Tuesday, June 23, 2020
World Gone Mad
CJSS - World Gone Mad (1986)
Album ini mengembalikan kenangan di tahun 1987 atau 1988. Satu artikel di majalah URTV tentang senarai gitaris terbaik mengenalkan saya kepada David T Chastain. URTV memang rock pada ketika itu. Selain ruangan jiwang dan mekar setaman, Arwah Mama Juwie juga banyak menulis artikel tentang muzik rock.
Dalam senarai gitaris tersebut, selain nama-nama gitaris top yang biasa macam Malmsteen, Eddie Van Halen, George Lynch dan lain-lain yang dan tak berapa nak ingat dah. Ada 2 nama yang jarang-jarang di sebut. Satunya adalah Mark Kendall (Great White) dan lagi satu adalah David T. Chastain.
Mark Kendall tu memag tahu. Memang "follow" Great White. Tapi David T. Chastain ni tidak. Siapa dia? . Tak pernah dengar pun namanya. Tetapi secara kebetulannya tak lama selepas itu, abang yang berkerja di Kuala Lumpur balik kampung dengan membawa kaset CJSS - World Gone Mad. Masa tu barulah tahu yang beliau adalah gitaris untuk kumpulan CJSS. Memang beliau seorang shredder yang hebat. Memang patut pun masuk dalam senarai.
Sejak dari itu memang lama dah cari versi cd. Cuma baru ini terjumpa. Band, album dan gitaris yang agak "underated". Tetapi untuk peminat heavy metal 80an, ini sememangnya mengasyikan.
Sayangnya cd ini bukan lah versi Leviathan yang gambar covernya sama seperti kaset. Tetapi ianya terbitan dari Black Dragon Records (pengedar album mereka dari Perancis) yang covernya agak berlainan. Tak kisah lah. Tak ada rotan, akar pun berguna juga. Lama betul tak dengar lagu-lagu seperti "World Gone Mad" dan "Run To Another Day"... Tenaganya terasa seperti remaja semula...
Antara album-album David T Chastain yang berjaya di miliki
No comments:
Post a Comment