Friday, November 25, 2011

dah tiga

masuk penghujung bulan november ni bermakna 3 tahun dah aku berteromber...aku pun tak sure berapa lama lagi blog ni akan bertahan...banyak jugak blog2 yang dulunya menjadi inspirasi aku untuk berblog dah tak aktif pun...tak meriah dah...

masa dan bahan untuk berblog bukanlah masalah bagi aku...kalau nak buat entri rebiu satu hari satu cd pun rasanya aku ada cukup bahan untuk lebih setahun...tu lum campur pasal movie2 HD lagi....pasal masa pun aku takder masalah sebenonya...aku memang banyak masa free kat opis...bukan pasal aku mengulor ker apa...tapi disebabkan berkesannya sistem pengurusan deligate kerja aku (cewah)...akhirnya aku sendiri yang takder kerja...heheh...takkan aku nak sapu sampah dan mop lantai pulak kan...nanti vietnam cleaner tu nak buat apa...hahaha...

tapi yang jadi masaalah bagu aku adalah kemalasan...iyer aku memang malas betul nak menaip...kan bagus kalau aku hanya perlu bercakap dan ada orang lain yang tolong menaip...nak kena upah PA untuk berblog pulak nampak gayanya...huhuhu...

Apa2 pun...selagi aku ada umur...sihat walafiat...tak dilanda virus kemalasan yang melampau...mungkin berterembor ni akan terus ujud...terimakasih kepada anda semua...memang aku tak sangka dalam tempoh 3 tahun ni boleh cecah page view sampai 48K....memandangkan aku bukan lah sapa2...dan ni bukanlah blog jiwang & masak memasak....


dah TIGA!!!!!




thanks beb!!!...korang memang rock!!



.

17 comments:

  1. blog aku dulu xde sape nak jenguk, tp bila dah join korang, letak link blog masing2, secara xlangsung blog aku pun makin meriah jugak

    ya betul, ramai geng bloggers yg dah kurang atau x aktif (cthnye takilala)

    tips drp aku: klu tiba2 ada idea diluar jangkaan, cpt2 taip point2 utama dan save dlm bentuk draft, nnti dah rajin baru olah ayat jd karangan

    akhir kata, "karangan anda semakin bagus, teruskan usaha anda supaya menarik ramai lg follower" (hahaha!)

    ReplyDelete
  2. Anak ko comel beb..hehehe

    Lama aku mencari rak cd macam kat belakang anak ko tu. Mana mau dapat eh?

    ReplyDelete
  3. jom trade buku randy rhoads dengan biff byford.

    ReplyDelete
  4. virus kemalasan yang melampau?

    secara tiba-tiba aku terasa... huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. Syabas Bro!
    Rasa kering ide, tu cd bertingkat di rak belakang tu belum habis direview :)

    ReplyDelete
  6. klu lu stop menulis bro,makna nya salah satu rujukan saya psal Rock telah hilang....

    ReplyDelete
  7. thanks all...

    Zan...aku pun cari rak cd camtu...10++ tahun dulu bersepah kat Giant ngan Carefour...sekarang mmg tak jumpa kat mana2...melambak dah cd aku tak ada rak nak letak...

    Dr Ben...cantik gak cadangan tu..

    ReplyDelete
  8. kalau dibukukan blog ni menarik jgak.. :)

    ReplyDelete
  9. dah tiga tahun, masuk tahun baru hujrah 1433 ni maknaknya masuk empat tahun beb! wah! pencapaian hebat!
    selamat menyebarkan kebaikan dan maklumat berguna untuk dikongsi dan selamat tahun baru 1433 hijrah!

    ReplyDelete
  10. Jangan jangkit virus malas aku...hahahaha!! Selamat berblog.

    ReplyDelete
  11. Fuh.. Koleksi cd dlm gmbar tu mmg killer! Salutelah pakcik! Tegar abis..

    ReplyDelete