Yang 20 tahun pada 14hb May yang lalu...
Def Leppard- Slang (1996)
Dulu tak beli pun kaset ataupun cdnya. Memang tak masuk. Lagu perlahannya terlampau meleweh manakala lagu rancaknya dah jadi industrial. Sememangnya bukan Def Leppard yang saya kenal ketika tahun 80an dulu.
Tetapi setelah membaca ulasan Deaf dan cerita Portdy dalam blog mereka beberapa tahun yang lalu, rasa teringin pula untuk mendengarnya semula. Setelah RM20++ melalui ebay dari e-stock, akhirnya cd ini menjadi milik saya.
Ternyata selera muzik saya tidak banyak berbeza. Tetap tak berapa nak suka. Jangan salah faham. Lagu-lagunya bagus juga. Mungkin kalau ini Def Leppard anda yang pertama, pastinya anda akan menyukainya. Tetapi bagi saya yang membesar dengan mereka dari zaman NWOBHM, perubahan begini memang agak sukar untuk diterima.
Tetapi ianya bukanlah sesuatu yang pelik. Def Leppard memang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Hysteria (1987) dan Pyromania (1983) pun dah nampak berubahnya. Tetapi mungkin yang secara kebetulannya, lagu-lagu mereka menjadi kurang menarik selepas kematian Steve Clark.
Tak berapa minat sangat. Hanya "All I Want Is Everything" adalah satu-satunya lagu yang hampir pada Def Leppard yang lama. Dan saya rasakan Vivian Campbell tidak menunjukkan kebolehannya yang sebenar sejak bersama Def Leppard.
Mungkin kalau aku fikir out of the box,
ReplyDeleteni album terbaik Def Leppard pasal memang terkeluar ring terus album ni.
aku ada versi double cd yang mula2 keluar, kemudian versi deluxe double cd pun aku.
aku sangat suka semua content 4 cd tersebut.
lagu2 slow dia pun semua ada hantu,
Blood Runs Cold...i feel it in my veins..
ReplyDeleteAlbum ni keluar zaman grunge.
Ada waktu waktunya nak dengar ni
Aku pun ada beli bulan lepas versi double cd nya.tapi album ni mmg da jadi industrial la..
ReplyDeleteaku ingatkan slank indon tadi gagaga
ReplyDeletesamalah aku, tak berapa boleh masuk juga dgn album ni, juga album X..
ReplyDeleteaku kalau DL ni, cuma ada kompilasi...
ReplyDeleteKalau aku pula, album favorite dah tentu Hysteria, banyak kenangan pahit manis dalam Album Hysteria ni..
ReplyDelete