Friday, November 21, 2014
Interstellar
Interstellar (2014)
Pengaruh dari ulasan yang positif dari beberapa orang sahabat membuatkan saya tertarik untuk menontonnya di pawagam. Satu rekod peribadi bagi saya kerana inilah filem pertama yang saya tonton untuk diri sendiri semenjak lebih dari 10 tahun yang lalu. Selalunya ke pewagam (taklah selalu..setahun sekali dua kot :P ) untuk menonton filem pilihan anak-anak.
Sebabnya kerana saya ingin menyaksikan adegan di angkasa lepas dengan lebih rasa puas. Saya tidak merasa puas semasa menonton Gravity di tv. Kesan khas dan CGI di ruang angkasa lepas memang menakjubkan. Memang tabik dengan kemampuan Christopher Nolan mengambarkan keadaan angkasa lepas, blackhole/wormhole dan planet-planetnya. Ianya diluar imaginasi saya. Ternganga tengok.
Anda tidak perlu menjadi seorang peminat filem Sci-Fi untuk menyukainya. Isteri saya yang citarasanya lebih kepada filem-filem romatik komedi juga mengaku tidak bosan ataupun mengantuk walaupun durasinya mencecah 2 jam setengah. Seperti biasa, Christopher Nolan tidak tegesa-gesa dalam penceritaan. Teratur diantara satu adegan dengan adegan yang berikutnya. Adegan yang awalnya kita rasa tak penting sebenarnya akan mempunyai kaitan pada penghujungnya.
Tidak juga perlu menjadi pakar sains untuk memahami jalan ceritanya. Walaupun mungkin anda sedikit terganggu dengan teori yang melibatkan "ruang masa" dan "5 dimensi", tetapi secara keseluruhan ianya amat mudah untuk difahami. Tambah-tambah pula jika anda berminat dengan teori kuantum fizik, "wormhole", "blackhole" dan lain-lain. Rasanya kalau yang tak paham pun mungkin berkenaan adegan-adegan terakhir bagaimana bumi dan Cooper dapat diselamatkan. Saya tak mahu mengupasnya takut nanti spoiler. :)
Sesuai juga untuk tontonan keluarga kerana ianya bukanlah sebuah filem bertema Sci-Fi semata-mata. Tema kemanusian, keluarga dan kasih sayang serta pengorbanan seorang ayah kepada anak perempuanya boleh mengundang suasana pilu dan sedih.
Arahan terbaik dari Christopher Nolan. Runut bunyi yang "awesome" dari Hans Zimmer dan seperti biasa, Matthew McConaughey sememangnya tidak pernah mengecewakan. Harap mereka menang oscar.
Rekomended!!!
aku kembali tawar hati nak tgk wayang, angkara jadual star cineplex bintulu yg tidak menentu...
ReplyDeletehaaa kan dah cakap interstellar best! Jom Baca Review Interstellar di Blog saya and Follow sekali eh :)
ReplyDeleteI saw the trailer, and I read the short synopsis.
ReplyDeleteMacam gerek je.
Ambik cuti half day semata-mata nak tengok citer ni sorang2. Punca pasal ulasan positif yang bertalu2..tak keruan nak tengok sebab anak2 dah booking weekend ni tengok Big Hero 6...
ReplyDeleteMatthew McConaughey sangat cemerlang...
setlist kat FB? facebook la ye...
ReplyDeletehahaha.. Aku dah bilang...Facebook nothing but trouble...
Aku tak tahu...so aku kalau pergi pun aku tak tahu apa2..
hahaha...thanks..
alamak...MALAM ada...?
hahaha..ok ok dah dah hahahaha
Haritu nak tengok sold out..dah ramai kata best.tapi kalo biasa ngan movie Christopher nolan stail penceritaan dia mmg best n teratur
ReplyDeletetunggu main kat HBO je lah haha
ReplyDelete