Tuesday, June 11, 2024

Riak Cdwi - Mr Big

 

Mr Big adalah band yang asalnya dengar dan beli kerana Paul Gilbert. Bila beliau keluar memang rasa kurang berminat. Tambah pula muzik mereka berubah ketika zaman Ritchie Kotzen. Yang betul-betul ambil tahu dan beli hanyalah hingga ke album Hey Man (1996).

Kemudiannya memang "lost" walapun ketika Paul Gibert kembali dengan album "What If… (2010). Tetapi oleh kerana terpengaruh dengan rakan segroup whatsapp, tergerak hati pula untuk kembali mendengar mereka ketika album "Defying Gravity (2017)".

Tetapi masih tak ada rasa nak kumpul keseluruhan discography mereka sehinggalah terjumpa 2 album zaman Ritchie Kotzen di jual di Shopee dengan harga bawah RM25 berserta pos percuma. 

Ianya mengembalikan kenangan zaman ebay estock dulu-dulu. Tak minat pun TERbeli kerana harganya murah. Dan tak berapa lama kemudian terbeli pula album "...The Stories We Could Tell (2014)". Ianya adalah yang ke 8 dari keseluruhan 9 album studio dari discography mereka. 

Dah alang-alang tinggal satu tu....kasi complete terus la....

Cd Babi Terbang ini adalah yang terakhir berjaya dibeli. Dapat dari jualan di FB. Maka sempurnalah discography studio album mereka di dalam simpanan. Tetapi ianya untuk setakat hari ini lah. Mereka dah pun mengumumkan yang album baru no 10 akan terbit pada 12hb Julai nanti...Hmmm...nampak gayanya TERpaksalah kena beli juga😁....



4 comments:

  1. Replies
    1. Sebenarnya aku baru perasan ada cd2 aku yang rosak… tak pasti pasal fungus atau cd rot… dia jenis berlubang2 sampai boleh see through nampak belakang…dan pastinya cd jadi skip.
      Salah satu puncanya aku baca kerana cuaca di Malaysia...dan sampul plastik adalah salah satu solusinya... So ini adalah satu langkah pencegahan yang aku buat...so aku dah mula cuba untuk sampul plastik kesemua cd2 aku… tapi dah masuk 3 bulan pun masih tak siap2…hahaha...

      Delete
    2. aku ada jugak beberapa CD yang jadi macam tu, tapi mostly CD lama rilisan hujung 80an atau awal 90an... CD baru setakat ni belum ada lagi yang bermasalah macam tu

      Delete
    3. yer memang kena pada cd2 lama... mungkin cd2 baru belum sampai tahap masanya...

      Delete