Ok la... jom mula merepek sambil layan gambar yang tak seberapa...(buat entri pasal band lain tak kisah sangat...mereka bukannya baca... tapi kalau Belantara ni...hmmmm...pressure dan segan pula jadinya 😃..)
Kalau tak kerana penantian 33 tahun, tak larat dah rasanya nak memandu balik hari JB -KL semata-mata kerana nak pergi tengok konsert. Bukannya makin muda. Tapi, Belantara punya pasal...sampai rumah pukul 4 pagi pun tak ada hal...😁
Tidak seperti Megadeth atau pun Helloween, perjalanan kali ini dengan co-driver yang baru. Sahabat yang biasa jadi peneman tak dapat pergi. Kali ini ditemani oleh Dr Rizal. Antara collector cd tersohor. Peminat Aceh Search pun mesti kenal dia kan? (kah kah kah). Tapi seriously, peminat seni muzik Malaysia patut berterimakasih kepada beliau. Dia adalah individu yang paling aktif dalam mengemaskini info album-album tempatan dalam Discogs. Terimakasih Doc.
Bertolak dalam pukul 11 pagi dari JB. Singgah Sham Alam untuk temu janji makan tengahari dengan orang kuat Jo Wings, Zan Bassist. (Terimakasih untuk makan tengahari). Selepas 2,3 kali juga tersalah dan terlajak simpang walaupun menggunakan Waze dan Google Map, akhirnya sampai juga di tempat kejadian (DPAC Empire Damansara) sekitar 5 petang. Nak elak jem tapi awal sangat sampai. Masih tak ramai. Sempat la jumpa Amir dan Sofi sambil tengok merchadise yang di jual.
3 helai tshirt dari hari tersebut. Sebenarnya yang gambar logo tu dah dapat awal dari Abang Shuk. Yang cover merah tu ambil di tempat kejadian. (Masa ni tak kenal lagi yang mana satu Tuan Badlishah). Dan yang tulisan Belantara tu dapat secara percuma 😊 ..Ada lagi satu design gambar band member...yang itu tak beli.
Selain 3 design t-shirt dan topi, ada juga jual tag, lanyard, poster dan buku lirik untuk dijadikan kenangan. Disebabkan masih awal, kami meninggalkan lokasi kejadian untuk seisi mengeteh.
Terimakasih sahabat baru, Azizi untuk teman minum petang. Selalu komen dalam blog, baru kali ni berpeluang untuk bertentang mata. Handsome rupa orangnya. Dan juga untuk Laili Basir, berkenalan di meja makan hingga membawa ke bilik hotel...haha...(terimakasih bagi kami bertiga tumpang solat dan kongsi pengalaman menarik)
Datang semula ke tempat kejadian dalam pukul 8.30. Dah ramai dah. Yang menariknya tentang showcase ini, selain nak tengok hero-hero Belantara beraksi, dapat juga berjumpa dengan kawan-kawan lama. Dah macam reunion pun yer juga. 20++ tahun dah tak jumpa Nizam Belantan. 9 tahun dah selepas Iron Maiden Singapore dapat jumpa balik Hafiz (rakan dari zaman Forum Metal Terus). Jumpa juga d'Atok Akeem (orang kuat untuk cd/lp reissue) Ada juga muka-muka yang biasa tengok kat FB dan group Whatsapps. Tapi malu lah nak tegur. Jumpa juga Uneh. Yang ini kena tegur. Siap bergambar lagi. Ketua Perusuh la kan...hahaha...
Ok cukup cerita jejak kasih. Kita nak cerita pasal Belantara. DPAC ni memang tak besar. 200 tempat duduk. Just nice untuk showcase berskala kecil. Memang rapat dengan stage. Tambah pula bila dapat seat paling depan. (Terimakasih YB Amir, minta seat belah JP, betul-betul depan JP dia bagi...ternganga tengok JP menyolo depan mata...best!).
Tiket malam pertama ni sold out. Maknanya kesemua 200 tempat duduk penuh. Kalau perhati keliling memang boleh dikatakan hampir 90 peratus adalah mereka yang nampak macam tua di luar tetapi sebenarnya masih tetap muda di dalam...hahaha... Alaa...berapa kerat la yang umurnya bawah 40an tahu atau pernah dengar lagu Belantara?... Tapi iyer juga... mungkin anak kita tahu...anak-anak saya memang tahu...tapi mereka lebih tahu Kpop dari Belantara...sedih 😞
Maaf, Tak banyak gambar. Tak ambil video juga. Malam ni niatnya memang nak simpan handphone. Belantara bukan datang tiap-tiap tahun. Datang memang semata-mata nak menikmati persembahan. Tak kisah la kalau ada yang terkucil dan tak sampai. Apa ada hal. Malam ini adalah malam meraikan kemunculan semula Belantara. Kembalinya mereka ke atas pentas selepas 30 tahun itu pun dah cukup bagus...cukup mengujakan...
Kalau tengok setlist memang tak puas la. Mana cukup 13 !!!!! Kami mahu 30!!!!... Mana lagu "Daya Tarikan"??? mana "Menari Di Dalam Hujan"? mana "Nostalgy"? mana "Pelangi dan Nafiri"?, mana "Destinasi Infiniti"? mana... mana...ikut hati memang nak taip semua lagu...😁😁😁
Tapi jujurnya kami faham. Belantara bukan pemuzik sepenuh masa dan bukan juga semakin muda 😁 6 lagu dari album Merah, 4 dari Kuning dan 3 dari Biru memang lebih dari boleh dah...alaa...dapat tengok dorang bertiga berdiri atas stage bersama-sama pun dah cukup mengujakan dah...
*sedikit penambahan dari setlist, lagu "Dewi" dimainkan sekali lagi selepas encore utuk lagu terakhir. Tapi malam kedua tak pasti pula adakah "Dewi" juga dimainkan 2 kali...
Bila dengar intro lagu Belantara berkumandang, memang rasa macam mimpi. Teringat 33 tahun dulu bagaimana kali pertama mendengarnya. Kini boleh pula tengok depan mata. Siapa sangka kan?... Dari seorang remaja berumur16 tahun hingga dah nak boleh keluar akaun 2 KWSP tahun depan ... akhirnya dapat juga tengok mereka beraksi di depan mata...😁
Tak kisah pun jika ada kekurangan. Kami menyanyi bersama-sama. Ini bukan pertandingan Juara Lagu yang mencari kesempurnaa. Ini adalah malam rock and roll. Tak kisah apa pun jawatan...apa pun latar belakang...malam ini majoriti daripada kami bersatu hati berseragam hitam untuk meraikan memori silam. Lagu-lagu yang menjadi soundtrack kehidupan kami dari zaman remaja. Terimakasih Belantara kerana 20022020 benar-benar menjadikan kami remaja semula. Tak kisah lah walaupun ianya hanya untuk satu malam.
Tiada apa yang nak di komplen sangat. Sound sistem pun sedap. Tak bingit walaupun duduk tepi.(Khabarnya di bawah kendalian Mus Satira). Tempat yang tak berapa besar dan suasana indoor memang banyak membantu. Mengingatkan saya kepada konsert Helloween. Paling best dapat dengar jelas solo-solo JP. Memang puas hati.
Stage simple tapi cantik. Back drop logo tu memang lawa. Lampu warna warni pun cantik. Kecuali ketika tragidi solo tak nampak pasal gelap pakai spek hitam (kah kah kah...Ampun Atok...err...Abang JP 😁😁😁)...
Tapi memang nampak Zaid sedikit nervous. Biasalah bukan selalu berdiri atas stage. Nasib tag line "Do you want to say something Shuk?" menjadi penyelamat....hahaha... Tapi jujurnya, Belantara masih hebat. Tak sangka vokal pun masih power. Tapi siapa sangka JP yang dah bertahun tak bermain gitar secara serius, masih dapat menghasilkan sound, rif dan solo-solo yang sebiji macam dalam album. Bayangkan lah kalau beliau berlatih hari-hari.... perghhhhhh....
Tak ada nak komplen pun pasal persembahan. Kalau ada komplen pun cuma pasal MC yang rasanya tak kena tema. Bukan salah ko dik...cumanya maybe wrong place at the wrong time.. Satu lagi bab security. Apa yang korang nak beriya-iya sangat. Ia sepatutnya sebuah showcase dan meet and greet yang santai. Semua dah tua-tua dik... kalau nak merusuh pun kang ada yang nanti kena gout 😁😁😁
Undilah saya sebagai YB! |
Rilek bro... Jangan merush dulu... |
Haaa... yang ni boleh kerek sikit. Kabarnya ada 10 helai sahaja yang di cetak. Boleh masuk frame dah tshirt ni. Sayangnya tak ada sign. Terimakasih YB Amir. Tak sia-sia kena paksa bergambar berposing ala-ala Kris Kross 29 tahun yang lalu...kah kah kah...
Ni memang gaya idola. Love u JP (orang sekampung....kena lah bodek lebih 😁😁😁). Terimakasih Belantara atas kenangan malam 20022020 yang memang susah nak move on. Terimakasih juga kepada Zul Basir, Samsul Cairel dan Umar yang melengkapkan malam tersebut. Sayangnya kalau lah Bro Benson juga dapat bersama. Teringin nak tengok twin gitar solo JP/Benson ala-ala Murray/Smith atau KK/Tipton mahupun Wilton/DeGarmo.
Tak lupa juga Bro Nen dan Shidi....harapnya masa akan datang bolehlah panggil dorang jamming sekali.
Hari tu kalaulah jarak JB ke KL tu satu setangah jam perjalanan....konpem dah sampai dah untuk malam kedua 😁
Last...bersama Bro Syuk. Anggota Belantara yang paling cool dan handsome 😂. Malam tu bass meletup-letup....terimakasih pasal sudi bergambar dan juga menurunkan tandatangan di atas cover piring hitam walaupun security dah tak bagi dah....sayangnya siapa la yang ambil gambar ni sampai blur muka tu....kah kah kah...
Apa-apa pun harapnya perancangan untuk keluarkan cd/dvd malam bersejarah ini akan berhasil...Pasti beli!
Puas hati walaupun sampai rumah pukul 4 pagi!
Terima kasih memuji handsome...hahaha. Aku tunjuk gambar malam konsert dekat wife,masa gambar aku dengan ko tu ,aku cakap ko ni blogger tersohor dikalangan rockers veteran. Pastu aku cakap ko rakan sebaya, ko tau apa wife aku cakap...kenapa dia nampak muda...huhuhu...
ReplyDeleteApa pun 20022020 malam kenangan terindah...mengenali dari tahun 1987 dapat tengok konsert diusia "nak keluar duit akaun 2 KWSP tahun depan". Belantara selamanya..
err...ok la...nampak muda punya pasal...next time jumpa aku belanja makan la...hahaha...
DeleteTerima kasih kepada sahabat sekampung diatas review & kata2 pujian yg sememang nya mengembangkan..sahabat yg sanggup datang dari jauh semata mata tengok showcase jap dan terus balik lepas tu..yg sampai rumah pukul 4 pagi dalam keadaan senyap sunyi sampai bini pn tak sedar..Harap showcase hari tu ada memberi sedikit keenjoyan dan keberbaloian dtg dari jauh..harap jangan serik..
ReplyDeleteiskh...mana tau ni (menyelinap masuk bilik secara senyap2...hahaha) Apa-apa pun, terimakasih bang. Memang enjoy...memang berbaloi...memang tak serik...cuma rasa tak puas....ada rezeki...kita merusuh lagi...haha...
DeleteThank You for the write up. Read it 4 times, such a pleasure read. If you in town give us a buzz, YB is a big fan of fish head curry.....May Allah bless you always..
ReplyDeleteTerimakasih kerana baca 4 kali... Yang menulis ni entah berapa puluh kali dah... Haha... Insyallah... Ada rezeki kita jumpa... Cover lp tu masih tak cukup tandatangannya...hehe...apa2 pun terimakasih untuk 20022020...terimakasih kerana sudi singgah di sini... Belantara memang terbaik... Belantara selama...
Delete