Monday, June 8, 2015

King For A Day, Fool For A Lifetime

Yang dah pun 20 tahun pada bulan mac yang lalu...


Faith No More - King For A Day, Fool For A Lifetime (1995)

Minat saya pada Faith No More adalah kerana Jim Martins. Selain kerja gitarnya, sejarah beliau bersama Cliff Burton banyak mempengaruhi. Selepas beliau ditendang keluar dari Faith No More dan ditambah pula dengan album sebelumnya "Angel Dust (1992)" yang terlampau memberi tumpuan kepada bunyi keyboards. Minat saya pada Faith No More agak berkurang.

King For A Day, Fool For A Lifetime awalnya dibeli sekadar untuk melengkapkan koleksi. Tetapi selepas beberapa kali pendengaran, saya lebih bersikap terbuka. Kerana lagu-lagu mereka memang sedap. Bersama Jim Martins atau tidak, identiti Faith No More tidak jauh berubah. Tetap Rojak!



Kemasukan Trey Spruance sebagai gitaris (rakan Mike Patton dalam Mr Bungle) walaupun sekadar pemuzik undangan sebenarnya menarik. Latarbelakang beliau yang pelbagai berjaya merojakkan lagi muzik Faith No More. Tambah menariknya walaupun majoriti lagunya tiada solo gitar, tetapi bunyi keyboards bukan lagi elemen yang utama. Ini yang peliknya. Seolah-olah bukannya Jim Martins yang tiada, tetapi Roddy Bottum kerana bunyi keyboardnya agak kurang dan kebelakang.

King For A Day, Fool For A Lifetime muziknya lebih "straight" dan kurang progessif berbanding album sebelumnya, Angel Dust. Tetapi memang susahlah untuk melabelkan mereka mengikut genre. Dari yang metal/punkish seperti "Get Out" boleh bertukar 360 darjah kepada muzik yang jazz/swinggy  seperti "Star A.D."


Kalau anda tidak mementing genre, apa pun sebat janji sedap...Faith No More sememangnya salah satu band yang patut anda cuba. Kalau anda dari generasi baru, mungkin muzik System of a Down boleh dijadikan rujukan kerana memang jelas dan nyata dari mana mereka mendapatkan rujukan.

Bak kata Phil Rhine dari Sacred Reich, dalam lagu  "31 Flavors"...."Mike Patton's voice is smooth as silk."

Best!






5 comments:

  1. Faith No More ni banyak peminat ye..
    Aku tak pernah dengar album yang kau cakap ni...
    album baru ada ko dah dengar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru keluar bulan lepas kan...tak sempat dengar lagi...

      Delete
  2. kalu System of a Down sedap tu

    ReplyDelete
  3. Mike patton pun boleh tahan genius jugak dia kalo buat lagu..konsert reunion diorang kt download tu best jugak.siap ada cover lagu lady gaga lagi..haha

    ReplyDelete