Friday, September 24, 2010

Impact Is Imminent

Sempena kepada sapa2 yang akan turun Singapura pada 28hb ni untuk tengok Exodus Live...jom layan album ke 4 Exodus...Impact Is Imminent...sebuah lagi album2 dari tahun 1990...



Jujurnya aku bukan la die hard Exodus..dalam banyak2 band thrash yang selain big 4 seperi Testament,Overkill,Death Angel,Sacred Reich dll (sekadar menyebut beberapa band dari US sahaja)...Exodus adalah yang paling kurang aku follow...berdasarkan 2 perkara...pertamanya suara vocalist Steve "Zetro" Souza...(yg era Paul Baloff dan vocalist baru Rob Dukes aku tak nak sentuh...pasal aku suka Bonded By Blood dan aku langsung tak follow Exodus selepas Force Of Habit...) ntah la aku telinga aku agak kurang masuk dengan suara Souza ni...keduanya muzik mereka yang terlampau tipikal thrash...terutamanya sound bay area mereka yang pekat,simple dan tidak teknikal...

Aku tak mau cerita pasal Bonded By Blood (one of the most influential thrash album ever made)...tapi kalau di era Steve Souza...aku mungkin lebih suka Fabulous Disaster...tapi Impact Is Imminent adalah album Exodus yang paling bernostalgia kepada aku...ini adalah kaset Exodus yang pertama aku beli...yang lain2 tu semuanya pinjam...tapi disebabkan pada tahun 1990 tu banyak giler album2 best diriliskan termasuklah Rust In Peace dan Seasons In The Abyss menyebabkan kaset ni agak kurang aku dengar pada awalnya...



walaubagaimanapun...album ni grower...mulanya aku tak berapa suka...tapi lama kelamaan best jugak...banyak jugak riff2 yang catchy...sepatutnya The H Team ni deserve greater recognition...album ni pun dorang yang produce...terutaman si Gary Holt la...bagi aku dia lah tulang belakang Exodus....walaupun dorang berdua Gary dan Rick Hunolt (mamat ni pun anak buah Joe Statriani kan...sama macam Kirk Hammet,Alex Skolnick..)...bukanlah yang jenis teknikal solo bergulung sangat...main simple straight thrash ajer...tapi sound gitar dan riff2 dorang memang sedap...

Ada yang komplen sound album ni kurang mantap...sedikit sebanyak aku setuju...sepatutnya album ni lebih baik...maklum la ni album pertama dorang ngan label besar...sound bass agak tenggelam...tapi sound gitar sedap...drum pun power abis...ni penampilan pertama John Tempesta (White Zombies,Testament) bersama Exodus...hasilnya tidaklah mengecewakan...

Lagu pilihan aku dah tentu Impact Is Imminent, AWOL, Thrash Under Pressure dan Only Death Decide...lain2 pun ok...album ni agak catchy sebenarnya...paling senang nak hadam kalau 1st time dengar thrash berbanding album2 awal dorang...mungkin pasal album ni agak slow down sedikit...cuma yang tak bestnya...semua lagu seakan2 sama...tak banyak kelainan yang kekadang membuatkan rasa bosan kalau nak dengar dari awal sampai abis tanpa skip...



walaubagaimanapun...bagi aku album ni kira ok ajer la...kalau nak banding banyak lagi album2 yang lahir sekitar tahun 1988 hingga 1991 (tahun kegemilangan thrash)...mungkin album ni agak ketinggalan...tapi kalau korang nak dengar macammana bunyinya sound thrash sejati dari Bay Area...Impact Is Imminent patut masuk list...

Apa2 pun...Exodus tak pernah sold out beb...part ni aku respek!!!

sapa2 yang gi Singapura 28hb ni...enjoy and Do The Toxic Waltz!!!!...

err...aku suka dengar Brother Bo pasang quote dari Paul Baloff setiap kali masa penutup rancanagn Vicious Volume kat Radio Ria tu...

"HEAVY MUST STAY TOGETHER!! ALL OTHERS MUST DIE!"

6 comments:

  1. hurm.. exodus ni aku ada yg album pertama dia je.. nanti nanti laa aku cari plak album ni

    ReplyDelete
  2. HANYA BONDED BY BLOOD SAJA YANG MELEKAT YANG LAIN KENA SPEND BANYAK MASA NAK HADAM.

    ReplyDelete
  3. baca review je la exodus ni..
    dorang main kat republik poly, aku tak pernah pergi lagi kat tempat ni..

    28 pun simply red
    tu yang aku nak pegi, tapi gigit jari jugak la haha

    ReplyDelete
  4. mula jatuhnya Exodus. Pada aku drummer Tempesta tak best. Stroke kurang dan permainan drum berhati-hati. Bandingkan stroke Tom Hunting yang berapi tu.

    ReplyDelete
  5. exodus era baloff gua minat banget, tapi lepas tu gua dah x follow dah.. tapi post reunion exodus era rob dukes yang skang ni macam best lak.. sesiapa yg duk singapore / jb (ehem ehem.. haha) atau ada duit lebih tu sila sila lah pergi..

    sebenarnya exodus ni xde la hebat sgt di kalangan band2 thrash bay area yg lain cuma 1 dunia kenal diorang pasal kirk hammett datang dari band ni.. serupa juga dengan flotsam jetsam yg tumpang populariti dari newsted..

    ReplyDelete
  6. aku tgk cover album ni, teringat pula zaman sekolah...hehehe

    ReplyDelete