Schedule post walaupun sebenarnya tuan punya blog dah dalam mood bercuti nak sambut raya tetapi disebabkan hari ini, 27hb Julai adalah hari ulangtahun ke 30 untuk album ini...so rock on!!
Metallica - Ride The Lightning (1984)
Ini bukan review...malas arr nak review time mood raya ni...layan cerita ajer la...
Kalau di tanya kepada saya apakah album Metallica yang menjadi kegemaran. Dengan tidak teragak-agaknya saya akan menjawab Ride The Lightning. Tetapi kalau di tanya mengapa...agak susahnya juga hendak menjawab. Mungkin majoritinya menganggap Master Of Puppets atau pada generasi yang lebih muda mungkin "Black Album".... Tetapi ntah la...mungkin kerana pada saya ini adalah album yang kesemua lagu-lagunya saya suka. All Killer no Filler! Kalau album-album lain tu ada la satu dua lagu yang saya agak kurang gemar.
Sebenarnya saya agak terlambat dalam mendengar keseluruhan album ini. Kasetnya pun hanya dibeli kalau tak silap pada sekitar tahun 1990. Sebelum tu sekadar mendengar kaset dubbing. Malah saya terlebih mendahulu mendengar Master of Puppets berbanding Ride The Lightning. Ntah kenapa pada lewat 80an tu tak pernah pula saya terjumpa kaset Metallica versi Apache. Nak cari yang ori...lagi la payah.
Versi kasetnya dahulu di beli di Segamat. Zaman belajar di ITM Segamat. Beli 3 sekaligus. KEA, RTL dan MOP sejurus selepas mendapat duit pinjaman dari Yayasan Pelajaran Johor. (heheh...) Masa tu rasa terancam sungguh bila mat thrash tapi takder kaset Metallica...tu yang beli 3 sekaligus...Takut kena panggil poser la tu...hahaha
Manakala versi cd pula di beli di Tower Record KL Plaza. (ini pun kalau tak silap beli 3 sekaligus) Mengikut catatan di cd, ianya dibeli pada tahun 1997. Versi vinyl jer tak pasti bila... :P
dah...nak sambung mood raya...
Sunday, July 27, 2014
Saturday, July 26, 2014
Hari Raya 1435H
Dah nak raya dah...blog ni pun akan bercuti raya untuk beberapa hari...maklum lah kalau bercuti...balik kampung...memang malas la nak update blog...
Dengan ini aku nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" kepada semua pembaca blog berteromber. Ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan tersilap kata...
Sebelum tu sila layan lagu raya yang gerenti tak akan keluar kat radio...enjoy!!!!

Maaf Zahir & Batin
Sebelum tu sila layan lagu raya yang gerenti tak akan keluar kat radio...enjoy!!!!
Friday, July 25, 2014
Kad Raya
Dah mood raya....Ada siapa-siapa dapat kad raya tahun ni?
benda yang dah jadi rare untuk generasi sekarang....
walaupun setiap tahun sehingga kini aku masih dapat kad raya...tapi ianya jenis kad raya korporat...contohnya dari bankers...maklum lah kerja aku sememangnya berurusan dengan mereka...jenis bukannya ikhlas pun nak bagi...company suruh...membalasnya pun sama la jugak...penat nak sign kalau banyak...hahaha...tu pun 2,3 tahun kebelakangan ni banyak dah tak hantar dah...pakai e-card melalui e-mail ajer pun..
Tapi yang aku maksudkan adalah kad raya yang lebih berbentuk peribadi...dari saudara mara, kawan-kawan...memang jangan harap la kan....dulu ada jugak la mesej kat handphone...sekarang lagi la...tag kat facebook ajer...tak pun whatsapp....nak buat macamaner...zaman dah berubah...
Tapi yang aku nak cerita ni kad raya yang gambarnya kat atas tu. Kad tu ditujukan kepada anak bongsu aku. Suka betul dia dapat surat yang ada nama dia kad sampul. Kad raya tu dari sepupu dia. Yang menariknya menurut adik aku, cikgu sekolah anak dia yang suruh hantar kad raya tu pada sesiapa yang diaorang nak hantar. Benda ni kira tugasan sekolah. Dan yang paling aku respeknya kat cikgu ni, duit setem semua dia yang tanggung.
Nampaknya masih ada insan yang cuba memilihara tradisi lama. Atau sekurang-kurangnya pun memberikan pengalaman apa yang kita dahulu alami kepada generasi sekarang. Memang tabik la cikgu tu. Disebabkan dia, merasa jugak la anak bongsu aku merasa macamana perasaan ketika menerima kad raya.
Sayangnya hanya sekeping...tak boleh la nak gantung kat dinding...atau kat ranting pokok perhiasan macam zaman dulu-dulu...siap pasang lampu lip lap...dah macam pokok krismas pun iyer jugak...hahah...pergh...memang old skol la kalau dapat buat macam tu...
btw...ingat tak dulu-dulu masa 80an, popular betul kad raya gambar kucing...

Wednesday, July 23, 2014
Tuesday, July 22, 2014
Dataran Bandaraya Johor Bahru
Sebagai orang Johor Bahru yang duduk di Johor Bahru, aku promosi sikit la apa yang ada kat Johor Bahru bagi kawan-kawan yang tak pernah sampai sini.
Bergambar di Menara Jam kat Dataran Bandaraya Johor Bahru ini adalah salah satu mercu tanda yang membuktikan anda dah jejak kaki kat Johor Bahru.
Sedikit info - Ianya mula dibuka pada 1 January 1994 bersempena dengan pengisytiharan Johor Bahru sebagai sebuah bandar raya. Maknanya dah 20 tahun dah usianya. Terletak berhadapan dengan Selat Tebrau, bersebelahan Padang Seri Gelam (tempat team JDT training) dan berdekatan dengan Thistle Hotel.
Selalu kalau perhimpunan hari merdeka dan majlis-majlis rasmi kerajaan negeri memang buat kat sini la.
Merujuk gambar di atas, skrin lcd (ada 2) tu baru dipasang sempena tayangan live perlawanan terakhir liga antara JDT vs Sarawak tempohari. Dengar khabarnya lepas ni ada banyak lagi tayangan live perlawanan JDT akan ditayangkan kat sini.
Sebenarnya walaupun dah bertahun duduk di Johor Bahru, aku tak pernah lagi pergi ke sini waktu malam. Biasa lalu ajer atau makan kat gerai bersebelahan. Sebenarnya bersebelahan dengan Dataran Bandaraya ni ada deretan gerai makan menggunakan van (dibuka hanya pada 6 petang) yang agak popular untuk warga Johor Bahru.
Ada macam-macam makanan tetapi yang paling popular adalah steamboat. Atau orang kat sini panggil cucuk-cucuk. Di panggil cucuk-cucuk pasal makanan yang pelbagai tu di cucuk macam satey. Ada banyak gerai...tapi yang paling popular gerai no 8. Dia yang best sebenarnya kuah dia. Sedap kuahnya maka sedap la cucuk-cucuknya. (sorry takder gambar -menghormati bulan puasa - sebenarnya terlupa nak ambil...pasal dah kesedapan makan...heheh..)
Kebetulan sebelum puasa tempohari anak saudara ajak makan kat situ. Kebetulan dia ada bawa kawan yang kali pertama menjejakkan kaki di Johor Bahru. Layan dia bergambar kat Menara Jam. Rupa-rupanya baru aku tau makin malam rupanya makin meriah kat dataran ni. Ramai juga yang bawa anak-anak berkelah kat sini. Yang berendut jangan cerita lah. Kena pula kat padang seri gelam sebelah tu JDT buat latihan seisi malam. Memang meriah rupanya malam kat sini. Hahaha...malu orang JB macam aku baru tau....maklumlah sejak-sejak dah beranak pinak ni memang kurang dah merambu malam...
Cuma yang tak bestnya...jam kat menara tu dah rosak. Dan dengar khabarnya akan datang Dataran ni akan di pasang rumput karpet untuk rakyat Johor Bahru beriadah. Nanti lah akan datang kalau aku pergi lagi aku ambil gambar cucuk-cucuk pulak.
Dulu popular cucuk-cucuk ni kat Stulang Laut ataupun gerai Pantai Lido. Tapi ni dua tempat sekarang dah takder dah. Semua pun dah pindah sini. Makanya kenangan berdating kat situ hanyalah tinggal kenangan...heheh...
Bergambar di Menara Jam kat Dataran Bandaraya Johor Bahru ini adalah salah satu mercu tanda yang membuktikan anda dah jejak kaki kat Johor Bahru.
Sedikit info - Ianya mula dibuka pada 1 January 1994 bersempena dengan pengisytiharan Johor Bahru sebagai sebuah bandar raya. Maknanya dah 20 tahun dah usianya. Terletak berhadapan dengan Selat Tebrau, bersebelahan Padang Seri Gelam (tempat team JDT training) dan berdekatan dengan Thistle Hotel.
Selalu kalau perhimpunan hari merdeka dan majlis-majlis rasmi kerajaan negeri memang buat kat sini la.
Merujuk gambar di atas, skrin lcd (ada 2) tu baru dipasang sempena tayangan live perlawanan terakhir liga antara JDT vs Sarawak tempohari. Dengar khabarnya lepas ni ada banyak lagi tayangan live perlawanan JDT akan ditayangkan kat sini.
Sebenarnya walaupun dah bertahun duduk di Johor Bahru, aku tak pernah lagi pergi ke sini waktu malam. Biasa lalu ajer atau makan kat gerai bersebelahan. Sebenarnya bersebelahan dengan Dataran Bandaraya ni ada deretan gerai makan menggunakan van (dibuka hanya pada 6 petang) yang agak popular untuk warga Johor Bahru.
Ada macam-macam makanan tetapi yang paling popular adalah steamboat. Atau orang kat sini panggil cucuk-cucuk. Di panggil cucuk-cucuk pasal makanan yang pelbagai tu di cucuk macam satey. Ada banyak gerai...tapi yang paling popular gerai no 8. Dia yang best sebenarnya kuah dia. Sedap kuahnya maka sedap la cucuk-cucuknya. (sorry takder gambar -
Kebetulan sebelum puasa tempohari anak saudara ajak makan kat situ. Kebetulan dia ada bawa kawan yang kali pertama menjejakkan kaki di Johor Bahru. Layan dia bergambar kat Menara Jam. Rupa-rupanya baru aku tau makin malam rupanya makin meriah kat dataran ni. Ramai juga yang bawa anak-anak berkelah kat sini. Yang berendut jangan cerita lah. Kena pula kat padang seri gelam sebelah tu JDT buat latihan seisi malam. Memang meriah rupanya malam kat sini. Hahaha...malu orang JB macam aku baru tau....maklumlah sejak-sejak dah beranak pinak ni memang kurang dah merambu malam...
Cuma yang tak bestnya...jam kat menara tu dah rosak. Dan dengar khabarnya akan datang Dataran ni akan di pasang rumput karpet untuk rakyat Johor Bahru beriadah. Nanti lah akan datang kalau aku pergi lagi aku ambil gambar cucuk-cucuk pulak.
Dulu popular cucuk-cucuk ni kat Stulang Laut ataupun gerai Pantai Lido. Tapi ni dua tempat sekarang dah takder dah. Semua pun dah pindah sini. Makanya kenangan berdating kat situ hanyalah tinggal kenangan...heheh...
Monday, July 21, 2014
1984 (MCMLXXXIV)
sebuah lagi album yang menyambut ulangtahun yang ke 30...
Van Halen - 1984 (MCMLXXXIV) (1984)
Ketika saya berada di tahun 1984, 30 tahun sebelum itu (1954) adalah satu tahun yang pada saya tersangat lama dah...tua...klasik sangat. Tapi bila saya berada di tahun 2014, saya rasakan 1984 tu macam baru sangat...macam masih relevan untuk hari ini....tak rasa pun 1984 tu dah tahap klasik...barang lama...ni la kot bila tak sedar diri sebenarnya dah tua....hahahaha...
Apa-apa pun pada tahun1984, saya masih dalam deman new wave..terutamanya Duran Duran. Lagu "Jump" dan "I'll Wait" adalah antara lagu popular yang sering terselit dalam kompilasi lagu-lagu pop popular ketika itu. Kalau tak tahu siapa penyanyinya, sudah pasti saya ingatkan ianya lagu-lagu pop new wave. Sama kes seperti pertama kali mendengar "Mr Roboto" dari Styx ataupun "Owner Of A Lonely Heart" dari Yes.
Video clip "Jump" pertama kali saya tonton pada rancangan Play Back 84 (kalau tak silap begitulah tajuk rancangan yang disiarkan oleh TV3 pada tahun 1985 dulu). Pertama kali dapat menonton kumpulan rock di kaca tv memang seronok rasanya. Zaman tu mana ada youtube kan...kalau tak keluar kat tv takder can la nak nengok video clipnya.
Apa-apu pun bagi sesetengan pengemar lama Van Halen, album 1984 adalah album yang terlampau komersial bagi mereka. Beginning of the end. Sememangnya album ini lah yang mengenalkan mereka ke dunia maistream. Tak dapat no 1 di carta Billboard pun semata-mata kerana kalah kepada Thriller dari Michael Jackson.
Tetapi bagi saya yang ketika itu baru nak berjinak-jinak menjadi mat rock takder masalah pun dengan bunyian keyboard Eddie Van Halen. Saya mula betul-betul mengikutii perkembangan mereka bermula dari album 5150, makanya album era David Lee Roth ni bukanlah betul-betul zaman saya. Tetapi lagu-lagu seperti "Panama", "Hot For Teacher" dan "Top Jimmy" memang saya suka terutamanya bahagian kerja gitar Eddie Van Halen.
Catatan tahun 2009 saya untuk album ni boleh di baca di >SINI<

Friday, July 18, 2014
Thursday, July 17, 2014
Best of Scorpions
Sambung sikit lagi pasal Jerman sempena mereka menang world cup...
Kaset yang dah berusia 30 tahun...
Scorpions - Best of (1984)
Ini adalah kaset original Scorpions saya yang kedua (pertama adalah Savage Amusemnet -1988). Dah lupa tarikh beli. Kalau tak silap mungkin pada penghujung 80an. Dibeli di Komtar, Johor Bahru . Shopping Complex Mat Rock JB sekitar 80an. Dah roboh pun dan dibuat baru dengan nama baru sekarang, Johor Bahru City Centre (JBCC). Khabarnya akan di buka sebelum raya. Harap adalah kedai cd di dalamnya.
Saya diperkenalkan kepada Scorpions oleh abang saya di awal tahun 80an. Sebelum era kaset apache, saya ada kaset Blackout (cetak rompak juga...tapi lupa brand apa...pemberian kawan sekolah. Mula-mula pinjam akhirnya bagi terus pasal dia lebih suka dengar Spandau Ballet berbanding Scorpions). Itu adalah kaset saya yang pertama.
Tetapi yang membuatkan saya membeli kaset best of ini adalah kerana lagu-lagu didalamnya. Ia mengingatkan saya kepada kaset kepunyaan abang. Dulu abang saya mempunyai 2 kaset kompilasi Scorpions. Dua-dua pun pirate. Satu mengandungi lagu-lagu slow rock dan yang kedua mengandungi lagu-lagu heavy zaman Uli Jon Roth. Dah sudah semestinya saya menyukai kaset yang ke 2. Rasanya kompilasi tersebut di ambil dari kaset ini. Senarai lagu-lagunya sama. Cuma gambar kaver depannya berlainan. Yang pirate menggunakan gambar inlay dari album World Wide Live (gambar Klaus Meine berdiri atas peha Matthias Jabs dan Rudolf Schenker). Sayang ianya dah hilang.
Oleh kerana pada ketika itu saya tidak mempunyai apa-apa album dari zaman Uli Jon Roth. Kaset kompilasi ini adalah antara kegemaran saya pada ketika itu. Kalau terjumpa dalam versi cd sudah pasti saya membelinya demi nostalgia yang ada padanya.

Wednesday, July 16, 2014
Padang Besar
Belek-belek kat draf....baru perasan yang aku tertinggal pasal ni...(post ajer la..bulan-bulan puasa ni idea nak menulis kering...mengantuk...)
Ni masa trip pergi Langkawi bulan Disember tahun lepas...lama giler dah...hahaha...
On the way balik dari Langkawi tu...bermalam semalam di Kuala Perlis...lupa dah apa nama taman perumahan yang homestaynya kami bermalam...tak jauh la ngan jeti Langkawi tu...
Tujuannya pasal nak pergi sini la...lama betul tak pergi Padang Besar...berbelas tahun yang dulu...rasanya zaman aku pergi dulu takdernya kedai2 batu shop lot tu....zaman tu betul-betul macam padang...jalan menujunya pun dah rasa lain bebeno...
Pandangan dari dalan Mall dia...2 tingkat...macam-macam barang la...murah...tambah-tambah kalau pandai tawar...biasalah barang dari Thailand...lebih kurang jer macam Bukit Kayu Hitam, Rantau Panjang atau Pengkalan Kubor...harga tak pasti pulak aku mana yang paling murah...
Sesekali ke utara layan la plat no Thailand...biasa duk JB melambak plat Singapura ajer...
Lain orang...lain benda yang di carinya...aku jersey2 bola tu semua aku tak pandang...abang ipar aku pun ada jual....kalau dah mat rock tu benda ni juga yang dibelinya....benda-benda lain tu kerja orang rumah untuk cari....hahahaha.....
Pasal dah lama sangat...banyak benda nak cerita pun aku dah lupa....tu ajer la kot....
K bai....

Tuesday, July 15, 2014
Unbreakable
Sempena Jerman menang Word cup....Yang baru berusia 10 tahun.
Scorpions - Unbreakable (2004)
Secara jujurnya saya kurang mendengar Scorpions selepas dari album Face The Heat (1993). Tetapi ianya seperti sekali terjebak tidak ada jalan keluar. Saya tetap membeli album-album mereka seterusnya walaupun mendengarnya hanya sekali lalu.
Unbreakable mula saya dengar secara berulang kali hanyalah pada ketika album Sting In The Tail (2010) di keluarkan. Kononnya untuk perbandingan. Tetapi pada ketika itu saya lebih menumpukan kepada album Humanity: Hour I (2007). Tetapi bila saya memperolehi cd versi limited edition ini melalui e-stock pada penghujung tahun lalu barulah saya mula mendengarnya semula secara lebih serius.
Ternyata ianya adalah sebuah album yang bagus. Mungkin susah kalau kita sentiasa mahu membandingkannya dengan album-album mereka di era tahun 70an atau 80an. "Sentimental value" pastinya akan mempengaruhi. Tetapi jika perkara itu ditolak, album ni sememangnya "all killer, no filler".
Lagu-lagunya kalau kita amati bahagian riff gitarnya banyak mengembalikan nostalgia kepada zaman Crazy World (1990) tak kurang juga zaman awal Mathias Jabs seperti dari album Black Out (1982). Mungkin soundnya sedikit berbeza dan tiadanya lagu berat seperti "Blackout" atau "Dynamite". Maklumlah zaman dan teknologi telah berubah dan lagu seperti "New Generation" membuktikan yang Scorpions masih lagi berbunyi Scorpions walaupun dengan sound hard rock moden.
Tetapi yang paling menarik sudah semestinya suara Klaus Meine. Nampaknya seperti tidak di makan usia. Makin tua makin power.
Sebuah album melodic hard rock yang bagus. Lagu-lagu pun sedap...Hey..ini Scorpions la...
Terbaik!

Sunday, July 13, 2014
The Last in Line
Hari ini dalam sejarah,..
13hb Julai, 30 tahun yang lalu...album ini dilahirkan.
Dio - The Last in Line (1984)
Sebuah lagi album yang mempunyai nilai sentimental yang tinggi pada saya. Antara album yang menjadikan apa saya sekarang. Memang besar pengaruhnya kepada budak-budak melayu sebaya yang terjebak dengan muzik rock.
Walaupun pengaruhnya tidak sekuat album Holy Diver, tetapi lagu-lagu seperti "We Rock", "The Last in Line", "Breathless" dan "Evil Eyes" menjadi antara anthem rakan-rakan sekelas saya pada ketika itu. Selain itu, nama Vivian Campbell adalah antara yang selalu disebut-sebut bagi mereka yang berangan-angan hendak menjadi gitar hero. Rif dan solo gitarnya sememangnya menjadi idola bagi generasi sebaya saya.
Walaupun secara keseluruhannya nampak seperti The Last In Line adalah klon kepada Holy Diver. Dengan line-up yang sama, (Dio, Campbell, Bain, Appice). Tetapi dengan adanya tambahan keyboard dari Claude Schnell, menjadikan album sedikit pop bunyinya. Masih best tetapi pada saya agak kurang sedikit jika hendak dibandingkan dengan Holy Diver.
Antara lagu yang kebelakangan ini rasa seronok di dengar berbanding zaman budak-budak dahulu adalah "Mystery" dan "Egypt (The Chains Are On)" terutamanya "Egypt (The Chains Are On)" la. Lagu epik yang ala-ala zaman Dio bersama Rainbow.
Sebenarnya saya tidak pernah mempunyai album ini dalam bentuk kaset. Saya cuma ada kompilasi "best of" versi apache dan versi rakam dari kawan-kawan. Maklumlah dengan duit sekolah sebanyak 50 sen sehari berapa banyak kaset lah yang saya boleh beli. Dah lah tu...banyak pula kaset-kaset yang best.
Tapi bagus juga tiada kasetnya. Gambar kaver album-album Dio pada ketika itu memang rasa macam setan betul. Kalau orang tua nampak...mampus!!!...
13hb Julai, 30 tahun yang lalu...album ini dilahirkan.
Dio - The Last in Line (1984)
Sebuah lagi album yang mempunyai nilai sentimental yang tinggi pada saya. Antara album yang menjadikan apa saya sekarang. Memang besar pengaruhnya kepada budak-budak melayu sebaya yang terjebak dengan muzik rock.
Walaupun pengaruhnya tidak sekuat album Holy Diver, tetapi lagu-lagu seperti "We Rock", "The Last in Line", "Breathless" dan "Evil Eyes" menjadi antara anthem rakan-rakan sekelas saya pada ketika itu. Selain itu, nama Vivian Campbell adalah antara yang selalu disebut-sebut bagi mereka yang berangan-angan hendak menjadi gitar hero. Rif dan solo gitarnya sememangnya menjadi idola bagi generasi sebaya saya.
Walaupun secara keseluruhannya nampak seperti The Last In Line adalah klon kepada Holy Diver. Dengan line-up yang sama, (Dio, Campbell, Bain, Appice). Tetapi dengan adanya tambahan keyboard dari Claude Schnell, menjadikan album sedikit pop bunyinya. Masih best tetapi pada saya agak kurang sedikit jika hendak dibandingkan dengan Holy Diver.
Antara lagu yang kebelakangan ini rasa seronok di dengar berbanding zaman budak-budak dahulu adalah "Mystery" dan "Egypt (The Chains Are On)" terutamanya "Egypt (The Chains Are On)" la. Lagu epik yang ala-ala zaman Dio bersama Rainbow.
Tapi bagus juga tiada kasetnya. Gambar kaver album-album Dio pada ketika itu memang rasa macam setan betul. Kalau orang tua nampak...mampus!!!...
Friday, July 11, 2014
Album Piala Dunia Espana 82 Ovaltine
Aku rasa siapa yang lebih kurang sebaya dengan aku, pasti pernah tengok buku ni. Free ajer pun...tapi secara pos...tak silap aku kena sertakan bukti pembelian ovaltine baru diaorang pos buku ni...
Aku tampal sikit la isi kandungannya...khas untuk kenangan bagi sesiapa yang pernah ada buku ni tapi dah hilang...
Dalam ada sejarah Piala Dunia..ini lah sumber pengetahun aku yang pertama tentang siapa pemenang dan di mana Piala Dunia yang terdahulu di adakan...sekarang senang ek...tanya jer pakcik google...
(kalau perasan aku ada tulis darjah 5 merah...ni memang kelas aku masa sekolah rendah...tahun nak ambik
Ni pulak jadual perlawanan. Dulu lain sikit...takder suku akhir...tapi guna pusingan ke 2. Mata pun masa tu menang dapat 2 mata bukannya macam sekarang 3. Negara bertanding pun cuma 24 bukannya 32 macam sekarang.
Tu bukan tulisan aku. Abang aku yang tolong tuliskan. Kalau aku yang tulis sendiri...jahanam...tulisan macam doktor...hahaha...
Yang paling aku suka pasal buku ni dia ada bagi info negara-negara yang bertanding. Pasal buku ni lah aku tahu sepanyol dan argentina tu kat mana. Apa ibu negara dia, bangsa dia, bahasa dia, matawang, keluaran negara, bendera (siap kena kalerkan sendiri), peta, pakaian tradisi. Kira tak payah selak buku
btw...masa ni Sepanyol dan Maradona belum glamer lagi...
Zaman ni masih ada Jerman Barat dan Jerman Timur....cuba check nama-nama player...ada tak yang korang ingat...Karl-Heinz Rummenigge kalau tak tau...tak yah sibuk nak sokong Jerman la final nanti....tapi favourite player aku Pierre Littbarski...hampeh Ovaltine...takder gambar dia...
Gambar Itali lagi la...dari gambar tu...cuma 4 player yang main masa Itali menang final...Gambar Dino Zoff pun takder...Paolo Rossi tu paham la...dia last minit baru dapat panggil...tapi ada gambar Carlo Ancelotti kat situ...walaupun sebenarnya nama dia tak kena panggil pun untuk world cup 82...
Gambar Brazil ni pun sama...takder gambar Zico....dulu aku pernah menyumpah macam mana Ovaltine boleh letak gambar yang takder Zico...grrrr...favourite player aku la kan...siapa la editor dia ni....zaman ni Brazil tak harap seorang star ajer...ramai...tapi kalah gak ngan Itali dan Paolo Rossi...tapi takder la kena kitai sampai 7-1..huhu..
Algeria tu 1982 pun dah layak world cup dah...team ni pun kuat macam sekarang...Siap menang lawan Jerman...sayangnya Jerman dan Austria berpakat masa last game untuk singkirkan Algeria. Hawau betul. Sejak tu FIFA buat undang-undang baru, semua perlawanan terakhir mesti main serentak supaya tak jadi lagi kes macam ni.
Ni satu lagi Ovaltine buat silap...Macamana gambar Poland tu takder Zbigniew Boniek? Pasal dia lah tahun tu Poland dapat no 3.
England pulak rasanya ni antara team yang terkuat pernah mereka hasilkan. Bryan Robson, Kevin Keegan, Glenn Hoddle, Peter Shilton, Steve Coppell dan ramai lagi star...tapi tak kemana jugak...
Zaman tu masih guna USSR...belum Rusia.
Belgium walaupun teamnya tak seglamer macam sekarang...tapi buat upset kalahkan Argentina masa perlawanan pembukaan.
Banyak lagi gambar...tak larat pulak aku nak tampal semua..
Tu la rupa tin Ovaltine pada zaman tu...sekarang macam maner ek?...tak perasan pulak aku...lama dah tak beli Ovaltine...Orang rumah suka Milo.
Dulu mak aku beli tin yang 500g, dalamnya dapat 6 keping gambar. Maknanya kena beli 4 kali untuk lengkapkan satu buku. Aku dengan abang aku apa lagi...pagi petang siang malam minum Ovaltine. Nak kasi cepat abis...boleh suruh mak beli lagi...heheh...tapi yang lecehnya...gambar tu bukannya boleh pilih-pilih...dia kat dalam tin bukannya nampak...mungkin nasib aku baik...3 kali beli semua dapat set gambar yang lain-lain...cuma kali ke 4 dapat set gambar sama...nasib member sebelah rumah pun kumpul dan kebetulan dia ada 2 set gambar yang aku takder...so tukar suka sama suka...
Ni mukasurat belakang dia...panjang dah ni...aku stop sini arr...
Cumanya untuk final kali ni aku tak tahu nak sokong mana...team yang tak pernah menang macam Belanda kalah lah pulak...Aku lebih suka Jerman menang. Rekod tu kalau pasukan Eropah menang kat Amerika Selatan. Tapi tu la...mulut kata Jerman..dorang pun main best....tapi aku ada sedikit rasa lain macam kat dalam hati yang katakan Argentina yang menang...pengalaman aku sejak tahun 1982 selalu benar team yang main tak best yang jadi juara...hampeh! tapi kalau betul Argentina menang...memang kesian la Brazil...musuh tradisi menang kat rumah sendiri...pedih tu...
Wednesday, July 9, 2014
RM8
Saya dah...anda bagaimana?..
Seingat aku sepanjang duduk Johor ni, kali pertama dapat resit cantik macam ni...biasa warna putih ajer...tak pasti pulak adakah resit zakat ni standard untuk seluruh negeri...atau berlainan mengikut daerah...

Monday, July 7, 2014
Condition Critical
Hari ni, genap 30 tahun dah usia album ini.
Quiet Riot - Condition Critical (1984)
Susah nak agak apa yang menyebabkan sesuatu album itu berjaya atau tidak. Mungkin segalanya terletak pada nasib. Quiet Riot telah melakukan tindakan pemasaran yang betul apabila mengeluarkan Condition Critical 9 bulan selepas Metal Health mencapai kedudukan no 1 di carta Billboard . Pertama kali dalam sejarah sebuah album heavy metal dapat no 1.
Sayangnya Condition Critical tidak berjaya mengulangi kejayaaan tersebut. Susah nak agak selera peminat. Ada yang tak suka bila sesuatu band itu berubah. Tetapi tidak berubah juga bukan satu jaminan untuk berjaya. Condition Critical bolehlah dikatakan sebagai salinan dari Metal Health. Memang tiada perubahan. Segalanya dari segi konsep dan muziknya memang sama. Malah mereka juga sekali lagi mengambil lagu Slade untuk dijadikan lagu cover. Kalau dulu "Cum on Feel the Noize" kini "Mama Weer All Crazee Now" . Tetapi ntah di mana silapnya album ini gagal menandingi Metal Health.
Tak kisah lah jika ada yang kata ini glam, cheesy atau pop metal. Tetapi bagi saya yang membesar pada zaman itu, ini adalah heavy metal. Mereka bersama beberapa band yang lain pada ketika itu mengenalkan saya kepada terma "Heavy Metal". Dulu semua pun panggil rock. Iron Maiden pun rock. Zaman kegemilangan "hair metal" lah yang membawa heavy metal ke dunia mainstream. Kalau tak kerana mereka tidak mungkin saya akan terjebak ke muzik metal yang lebih ekstrim kemudiannya.
Walaupun ada yang menganggap ianya tidak sebagus Metal Health, tetapi oleh kerana ini adalah antara album yang sering saya dengar ketika saya mula terjebak dengan heavy metal. Maka ianya membawa nilai sentimental kepada saya. Membawa saya kembali kepada kenangan zaman sekolah, Semua lagunya saya suka terutamanya "Sign of the Times","Mama Weer All Crazee Now, "Party All Night", "Condition Critical" dan lagu perlahan "Winners Take All".
Sayangnya selepas dari ini, klasik line-up Kevin DuBrow – Carlos Cavazo – Rudy Sarzo – Frankie Banali berpecah bermula dengan Rudy Sarzo yang menyertai Ozzy Osbourne. Saya kurang berminat dengan album-album mereka yang seterusnya. Pada saya inilah era Quiet Riot yang perlu diingati...bukannya era Randy Rhoads mahupun era selepas Kevin Dubrow.

Friday, July 4, 2014
How to Make Friends and Influence People
Antara album kegemaran dari 20 tahun yang lalu...
Terrorvision - How to Make Friends and Influence People (1994)
"In the years after Kurt cobain and grunge taught everyone it was good to be depressed and gloomy, four young lads from Bradford (of all places?) brought a little sparkle of enjoyment back to the rock genre. Feisty tunes backed by pointless vocals, took rock back to where it should be. Buy this and before you know it you will be singing Do wop, bap ba do wop, and enjoying yourself."
Ayat di atas bukan saya yang tulis. Tetapi itulah rumusan yang tepat dan padat yang saya jumpa ketika men"goggle" maklumat berkenaan album ini.
Saya suka kesemuanya pasal album ini...tajuknya...gambar kulit albumnya...dan paling penting kesemua lagu-lagunya. Susah nak jumpa sebuah album yang sebegini "fun" di tahun-tahun 90an. Ianya mengingatkan saya kepada Ugly Kid Joe.
Seperti biasa, terpengaruh dengan review dari Kerrang!. Label "The Next Big Thing from UK" membuatkan saya membeli kasetnya. Ternyata muzik begini memang kena dengan jiwa. Pertama kali dalam sejarah membeli album yang sama dalam tempoh masa sebulan. Mula-mula kaset, kemudiannya terjumpa pula cd. Suka punya pasal...tak fikir panjang...terus beli.
Alice What's The Matter, Oblivion, Discoteque Wreak dan Pretend Best Friend adalah antara lagu-lagu rancak yang boleh buat bergoyang badan bila mendengarnya. Manakala Middleman dan Some People Say membuktikan yang mereka juga mempunyai rasa dan jiwa.
Antara memori saya tentang album ini....
-terlanggar apek mabuk melintas jalan ketika memandu balik kerja. Ngam-ngan ketika saya sedang singalong sekuat hati lagu Alice What's The Matter. Nasib tak apa-apa. Apek tu steady jer tapi lampu depan kereta pecah kena botol arak dia. Hampeh betul. Mungkin itu balasan tuhan. Bukak lagu kuat-kuat waktu maghrib....padan la muka.. :P
-beli cd ni ketika berdating dengan awek lama. Siap tandatangan dia pun ada dalam booklet. Nasib bini tak tau...heheheh....
Kesimpulannya....Rock n roll supposed to be fun...dan inilah yang sepatutnya...terbaik!!!
Do wop, bap ba do wop, bap ba do wop, bap ba do...
Wednesday, July 2, 2014
Wordless Wednesday : 30 years ago - July 1984
*kalau anda lahir pada Julai 1984, anda menyambut ulangtahun pada bulan dan tahun yang sama dengan mereka...
Tuesday, July 1, 2014
16th Malaysian International Classic Bike Festival
Lambat buat entri...terlupa...sebulan dah...
Festival Motosikal Klasik Antarabangsa ni berlangsung pada 30hb May hingga 1hb Jun tempohari di Galleria Kotaraya, Johor Bahru.
Layan gambar sambil aku menceceh lah yer...
Bukan sengaja nak pergi...aku bukanlah mat motor...lesen motor pun takder...masa bujang pun tak pernah ada motor...beberapa tahun lepas ada sebijik motor kapcai lama pemberian orang tua...yamaha sports....boleh la bawak2 gi masjid/kedai....tapi malas nak maintain....last2 bagi kat adik aku...tu ajer la sejarah aku dengan motor...
Sebenarnya Galleria Kotaraya ni tempat aku parking kereta untuk pergi kerja. Makanya alang-alang dah ada kat situ...jengok-jengok la sambil ambik gambar.
Walaupun aku bukannya mat motor...tapi aku suka juga barang2 antik...makanya rasa seronok la tengok motor-motor lama ni...yang tahun 1920 punya Triumph pun ada...
Bukannya aku tau sangat jenis-jenis motor klasik ni...Yang aku biasa cuma Triumph dan Norton. Tu pun pasal orang tua aku selalu cerita...Dia memang kaki motor...nanti la rajin bila balik kampung aku ambik gambar motor vespa klasik dia...
Macam-macam jenis...ada beratus biji motor...naik rambang mata aku...sayangnya tiada info yang boleh dirujuk. Patutnya setiap motor tu tulis la model apa...tahun berapa...sekurangnya yang buta motor macam aku ni paham....Ni setakat tengok...nak tanya pun tak tau kat siapa...
Aku difahamkan motor-motor ini adalah dari kelab motor klasik seluruh Malaysia. Macam kat gambar atas tu dari Negeri Sembilan. Lain-lain negeri pun...macam Selangor, Kelantan dan lain-lain pun ada..
Disebabkan namanya pun internasional....ada juga penyertaan dari negara-negara luar...yang aku nampak Singapura, Thailand Dan Indonesia...
Apa yang aku perasan, majoriti yang ada kat situ adalah golongan yang berumur...mungkin juga mereka tuan punya motor. Benda antik...yang minat pun majoritinya yang dah antik...heheh..Masa ni la boleh nampak orang tua berjaket kulit, bert-shirt hitam Harley-Davidson, berseluar jean dan berkasut boot walaupun dari mukanya nampak macam mereka ni golongan profesional ataupun korporat. Iyer la...kalu tak berduit masakan boleh nak maintain motor-motor klasik macam ni kan...
Ada juga gerai2 cenderamata pasal motosikal dan barangan motosikal. Yang bestnya ada juga gerai menjual t-shirt rock/metal. Mungkin rock/metal ni memang tak boleh lari dari imej motosikal....sayangnya tak sempat aku nak belek-belek dan ambik gambar...dah terlambat nak masuk opis...
Dah...sekian.