Tuesday, April 2, 2013

wasted

Kebelakangan ni banyak dengar balik band2 NWOBHM. Antaranya Def Leppard.


Bila dengar Def Leppard dulu dan sekarang memang banyak perubahan. Sekarang mereka hanyalah sekadar band pop rock yang lebih sikit rocknya berbanding Bon Jovi sekarang (Bon Jovi dulu pun heavy juga). Joe Elliot pun cakap Def Leppard bukanlah band metal dan tak mau dikaitkan dengan NWOBHM. Tapi kalau kita dengar-dengarkan balik album-album dan EP awal mereka, memang tak syak lagi...mereka sememangnya antara band awal pengerak NWOBHM.

Buktinya cuba dengarkan lagu bertajuk Wasted ni. Single pertama mereka dari album On Through the Night yang diterbitkan pada tahun 1979. Kalau ini bukan NWOBHM, tak tau la nak panggil apa lagi..

Thanks kepada youtube, dapat tengok video klasik ni...zaman awal Def Leppard bersama Pete Willis dan Steve Clark. Semua muka budak-budak lagi...

 Ni pulak Wasted masa Rock-Pop Fest 1983 di Dortmund...Ni Deaf ada burnkan aku dia punya dvd (thanks Deaf). Ni zaman Phil Collen dah gantikan Pete Willis.

Dan yang bawah ni pulak versi  Live at Donington tahun 2011. Best juga bila tengok mereka dah mula main balik lagu-lagu lama yang macam ni...paling best bila tengok Vivian Campbell menyolo part Steve Clark tu...baru lah nampak macam Vivian yang dulu...sayangnya bakat dia terbazir duk kat Def Leppard.


http://youtu.be/jzxz-J6jk7w

(aku tak berjaya nak upload video ni kat blog...klik ajer la...)




4 comments:

  1. Def Leppard masa era 80an memang best.masa zaman Steve Clark ngan masa Rick Allen belum hilang tangan dia lagi.kalau kat youtube memang aku suka layan live lama2 diorang.memang nostalgik

    ReplyDelete
  2. aku ingatkan tadi Phil Collins dari band Genesis tadi...rupa2nya Phil Collen haha...

    ReplyDelete
  3. aku pernah baca...
    Joe Elliot ke sapa cakap

    " The only similarity between Def Leppard and Iron Maiden is we both play LOUD ".

    haha...

    tapi Def Leppard best la aku suka haha.
    Yang lagu Long Long Way From Home, mak ai, best giler

    ReplyDelete
  4. bila tengok video unreleased def leppard 1979 ni.. joe lliot dah mcm robert plant plak..

    ReplyDelete