Monday, September 23, 2013
The Conjuring
The Conjuring (2013)
Ok, cerita ni dah basi.
Saya sememangnya mengemari filem2 seram berkenaan rasukan ataupun ganguan supernatural. Pada saya filem-filem begini adalah lebih menyeramkan. Ternyata James Wan memang pakar dalam menghasilkan filem-filem begenre begini.
Selepas Insidious (2010), sememangnya inilah filem seram yang saya tunggu-tunggu. Memang bagus untuk menguji tahap keberanian kita apatah lagi menontonnya berseorangan di waktu lewat malam. Pada saya cerita hantu tidak seronok di tonton di panggung. Ramai, bising dan banyak gangguan. Hilang dah seramnya. Macamlah saya selalu pergi panggung...heheheh...
Namun seperti Insidious, saya gagal untuk menguji tahap keberanian saya. Yang ini juga saya tonton di waktu siang. Nak buat macamana. Isteri nak menonton sama dan berkeras mahu menontonnya di waktu siang. "Nanti kalau saya takut kan menyusahkan awak jugak nak kena temankan kesana sini"...aduh....hasilnya elemen seram tersebut agak kurang saya rasai. Mungkin kerana saya dah boleh mengagak dan bersedia bila dan masanya bahagian-bahagian seram tersebut. Ada juga lah sedikit terkejut contohnya semasa adegan menyidai baju. Bahagian tu memang saya tak jangka. (Nasib juga menonton waktu siang...hahaha..)
Isteri saya seorang penakut. Tapi bagi beliau The Conjuring kurang memaakutkan. Insidious atau Sinister lebih seram. Sedikit sebanyak saya bersetuju. Mungkin pasal cerita perihal rumah berhantu ni dah biasa sangat dah. Agak predictable. Walaupun begitu The Conjuring adalah filem seram yang bagus. Terbaik untuk tahun 2013. Siapa yang belum menonton memang wajip tonton.
Tak sabar nak tunggu Insidious 2 pula. Dengar cerita James Wan dah tak nak buat filem horror. Ada rumour kata dia nak buat filem Macgyver. Kalau betul memang best la...
lucu tgk gelagat opismate aku layan cerita ni waktu lunch break...
ReplyDeleteaku tak tengok, tapi masa raya lepas, ni cerita jadi perbualan hangat masa borak2 depan tv haha
ReplyDeleteMalaysia should be proud their own jadi top hits director cam mamat cina ni.
Kat sokkabar Singapore, life section tiga page in colour pasal mamat ni.
Tang tepuk tangan betul2 sebelah telinga bini dia yg dlm gelap tu,memang aku pun tekejut sekali..heheh..
ReplyDeleteAntara filem seram yg must-see untuk tahun ini...part diorang main Hide And Clap tu pun seram jugak.
ReplyDelete