Lagi album klasik yang menyambut ulangtahun ke 40.
Alice Cooper: Welcome to My Nightmare (1975)
"Welcome to my nightmare. I think you're gonna like it. I think you're gonna feel you belong."
Mula mendengar muzik Alice Cooper hanya pada penghujung 80an. Album Trash (1989). Sebelum tu hanya pernah dengar nama. Tetapi ketika saya kanak-kanak agak keliru juga dengan imej conteng muka antara beliau dan KISS. Pernah satu ketika dahulu saya ingatkan beliau adalah anggota KISS.
Beliau bolehlah dikatakan sebagai antara pengasas genre shock rock/horror rock dengan persembahan live yang penuh theateritical. Tetapi disebabkan hanya mendengar muzik beliau di zaman 80an, saya agak kurang "feel" dimanakah yang dikatakan shock rock/horror rock tersebut. Maklumlah muzik beliau dizaman 80an lebih terarah kepada muzik glam/hair metal. Beliau adalah seorang sentiasa berubah mengikut zaman.
Tetapi selepas mendengar Welcome to My Nightmare, barulah saya faham. Mendengarnya dengan lampu terpadam di waktu malam adalah suatu pengalaman yang menarik. Terutamanya lagu "Steven". Ianya mengingatkan saya kepada zaman budak-budak bila kali pertama mendengar lagu "Melissa" dari Mercyful Fate. Juga dengan lampu terpadam, Sungguh seram!
Tentu menarik jika dapat menonton persembahan album ini secara live. Dikhabarkan yang album ini sememangnya ditulis untuk persembahan pentas. Memang banyak unsur-unsur drama dan theateriticalnya.
Seperti yang saya katakan, Alice Cooper gemar mengikut zaman. Album ni cukup kuat pengaruh psychedelic rock 70an, Antara lagu yang menarik perhatian saya adalah "The Black Widow" dan lagu balada "Only Women Bleed".
Untuk pengetahuna umum, sebenarnya ini adalah album solo pertama beliau. Sedikit "konpius" kerana sebelum dari ini Alice Cooper adalah nama sebuah band. Dah ada 7 buah album pun sepanjang tahun 1969 hingga 1973. Bila berpecah, beliau, si vokalis (Vincent Damon Furnier) menggunakan nama Alice Cooper sebagai nama beliau sendiri.
Untuk yang berminat, gambar di atas adalah petikan dari buku "Fade to Black: Hard Rock Cover Art of the Vinyl Age" yang ditulis oleh Martin Popoff dan Ioannis. Harap-harap boleh dibaca.
aku kenal AC daripada lagu poison (cover tarja turunen) dan bed of nails (cover children of bodom)
ReplyDeleteskrg ni nita strauss pun dah join AC sbg touring guitarist, sedikit sebanyak terfollow jugak le~
Sampai sekarang aku kadang2 masuk youtube nak dengar lagu loves a loaded gun. Hahha
ReplyDeleteaku pulak lagu "might as well be on mars"....
Deletetak perna dgr lagi ni.
ReplyDeleteDulu nampak cover album "trash" ingatkan betul la trash mcm sodom ke kreator lagu dia..hahah.
ReplyDeleteAku ingatkan ada versi vinyl jugak tadi.rupanya dari buku fade to black..heheh
Trash ada lagu sedap.
DeleteOnly only only my heart talking.
Bila la Alice Cooper nak bawa lagu ni live lagi.
This comment has been removed by the author.
Deletealice cooper ni aku tk prnh dgr lgu die..bakal dilayan soon
ReplyDelete