Phuket ni keluasannya sedikit kecil dibandingkan dengan Singapura. Maknanya boleh tahan besar juga. Dari timur nak ke barat dengan keadaan trafficnya...makan masa sejam lebih juga. Gambar di atas adalah dalam perjalanan dari Airport hendak ke Pekan Patong (tempat perginapan). Boleh tahan jauh juga. Yang dalam gambar ni tak pasti apa nama pekannya.
Keadaanya tak jauh beza dengan pekan-pekan kecil di Malaysia. Tesco pun ada. Makro yang dah lama pupus kat Malaysia pun kat sana ada. Premium Outlet pun. Tapi tempat-tempat ni tak singgah. Pasal agak jauh juga dari hotel penginapan.
Phuket ni 30% peratus penduduknya Islam. Memang banyak masjid dan madrasah terutamanya di penempatan muslim. Ini antara masjid yang terbesar di sana. Masjid Nurul Islam kalau tak silap namanya. Tak sempat singgah kerana lokasinya juga agak jauh dari hotel penginapan. Kawasan sekitar sini memang banyak kedai-kedai makanan halal. Sempat juga makan malam di salah satu kedai muslim di sini. Tomyamnya sedap. Yang bezanya di sini dalam tomyamnya ada ikan. Belum pernah pula jumpa di Johor. (lupa pula nak ambil gambar)
Ini pula tempat penginapan. Tak jauh dari Bangla Street dan Pantai Patong. Tak menariknya di kawasan sini tiadanya kedai makan islam warga Thai. Kebanyakan kedai makan halal adalah kedai pak arab. Tapi dorang pun pandai masak tomyam. Satu lagi yang tak best harganya agak mahal. Ada kawan yang makan nasi putih lauk telur goreng pun dan kena 80 baht. (lebih kurang RM10++). Makanan lain contohnya nasi goreng ayam pun dah dah dalam 120 baht. Satu lagi terjumpa juga roti canai. Tapi roti canai sini tak ada kuah. Makan gitu ajer...Tak cuba pulak macamana rasanya...
Pemandangan dari bilik hotel. Sarapan percuma. Tapi waktu lain kena cari makan sendiri. Satu lagi bila di negara orang walaupun kita dimaklumkan ada makanan halal di hotel, tapi kedudukannya bercampur bukannya asing-asing. Hotdog ayam dan babi letaknya sebelah menyebelah. Kalau tak baca betul-betul ada yang tersalah ambil pulak. Akhirnya 2 malam menginap di sini, 2 kali hanya sarapan roti dan telur. Tak berselera pula nak makan yang lainnya.
Patong ni untuk orang lelaki tak ada la apa nak di shopping kan sangat. Beli tshirt selai dua, fridge magnet ker...cukup dah. Kalau perempuan lain la. Tapi sini harga mahal. Maklumlah tempat tumpuan pelancong. Ada juga la beli pashmina untuk orang rumah. Murah...pandai tawar...terutama waktu pagi boleh dapat 80 baht.
Terjumpa pulak tempat ni. Senang la orang pompuan nak shopping...hahaha...Tapi Patong ni untuk lelaki tak payah tempat ni kot...Siapa-siapa yang pernah sampai sana tahu la...hihi...
Di sini pun ada Hard Rock Cafe. Tak beli apa pun. Biasalah Hard Rock...semua pun mahal. Jalan-jalan bergambar sahaja lah.
Satu yang rasa pelik kat sini bab pendawaian elektriknya. Mak aii...punya la serabut. Saspen pula tengok. Macamana la dorang maintain yer. Nak check pun punyalah berselirat. Takut juga kot-kot terbakar ker...
Ini pula Bangla Walking Street. Belah siang aman damai. Masuk malam punya lah ramai umat. Nak cari souvenir bukan ini tempatnya. Ni memang tak sesuai untuk kanak-kanak. Dah lah pekan Patong ni bersepah tempat urut. Yang ini lagi dasyat. Sepanjang jalannya dipenuhi bar terbuka dengan wanita seksi menari tiang (err...tak pasti juga...wanita atau lelaki jelita...haha..) Hmmm...tak payah la kot kongsi gambarnya...hahaha..
Yang bestnya kalau anda minat muzik, selain bar tiang tu, banyak juga bar yang ada live band. Sini semua konsep terbuka. Dari tepi jalan pun boleh lepak-lepak layan muzik dan layan tiang (hahaha..). Bukan kena masuk pun. Mungkin itu cara mereka nak tarik pelanggan. Yang menariknya majoriti live band main lagu rock. Ni band Thai kat atas ni tengah main lagu TNT - ACDC...power!
Selalu nampak orang buat gambar macam ni. Ok per sekali sekala ikut jadi hipster...hihi...
Patong Beach. Ini pantai awam. Yang berdekatan Bangla Street ni semuanya pantai awam. Dia ada yang private punya. Tapi jauh dari kawasan ini. Maklumlah Phuket ni pulau. Maka banyaklah pantainya.
Nak kata cantik, pantai kat Malaysia pun cantik. Cuma satu yang nampak...pantainya bersih. Tak jumpa sampah. Bukan setakat pantai, pekan Patong pun bersih. Tak jumpa walaupun sebatang putung rokok. Bab ni memang tabik la..
Sayangnya tak sempat nak ke Pulai James Bond. Yang situ pantainya cantik. Masalahnya pengangkutan ke sana semuanya adalah secara pakej sehari (pergi pagi balik petang). Tak ada yang kita boleh suka-suka nak pergi bila-bila masa.
Amaran Tsunami. Dengar cerita pemandu van yang kita orang naik, area pantai belah sini bukanlah kawasan yang kena trajedi tsunami. Dia belah lain. Yang kena tu adalah pantai private. Hotel mahal. Tu pasal katanya yang banyak mati adalah warga asing. Bukannya warga Thai.
Ombak sini kuat. Tak sesuai untuk mandi. Terpikir juga kalaulah kena tsunami...mana yer nak lari.
Menurut cerita warga tempatan lagi, Phuket sebelum Tsunami bukanlah segah sekarang. Masa tu Phuket mundur dan bukanlah destinasi utama pelancong ke Thailand. Tetapi dengan publisiti Tsunami, khabarnya dalam tempoh 8 bulan selepas trajidi tersebut, Phuket bangkit menjadi lebih happening.
Khabarnya juga kebanyakan tanah di Phuket dah jadi milik orang luar. Pelabur-pelabur mat salleh pandai mengambil kesempatan ketika kejatuhan harga tanah selepas Tsunami. Paling terkini khabarnya banyak pelabur dari Russia sampaikan dah ada komuniti Russia di sini. Bukan setakat penari tiang...saluran tv pun ada yang berbahasa Russia...
Yang atas tu gambar pantai yer...yang korang fokus tempat lain kenapa....Ok tu ajer...hahaha...
Kesimpulannya...Phuket ni bukanlah destini terbaik untuk bawa anak-anak...Tapi kalau nak merasa pergi apa salahnya...
sempat filler...
ReplyDeleteterbaik nye report. Full of information.
ReplyDeleteCuma patut more photos of makanan etc etc.
Thank you so much.
Tapi aku pun takut tengok cable wire kat atas tu.
Perut lapo...lupa dah nak ambik gambo...haha
DeleteAda awek rusia menari tiang gak ke.best tu.hahah
ReplyDeleteagak2 brp kos tambang pergi balik tu bro?
ReplyDeletetak pasti...company tanggung
Delete