Wednesday, October 7, 2020

And the cradle will rock...

Lagi berita sedih. Banyak pula berita sedih untuk tahun 2020 ni. Kali ini dikejutkan pula dengan pemergian salah seorang gitar hero dan idola saya sejak dari zaman awal remaja… 


Beliau memang idola la. Terer main gitar. Hensem. Kahwin dengan actress. Budak rock mana la yang membesar pada tahun 80an yang tidak mahu menjadi rockstar seperti beliau.

Lagu Van Halen saya yang pertama bukannya "Jump", tetapi "I'll Wait" (dari album yang sama,1984) yang saya dengar dari kaset kompilasi cetak rompak lagu-lagu pop hits zaman tersebut. Tetapi yang tidak saya sedari, saya telah terlebih dulu mendengar lagu "You really Got Me" (dari album pertama 1978) yang pada ketika itu saya tak tahu pun siapa penyanyinya.

Popular lagu ni di sekitar JB pada awal 80an dulu. Band kerja kahwin memang selalu main sampaikan Search pun cover lagu ni dalam album Cinta Buatan Malaysia. Bila lagu "Jump" meletup, terutamanya selepas menonton rancangan "Playback 84" di tv, baru saya tahu yang Van Halen adalah sebuah kumpulan rock dan Eddie adalah seorang pemain gitar yang hebat....and the rest is history...


Rasanya inilah penamat untuk band Van Halen. Tiada siapa yang berhak untuk menggantikan beliau. Selain dari Ritchie Blackmore, Yngwie Malmsteen dan Michael Schenker, beliaulah antara pengaruh terbesar kepada semua gitaris dunia rock melayu pada tahun-tahun 80an dahulu. 


Kenangan menconteng logo Van Halen di meja dan dinding sekolah, mendengar kaset 5150 berulang-ulang kali (album penuh mereka yang pertama untuk saya) dan bercita-cita untuk menjadi gitar hero seperti beliau akan tetap menjadi kenangan....


Thanks for the music

Edward Lodewijk Van Halen

 January 26, 1955 – October 6, 2020


3 comments:

  1. aku tak ada "connections" dengan muzik VH, EVH pun tak masuk dalam senarai idola gitar aku

    tapi kalau bab kegitaran, pengaruh EVH yang melekat kat aku ialah "brown sound" amp peavey 5150... apa2 multi-fx aku memang akan guna *modeling 5150 sebagai sound utama aku

    *ye, modeling je, tak mampu memiliki yang fizikal

    ReplyDelete
  2. RIP....
    eddie ni berdarah jawa sebelah ibu dia....

    ReplyDelete