Monday, January 19, 2015

Sudah Sampai Sini : Menara Condong Teluk Intan

Dulu masa budak-budak kalau tak silap dalam mata pelajaran ilmu alam geografi ada belajar berkenaan Menara Condong Teluk Intan. Sejak dari itu memang teringin nak pergi.

Sebelum ni tak pernah singgah Teluk Intan. Sekadar lalu. Tetapi secara kebetulannya jalan-jalan pergi ke Lumut tempohari lalu pula di Teluk Intan. Akhirnya berjaya juga menjejakkan kaki ke sini.


Nak pergi ke Menara Pisa tak mampu...Menara Teluk Intan pun jadi lah...yang penting ianya juga condong.  :P


Macamana boleh jadi condong?..Sila google atau klik gambar di atas untuk keterangan lanjut. Tetapi secara ringkasnya untuk yang kurang rajin...Ianya dibina pada tahun 1885 dengan ketinggian setinggi 85 kaki dan mempunyai 110 anak tangga. Walaupun dari luar nampak seperti 8 tingkat, tetapi sebenarnya hanya 3 tingkat.

Menurut ceritanya ia menjadi condong kerana didirikan di atas struktur tanah yang lembut. Banjir besar yang melanda pada tahun 1889 dan 1895 serta bebanan  tangki air yang berat juga antara yang menjadi faktor ianya menjadi condong. (Dulunya menara ini digunakan untuk simpanan tangki air tetapi sekarang hanya sekadar menara jam)



Untuk yang tak pernah sampai sini....beginilah keadaan didalamnya. Ini gambar tingkat pertama. Jangan bimbang...masuk adalah percuma.



Terdapat pelbagai gambar-gambar lama yang bersejarah terutamannya berkaitan dengan menara dan pekan Teluk Intan dilekatkan di dindingnya.


Pemandangan tingkat 2 dari tangga tingkat 3. Ianya berbentuk bulat dengan lantai yang menggunakan kayu serta dinding berbatu bata. Jenuh juga untuk mendaki tangga. Tangga keseluruhannya diperbuat daripada kayu.


Ini pula pemandangan di tingkat 3.


Tangga tingkat 3 menuju ke jam. Makin tinggi makin curam dan menegak tangganya. Berjaya juga sampai ke jam. Tetapi keadaan sempit dan kebetulan ada pula beberapa orang pengunjung tengah bergambar membuatkan saya membatalkan niat untuk mengambil gambar.


Pemandangan pekan Teluk Intan dari Menara. Kalau tak silap ini dari tingkat 2.


Lagi pemandangan dari Menara. Yang ini pula dari tingkat 3.


Sekian. Terimakasih.






6 comments:

  1. oh sedikit info yang aku dapat hari ni.

    ReplyDelete
  2. Selalu tengok gamba luar je, ni aku rasa first time aku baca orang berbual pasal menara ni tunjuk gamba inside looking oout. Great.

    ReplyDelete
  3. dulu teluk intan namanya teluk anson kan?

    ReplyDelete
  4. Dulu selalu jugak dating kat teluk intan ni..ops!~ :p

    ReplyDelete