Festival Motosikal Klasik Antarabangsa ni berlangsung pada 30hb May hingga 1hb Jun tempohari di Galleria Kotaraya, Johor Bahru.
Layan gambar sambil aku menceceh lah yer...
Bukan sengaja nak pergi...aku bukanlah mat motor...lesen motor pun takder...masa bujang pun tak pernah ada motor...beberapa tahun lepas ada sebijik motor kapcai lama pemberian orang tua...yamaha sports....boleh la bawak2 gi masjid/kedai....tapi malas nak maintain....last2 bagi kat adik aku...tu ajer la sejarah aku dengan motor...
Sebenarnya Galleria Kotaraya ni tempat aku parking kereta untuk pergi kerja. Makanya alang-alang dah ada kat situ...jengok-jengok la sambil ambik gambar.
Walaupun aku bukannya mat motor...tapi aku suka juga barang2 antik...makanya rasa seronok la tengok motor-motor lama ni...yang tahun 1920 punya Triumph pun ada...
Bukannya aku tau sangat jenis-jenis motor klasik ni...Yang aku biasa cuma Triumph dan Norton. Tu pun pasal orang tua aku selalu cerita...Dia memang kaki motor...nanti la rajin bila balik kampung aku ambik gambar motor vespa klasik dia...
Macam-macam jenis...ada beratus biji motor...naik rambang mata aku...sayangnya tiada info yang boleh dirujuk. Patutnya setiap motor tu tulis la model apa...tahun berapa...sekurangnya yang buta motor macam aku ni paham....Ni setakat tengok...nak tanya pun tak tau kat siapa...
Aku difahamkan motor-motor ini adalah dari kelab motor klasik seluruh Malaysia. Macam kat gambar atas tu dari Negeri Sembilan. Lain-lain negeri pun...macam Selangor, Kelantan dan lain-lain pun ada..
Disebabkan namanya pun internasional....ada juga penyertaan dari negara-negara luar...yang aku nampak Singapura, Thailand Dan Indonesia...
Apa yang aku perasan, majoriti yang ada kat situ adalah golongan yang berumur...mungkin juga mereka tuan punya motor. Benda antik...yang minat pun majoritinya yang dah antik...heheh..Masa ni la boleh nampak orang tua berjaket kulit, bert-shirt hitam Harley-Davidson, berseluar jean dan berkasut boot walaupun dari mukanya nampak macam mereka ni golongan profesional ataupun korporat. Iyer la...kalu tak berduit masakan boleh nak maintain motor-motor klasik macam ni kan...
Ada juga gerai2 cenderamata pasal motosikal dan barangan motosikal. Yang bestnya ada juga gerai menjual t-shirt rock/metal. Mungkin rock/metal ni memang tak boleh lari dari imej motosikal....sayangnya tak sempat aku nak belek-belek dan ambik gambar...dah terlambat nak masuk opis...
Dah...sekian.
klasixx...
ReplyDeleteyup, patut ada info pasal motor - brand, model, buatan mana, tahun keluaran, dll...
ReplyDeletepaling antik aku penah tgk, motor triumph 60an bapak member aku kat kampung... pedal brek kaki kiri gear kaki kanan (terbalik)
setuju ngan korang, setiap display mesti ada maklumat.. mesti ada fanbase yang datang betul2 nak tahu info ngan detail untuk exhibit2 dia minat.
ReplyDeletekisah klasik untuk masa depan.hehehe
ReplyDeleteSempat lagi mengulor tu eh..heheh..tapi memang Bab moto besar n kasik memang tak dapat lari dari heavy metal
ReplyDeletepelik bentuk motor kaler biru tu..
ReplyDeleteGerai jual barangan tshirt metal? Haha best tu bro...walaupun typical
ReplyDeleteTriumph bungkus ada? Aku minat tapi nie hobby yg mewah beb. Belanja besar punya.
ReplyDelete