Sebuah lagi yang dah berusia 20 tahun...
Helloween - Chameleon (1993)
Mungkin ini album yang paling tidak digemari ramai dari keseluruhan diskography Helloween. Saya juga pada asalnya berperasaan begitu. Tanda-tanda awal Michael Weikath dan Michael Kiske tidak mahu lagi menjadi "helloween" sebenarnya sudah boleh dikesan sejak album "Pink Bubbles Go Ape" lagi. Ternyata Chameleon mengesahkannya.
Lagu pembukaan "First Time" seolah-olah Helloween masih lagi "Helloween". Tetapi itu sahajalah lagu yang mempunyai feel "Keeper Of The Seven Keys". Lagu-lagu lainnya memang jauh panggang dari api. Ada lagu-lagunya yang pada saya seolah-olah sedang mendengar album Extreme Pornografiti terutamanya lagu-lagu yang mempunyai horn sections. Memang jelas album ini tidak boleh di panggil metal..apatah lagi speed metal.
Walaupunbegitu, ianya bukanlah sebuah album yang tidak bagus. Sangat berkualiti sebenarnya tetapi untuk menikmatinya, anda perlu tolak jauh-jauh perbandingannya dengan album-album awal mereka. Mungkin jika ini album solo Weikath atau Kiske mungkin lebih mudah untuk diterima. Pada saya inilah album Helloween yang paling berjiwa (soul). Lagu-lagunya sedikit progressif dan catchy. Sebuah album hard rock yang sangat baik sebenarnya.
Ini adalah antara album yang banyak kenangannya bagi saya kerana ketika ianya diriliskan, saya baru sahaja berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. Disebabkan segala kaset/cd saya yang lainnya ditinggalkan di kampung, Chameleon lah antara yang menjadi peneman saya siang dan malam duduk bersendirian di rumah sewa abang saya. Dari mulanya tak suka, akhirnya menjadi sebuah album yang cukup bernostalgia untuk saya. Teringat-ingat melalak sendirian lagu "Windmill" selepas kepenatan seharian pergi temuduga dan mencari kerja.
Sangat bagus jika anda sukakan muzik hard rock....tetapi kalau nak speed metal sila cari Keepers dan album-album sebelumnya.
ada nostalgia sebenarnya lagu ni rupanya hehe...aku ingatkan bro nak review lagu Culture Club - Karma Chameleon tadi hehe
ReplyDeletehelloween, antara band power metal klasik yg aku tak terlayan (tak sempat layan)
ReplyDeleteramai yg suruh MUP cover lagu2 helloween ni
album bukan metal Helloween.... mula pinjam kat kawan.. ingat band Helloween. lain..tengok kat kulit... uik... main style macam ni??patutlah selepas album ni kiske keluar...
ReplyDeletesetuju, nostalgia dan unik album ni... alrite jugak cuma pertama kai dengar tu terkejut beruk.
ReplyDeletememang lagu 'First Time' je yang betul2 melekat..yang lain suma banyak guna horn section je..mcm lagu 'When The Sinner' tu pun ok jugak sebenarnya.
ReplyDeletewalaupun album agak kureng, tapi First Time, I Don't Wanna Cry No more, In The Night, When The Sinner dan Windmill merupakan lagu2 yg sedap. Memang tak boleh terima akal bila diaorg letak horn section mcm gila kat Crazy Cats. Roland Grapow punya solo pun bagus.
ReplyDelete