Wednesday, August 24, 2016

Cosmosis Indulgence

Terkini di pasaran.


Predicate Not Defined - Cosmosis Indulgence (2016)

Agak tekejut juga bila saya diminta oleh Saudara Azwi (vokal,gitar dan tulang belakang PnD) untuk mengulas cd terbaru mereka. Selain Raimi (Faithcraft Production), blog yang tak berapa nak metal ini memang tak pernah pun didekati mana-mana band untuk promosi album mereka. Lagipun ini bukannya blog ulasan album semata-mata. Untuk itu, setinggi-tinggi terimakasih untuk Azwi dan Predicated Not Defined atas kepercayaan mereka. Saya bukanlah pandai sangat dalam bab ulas mengulas ni.

Secara jujurnya saya kurang mengambil tahu tentang apa yang berlaku di dalam dunia muzik metal tempatan. Pernah dengar nama Predicate Not Defined tetapi tidak pernah mendengar lagunya. Ini pengalaman pertama saya mendengar mereka walaupun sebenarnya ini album penuh mereka yang ke 3. Tak sangka pula saya suka apa yang saya dengar.


Mereka agak eksperimental. Bukan setakat metal yang biasa-biasa. Melodic death/thrash yang progressif dan agak teknikal juga. Struktur lagunya sentiasa berubah-ubah dan tidak dijangka. Ianya menjadikan kita ternanti-nanti apa akan berlaku seterusnya. Muzik sebegini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dimainkan bermakna mereka sememangnya pemuzik yang sangat bagus. Tabik kepada pemain drum mereka dan saya suka juga solo-solo gitar mereka yang sangat melodic.

Yang menariknya ada juga unsur unsur muzik tradisional melayu diselitkan. Paling ketara pada lagu "Physic" dimana ada bahagian harmonic solonya berunsurkan lagu joget. Manakala lagu "Malay Vivarium" pula solo gitarnya ada lengok seperti lagu asli. Sememangnya kedua-dua lagu ini adalah antara yang paling menarik minat saya.

Tapi bukan itu sahaja. Cd ini banyak mengandungi lagu yang bagus. Penggunaan "clean vocal" pada bahagian chorus yang melodic di majoriti lagu-lagunya menjadikan ianya lebih menarik. "Juvenile", "Thermo Dynamics", "Bima Sakti", "Chemical Digestron", "Hidrogen" adalah antara yang saya suka. Sebenarnya semua pun best. Yang menariknya lagu mereka agak berlainan di antara satu lagu dengan yang lainnya. Tak cepat bosan dan senang hadam.

Mungkin yang menjadi tarikan juga adalah lagi tribute mereka kepada P. Ramlee, "The Mustar Anthem". Satu-satunya lagu yang berbahasa melayu. Pastinya anda akan tertarik dengan instrumental "Maafkan Kami" yang diselitkan pada penghujung lagunya. Kreatif!


Apapun yang pasti produksinya bagus. Kalau tak tengok info ingatkan ini band Mat Saleh. Packaging juga tip-top. Inlay berwarna setebal 16 mukasurat. 14 lagu (satu darinya intro) Memang berbaloi. Tetapi yang paling utama pada saya adalah lagu lagunya yang agak melodic. Senang nak melekat. Sedap!. Pada saya hebat macamanapun kalau tak sedap tak guna juga.

Terbaik!...mungkin saya patut juga mendapatkan 2 cd terawal mereka. (khabarnya mereka mempunyai vokalis wanita pada suatu masa dahulu..)

Dapatkan cd mereka dengan segera. Untuk info lebih lanjut, sila hubungi mereka di FB >SINI<
Atau mungkin email sahaja kepada totalazwi@gmail.com

Sokong Muzik Metal Tempatan!





5 comments:

  1. Penah dengar nama band ni tapi taktau pulak diorang dah ada 3 album.ko dah ckp band ni best nanti aku cekidot cd nya

    ReplyDelete
  2. Bert, boleh try carikan studio ke diva ke untuk diaorang buat mini giggs.

    ReplyDelete
  3. idop berteromber.. hihih gitu-gitu

    ReplyDelete
  4. lepas ni boleh buat ulasan untuk album MUP pula (hahaha berangan)

    ReplyDelete