Monday, November 14, 2011

Ritchie Blackmore's Rainbow

kebelakangani aku banyak dengar rock 70's...salah satu album pilihan aku adalah album terbitan dari tahun 1975..



Ritchie Blackmore's Rainbow (1975)

Ketika album ni rilis...aku kecik lagi dan tak tau apa2 pun...tapi macam aku cakap sebelum ni...Rainbow adalah salah satu antara band terawal mengenalkan kepada muzik rock...walaupun aku tak tau apa2 pasal album ni pada awalnya...tapi Lagu "Temple Of The King" adalah salah satu lagu rock terawal yang pernah aku dengar...

Seingat aku...masa aku sekolah rendah...awal2 80an...tahun 81,82 gitu...selain lagu2 Deep Purple dan Scorpions...antara lagu wajib bila belajo main gitar adalah Hotel California - Eagles, Wonderful Tonight - Eric Clapton dan Temple Of The King...tau ni kira nak boleh kerek kat kawan2 sekolah la...



Tu jam dengar Rainbow adalah kerana Ritche Blackmore...Deep Puple punya penangan...seingat aku masa tu aku tak kenal pun siapa penyanyi Rainbow tu...beriya2 menghafal lagu Temple Of The King...tapi tak tau pun tu suara Dio...masa dia join Black Sabbath dengan album Heaven & Hell tu baru lah aku kenal siapa dia Dio...

Album ni tak jauh dari pengaruh Deep Purple...terutamanya album Machine Head dan Burn...cuma liriknya berkisahkan fantasi...biasala lirik Dio...kisah dungeons & dragons dia ni mungkin jugak bermula dari album ni...ntah la...aku tak pernah dengar Elf...band asal Dio tu...album ni pun sebenonya dimainkan oleh anggota Elf...tolak gitaristnya la...

Dari 9 lagu...cuma satu lagu jer yang aku tak berkenan...iaitu "If You Don't Like Rock 'n' Roll"...lain2 memang best...tersangatlah best...terutamanya lagu track pembukaan..."Man On The Silver Mountain"...ni sampai last hayat dia pun Dio sentiasa nyanyi lagu ni live...so kalau korang tak pernah dengo lagu ni...tak yah gelar diri mat rock...heheh...

Dulunya aku ingat lagu "Temple Of The King" lah lagu slow yang paling best dari Rainbow...tapi bila dengar "Catch The Rainbow"...ternyata aku silap...ini lagi best...tapi tak tau kenapa setiap kali aku dengar "Catch The Rainbow"...aku terbayang David Coverdale...napa ek?...mungkin lagu ni ada feel Deep Purple zaman Coverdale kot...



Satu lagi yang menarik pasal album ni...dah tentu2 kerja gitar Ritche Blackmore...dan itu sememangnya sebab utama orang nak dengo Rainbow at the 1st place...tak kisah macamana pun perangai dia...tapi dari segi main gitar...memang dia antara yang terbaik...semua solo2 dia dalam ni best...terutama try layan "Still I'm Sad"...memang terbaik...

Ntah la ek...zaman 70an punya rock memang banyak yang best...walaupun aku giler ngan rock 80's...tapi mendengar rock 70's ni memang feel dia lain...tiga album Rainbow zaman Dio semuanya best...dan ini sememangnya REKOMENDED!

7 comments:

  1. memang rekemen album rainbow..catch the rainbow bagi aku kira killer song selain TOTK..

    ReplyDelete
  2. kebelakangani aku banyak dengar rock 70's.

    so the figure is very much important right now. haha!!

    ReplyDelete
  3. aku tidak bersetuju yang album ini ada kesamaan dengan Machine Head dan Burn.

    ReplyDelete
  4. Dr Ben...aku tak cakap ianya sama...tapi pengaruhnya jelas...berbanding dgn Stormbringer yang dah berbunyi funk...antara sebab kenapa Ritche Blackmore blah dari DP...

    ReplyDelete
  5. dulu masa mula2 pegang gitar ada jgak blajar lagu Temple of the King..

    ReplyDelete
  6. Saya x fikir album ni sama dgn album Mchine head...sbb album ni dia Rock yg kental...bukan ada bau2 funk mcm Deep Purple..

    ReplyDelete
  7. aku nak tengok apa dorang boleh korek kat storeroom dorang dan keluarkan untuk deluxe edition bagi album ni..

    ReplyDelete