Thursday, January 23, 2014

Gravity

Selepas Dallas Buyers Club, ini adalah filem ke 2 yang tercalon untuk anugerah filem terbaik Academy Awards 2014 yang sempat aku tonton.


Gravity (2013)

Macam biasa versi sedut. Maaflah...situasi berkeluarga macam aku memang tak berapa nak ada masa untuk menonton kat panggung. Macam tahun lepas aku cuba untuk tonton semua yang tercalon. Itupun kalau dapat semuanya dalam versi sedut.

Macam biasa sipnosis atau jalan ceritanya sila google dan tonton sendiri. Cuma apa yang aku nak cakap kat sini kepada sesiapa yang berminat kepada genre drama sci-fi, ini memang wajib tonton!

Pada aku ianya seperti versi angkasa untuk filem Cast Away. Daripada tersangkut seorang kat pulau, Gravity pula tersangkut berseorangan di angkasa. Seorang bermakna sudah tentu-tentunya jimat dari segi pelakon tapi berbelanja besar untuk CGI. 2 orang pelakon sahaja. Itupun 80 hingga 85 peratus filemnya dilakonkan oleh Sandra Bullock secara berseorangan. Maka tak hairanlah jika beliau tercalon untuk anugerah actress terbaik. George Clooney pun cuma muncul untuk beberapa minit sahaja selebihnya hanya suara.

Tetapi yang paling menarik teknik CGInya. Cantik betul pemandangannya. Dapatlah juga kita merasa bagaimana suasananya menjadi angkasawan. Menontonnya seolah-olah kita yang berada di sana. Memang terasa sunyi dan saspennya. Kalaulah berpeluang menontonnya secara 3D. Mesti lagi hebat.

 Taknak cerita lebih...nanti "spoiler". Tapi sememangnya antara filem terbaik untuk tahun 2013.

Rekomended!






4 comments:

  1. dah pernah masuk dlm astro best tak? kalau dah mesti aku terlepas iklan

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya macam takder...biasanya kalau cerita2 high profile ni memang tak masuk dalam astro best...

      Delete
  2. aku masuk youtube tengok sneak peaks dia dan adengan2 kanchong dia, then aku baca making of cam best je duk dalam peti tu,
    so aku gi wikipedia aku baca full sinopsis. haha

    ReplyDelete
  3. salah satu sebab aku tak jadi nak melayan movie ni pasal ada george clooney tua kutuk tu..
    macam deap jugak baca kat wiki jek..heheh

    ReplyDelete