9 tahun dulu pernah buat cerita tentang album ini. Tetapi pada ketika itu sekadar mempunyai versi kaset...
Helloween - Rabbit Don't Come Easy (2003)
Tak ingat bila cdnya dibeli. Tetapi seperti kebanyakan cd-cd lain, ianya bertahun terperuk dalam rak dan ntah bila akan dimainkan. Tetapi apabila diarahkan bekerja dari rumah (angkara covid-19), agak banyak masa juga untuk cd-cd tersebut diputarkan sebagai muzik latarbelakang sambil bekerja.
Sedikit trivia yang di "google"… album ini adalah penampilan pertama Sascha Gerstner selepas Roland Grapow keluar dari Helloween. Ianya juga penampilan pertama Mikkey Dee dengan genre sebegini setelah kali terakhirnya bersama King Diamond untuk album Conspiracy (1989).
Saya tidak mempunyai banyak kenangan dengan album ini. Semenjak "The Dark Ride (2000)", saya secara tiba-tibanya menjadi kemaruk dengan genre power metal. Tetapi menjelang tahun album ini diterbitkan, saya mula menjadi tepu atau "burn out" dengan muzik sebegini. Namun begitu kasetnya tetap dibeli tetapi hanya mendengarnya sambil lalu.
Mendengarnya semula selepas 9 tahun. Rasanya tak ada banyak yang berubah. Ianya adalah apa yang kita mahukan dari band yang bernama Helloween. 4 track awalnya sememangnya cemerlang. Tetapi grafnya agak menurun selepas dari itu. Memerlukan sedikit masa untuk lebih hadam. Tetapi yang pastinya, Andy Deris telah mengukuhkan namanya sebagai vokalis Helloween.
Kalau 9 tahun yang lalu pertanyaannya adakah patut saya mendapatkannya dalam bentuk cd… tetapi untuk kali ini patutkah pula membelinya dalam bentuk lp?....đŸ˜…
aku kenal Roland Grapow melalui Masterplan, lepas tu barulah aku tau dia ex-Helloween
ReplyDeleteTak follow Masterplan...so tak ikut sangat perkembangan dia selepas Helloween... tapi sepatutnya Helloween panggil dia jugaklah untuk projek Pumpkins United... sebagai gitaris jemputan untuk satu dua pertunjukan live pun dah kira ok jugak la kan
DeleteOK not bad album ni boleh layan
ReplyDeletemenarik album ni
ReplyDelete