Friday, December 11, 2020

12 tahun dan sejuta yang melihat...

Munculnya bulan December bermakna sekali lagi blog ini menyambut ulang tahun. Diam tak diam, dah 12 tahun juga blog Berteromber ini wujud. 


Dalam malas malas pun, setiap kali ada masa terluang mesti gatal juga tangan  untuk terus menulis. Mungkin sebab utamanya ialah lebih rasa selesa bila berada di alam maya. Dalam dunia realiti tak ada seorang pun kawan yang boleh masuk bila nak berborak pasal hobi yang sebegini. Penat dah asyik kena soal "ko masih beli cd?... "ko masih dengar lagu-lagu hantu macam ni?"...😁😁😁

Kalau nak menulis di facebook pun sama juga. Tak best betul bila ada rakan sekerja atau saudara mara di dalam friend list yang tahu aktiviti sesumpah kita ni. Susah juga hidup dalam 2 lifestyle yang berbeza...hahaha...Rasanya lebih selamat bila berblog. Tak ada siapa yang kenal kecuali rakan-rakan blogger dan ahli keluarga yang terdekat.

Akhir kata... terimakasih kepada yang masih sudi untuk membaca. Tak perasan pun yang page view dah melebihi satu juta kalau Ijau tak sebut dalam salah satu komennya. Kalau satu page view ni boleh dapat 10 sen pun, perghhh...RM100,000 dah dalam kocek...kaya....kaya...hahaha...


p/s - ada kawan yang cadangkan supaya blog ini dibukukan.... hmmm...rasanya selain dalam 10 orang kawan blogger yang dah jadi sahabat rapat yang rasanya boleh di paksa untuk beli 😁....siapalah yang lain yang nak beli. Blog yang free ni pun dah tinggal berapa kerat jer pun yang baca...


15 comments:

  1. Saya masih mengikuti nukilan tuan.

    ReplyDelete
  2. 1) aktiviti sesumpah, ok
    2) berapa kerat sahaja geng bloggers dulu yang masih aktif?
    3) AADI pun baru nak cecah 460k views, bolehlah dapat RM46k (kalaulah kan?)

    ReplyDelete
  3. taniah bert dan selamat ulangtahun blog kamu.. teruskan menulis.. pasti ada dua tiga orang akan membaca dan minat sama dengan kita

    ReplyDelete
  4. Happy anniversary blog "Berteromber"
    Kalau dibukukan aku janji beli...sebab tulisan dalam blog ko yang lama-lama pun aku cari. Ada yang dah 2 atau 3 kali aku baca...
    Apa pun, teruskan menulis diblog, khas untuk peminat ko yang berada di seantero dunia :)

    ReplyDelete
  5. Teruskan menulis Tuan..Penting utk org muda mcm sy yg meminati lagu2 seperti ini..untuk mendapat sedikit pengetahuan dan pengalaman tuan

    ReplyDelete
  6. happy anniversary bro collector..terhibur melihat blog yg muzik nya ada lebih kurang sama citarasa..tahniah!!

    ReplyDelete
  7. Tahniah Bert.. Kita punya amp sama model

    ReplyDelete
  8. Terimakasih semua... korang memang rock!

    ReplyDelete
  9. Selamat ulang tahun ke 12. Aku masih follow lagi blog ni, hampir 11 tahu jugak lah.

    ReplyDelete