Scorpions - Deadly Sting (1995)
Mengikut apa yang tertulis di inlay, cd ini diterbitkan bersempena dengan ulangtahun ke 30 tahun Scorpions. Maknanya masuk tahun 2015 ni, Scorpions dah 50 tahun dah.
Tahun 1995 adalah antara tahun yang saya baru kenal apa itu cd. Ada 2 album kompilasi Scorpions yang diterbitkan pada tahun tersebut. Deadly Sting dan Born To Touch Your Feelings (akan diceritakan di lain kali). Kedua-duanya saya beli. Maklumlah zaman tu nak cari satu-satu cd album mereka memang susah. Makanya bila terjumpa kompilasi seperti ini memang tak akan dilepaskan.
Lagu-lagunya adalah lagu dari zaman mereka bersama syarikat rakaman EMI. Zaman selepas Uli Jon Roth. Yang menariknya, seleksi lagu-lagunya adalah lagu-lagu rancak dan mid-tempo bukannya lagu-lagu slow rock seperti yang biasa ada dalam album kompilasi.
Majoritinya adalah lagu-lagu dari tahun 1979 hinggalah 1988. Cuma tak pasti kenapa tiada satu pun lagu dari album Animal Magnetism (1980).
Sangat sesuai untuk sesiapa yang baru nak belajar dengar Scorpions dan jemu dah dengan lagu Still Loving You.
aku dulu rajin tenung poster besar album ni kat kedai kaset (dulu kedai kaset kat pekan kecik pun ada), mcm best je tenung lama2
ReplyDeletedgrnya cover album scorpion ni mmg nakal2 hahaha.. satu hari aku mau beli lah satu kaset scorpion ni, buat koleksi...
ReplyDeleteBest... Eddie The Four Hoursemen hadiah kat aku CD ni.. dia tau aku dok cari.
ReplyDeleteTak jadi pencen pasal dia tgk maiden pun tak pencen2 lagi agaknya..Cd scorpions yg remasterd pun mahal jugak aku tgk haritu
ReplyDeleteThank you for the text. Syok baca.
ReplyDeleteTak tahu apa jadi francis bucholz dengan dorang ye.
Aku speku mesti pasal duit.
Scorpions ni pada aku dah macam metallica. Metallica untuk aku 3 orang member, scorpions pjn 3 orang, lain2 semua... whatever.
cd ni boleh lepas kastam tak?
ReplyDeleteDulu selamber jer jual kat kedai...tak tau la sekarang...
ReplyDeletekalo mereka pencen, tak tau nak kojo apo. baik terus rock sampai tuo, sampai tak larat nak goreng gitar dan jerit2
ReplyDelete" don't be afraid of getting old
life's still full of joy..."
Sting - Dalam Diam Aku Mencintaimu
ReplyDelete