Ok...pasal tak pergi Whitesnake punya pasal...lagi aku bercerita pasal benda yang ada kena mengena ngan Whitesnake...kali ni pasal gitarist yang pernah berkhidmat untuk Whitesnake...Adrian Vandenberg...ataupun nama belandanya...Ad "Adje" van den Berg
Kalau tak kenal mamat ni tapi pernah tengok vc Still Of The Night...Vandenberg adalah mamat yang gesek gitar pakai kayu biola tu (apa nama bendalah tu ek?)...tapi jangan terpedaya...tu cuma gimik semata2...dia tak main pun...dia join Whitesnake masa album 1987 tu dah siap dibuat...satu2nya yang dia main kat album tu cuma solo kat lagu "Here I Go Again"...
(btw...aku ada terbaca part gesek2 tu sebenonya John Sykes pun tak guna gitar...dia pakai keyboard)
Rasanya dia kurang bernasib masa bersama Whitesnake...walaupun dia terbabit dalam mencipta lagu2 untuk album Slip Of The Tongue...tapi kecederaan tangan menyebabkan seisi rakaman album tersebut semua part gitarnya dimainkan oleh Steve Vai...nampaknya sekali lagi lah dia cuma dapat berposing bergambo...tapi tak dapat menunjukkan skill...walaubagaimanapun dia main untuk album solo Coverdale (tapi syarikat rakaman still guna nama Whitesnake) Restless Heart terbitan 1997....sayangnya pada aku...album ni lebih kearah blues...kurangya elemen hard rock/metal..(mungkin pasal ini album solo David Coverdale sebenonya) menjadikan tak dapat la nak dengo skil2 rock/metal seperti album2 awal band dia sebelum Whitesnake...
Sebenonya itu yang aku nak cerita...entri ni bukan nak cerita pasal zaman dia bersama Whitesnake...tapi zaman sebelum itu...zaman2 semasa beliau bersama band yang menggunakan nama beliau sendiri iaitu Vandenberg...sempat meriliskan 3 album Vandenberg (1982), Heading for a Storm (1983), Alibi (1985)...ada beberapa lagu yang menarik dari 3 album tersebut...tapi yang paling aku suka...dan menjadi salah satu all time fav. aku adalah lagi dari album pertama beliau bertajuk "Burning Heart"...
1st time dengo lagu ni kat kaset Apache "The Revenge Of Kerrang"...masa tu tak kenal pun sama Vandenberg ni...bila dia join Whitesnake baru la tau sapa dia Adrian Vandenberg tu...naik lenguh tangan hari2 rewind kaset tu guna pen semata2 pasal tak puas2 dengo lagu ni...dia punya solo memang meruntun jiwa...ntah kenapa ek takder lagi orang nak buat lagu2 jenis cenggini...
Aku dah beberapa kali try bid album2 Vandenberg ni kat ebay...tapi tak pernahnya menang...mahal ler...
Burning Heart adalah salah satu contoh kenapa jiwa aku masih tersangkut kat era 80an....tiada teknologi canggih yang dapat menandingi betapa lazatnya lagu2 macam ni...melodinya...solonya....pergh!!!..meleleh...kalau tak caya...try layan 2 versi kat bawah ni...kalau korang tak suka...mungkin aku yang ketinggalan zaman nampaknya...iskh..
***mungkin aku patut buat entry pasal lagu2 power ballad yang jadi fav. aku....nanti lah...kalau rajin...
sedap seih lagu tu..ni yg gigih nak cri mp3 lagu ni..haha
ReplyDeletebro, buatla entri pasal rock ballad..aku rasa byk lg lagu yg best yg jrg2 dengar...
i like starkers in tokyo
ReplyDeleteajie...insyallah kalau rajin ;)
ReplyDeletedeaf...starkers in tokyo tu dengo ceritanya dorang ada bawak lagu "Burning Heart" ni...tapi Coverdale banyak lupa lirik...so tak masuk dalam cd...iskh...rugi betul la..
gua sangat suka albun solo/whitesnake "Restless Heart". vokal david yang paling dahsyat dan mencabar. cuna layan lagu cover ' stay with me" ARGHHHH! giler!
ReplyDeletememang agak malang sket nasib adrian vandenverg bila adanya gitar hero baru, mr steve vai dalam whitesnake
yeah! burning heart memang best!