sebuah lagi album yang menyambut ulangtahun yang ke 30...
Van Halen - 1984 (MCMLXXXIV) (1984)
Ketika saya berada di tahun 1984, 30 tahun sebelum itu (1954) adalah satu tahun yang pada saya tersangat lama dah...tua...klasik sangat. Tapi bila saya berada di tahun 2014, saya rasakan 1984 tu macam baru sangat...macam masih relevan untuk hari ini....tak rasa pun 1984 tu dah tahap klasik...barang lama...ni la kot bila tak sedar diri sebenarnya dah tua....hahahaha...
Apa-apa pun pada tahun1984, saya masih dalam deman new wave..terutamanya Duran Duran. Lagu "Jump" dan "I'll Wait" adalah antara lagu popular yang sering terselit dalam kompilasi lagu-lagu pop popular ketika itu. Kalau tak tahu siapa penyanyinya, sudah pasti saya ingatkan ianya lagu-lagu pop new wave. Sama kes seperti pertama kali mendengar "Mr Roboto" dari Styx ataupun "Owner Of A Lonely Heart" dari Yes.
Video clip "Jump" pertama kali saya tonton pada rancangan Play Back 84 (kalau tak silap begitulah tajuk rancangan yang disiarkan oleh TV3 pada tahun 1985 dulu). Pertama kali dapat menonton kumpulan rock di kaca tv memang seronok rasanya. Zaman tu mana ada youtube kan...kalau tak keluar kat tv takder can la nak nengok video clipnya.
Apa-apu pun bagi sesetengan pengemar lama Van Halen, album 1984 adalah album yang terlampau komersial bagi mereka. Beginning of the end. Sememangnya album ini lah yang mengenalkan mereka ke dunia maistream. Tak dapat no 1 di carta Billboard pun semata-mata kerana kalah kepada Thriller dari Michael Jackson.
Tetapi bagi saya yang ketika itu baru nak berjinak-jinak menjadi mat rock takder masalah pun dengan bunyian keyboard Eddie Van Halen. Saya mula betul-betul mengikutii perkembangan mereka bermula dari album 5150, makanya album era David Lee Roth ni bukanlah betul-betul zaman saya. Tetapi lagu-lagu seperti "Panama", "Hot For Teacher" dan "Top Jimmy" memang saya suka terutamanya bahagian kerja gitar Eddie Van Halen.
Catatan tahun 2009 saya untuk album ni boleh di baca di >SINI<
1984 aku baru masuk tadika...
ReplyDeleteAku nye kenal kat van halen pun sammy hagar bukan dlr.
ReplyDeleteAku fikir eh kalau dapat pilih tengok vh live kan....
ReplyDeleteAku nak tengok zaman sammy hagar, lepas tu zaman gary cherone, paling last ialah dlr.
Kalo rancangan playback 84 tu mmg aku ingat sangat laa..banyak diorang tayang vc best2 masa tu..yg paling aku ingat vc footloose
ReplyDeleteaku tu jam lebih kepada nak tengok Duran Duran...tapi bila 1st time nengok vc rock you like a hurricane dan jump...memang rasa macam wow....masa tu dah dapat rasa selera muzik aku ke arah mana...
Deleteaku belum lahir..
ReplyDelete