yang menyebabkan hampir pupusnya teknologi cd. Tahun 1991 adalah tahun cd baru bertapak terutamanya untuk pasaran di Malaysia. Tetapi sekarang ianya hampir nak pupus. Kedai cd pun dah hampir tak wujud. Satu perkara yang generasi sekarang tak mungkin akan lalui.

Tetapi ada juga yang masih sama. Tak kisah lah kalau tak ada kereta terbang. Satu dunia pun tak tercapai. Tetapi bab Infrastruktur contohnya. Johor Bahru tetap tak ada lrt atau mrt apatah lagi bullet train. Sedih…

Tapi kan, selepas 29 tahum, ada satu benda yang tak pernah terpikir pun yang ianya akan masih sama. Siapa sangka PM yang melancarkan Wawasan 2020 masih sama orangnya dengan PM yang ada sekarang...hahaha...


*gambar hanya sekadar hiasan