Wednesday, August 10, 2016

Down on the upside

Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 21hb Mei yang lalu...


Soundgarden - Down On The Upside (1996)

Walaupun kata tak minat, saya tetap memiliki 3 album Soundgarden. Untuk cerita Badmotorfinger  rujuk sini< dan untuk Superunknown >sini<

Mungkin ini penyakit. Pantang kalau masuk ke kedai kaset. Beli bukan pasal minat tapi lebih kepada ketagihan seorang "cassetteholic/cdholic". Tak tahu ada ubat tak untuk penyakit ni. Risau juga bila sedikit demi sedikit dah terjebak pula menjadi hipster "vinylholic"...parah!...

Yang menarik minat saya untuk mendengar Soundgarden adalah soundnya yang agak metal berbanding band grunge yang lain. Tetapi dengan DOTU, muzik mereka menjadi lebih ringan. Kurang perisa metal dan tiada lagi riff riff menarik dari Kim Thayil. Walaupun trademark grunge Soundgarden masih ada tetapi secara keseluruhannya mereka cuba untuk bereksperimen dan menjadi lebih matang.


Ada juga lagu yang menarik. "Ty Cobb" salah satu contohnya. Lagu rancak yang agak berbeza dengan kebiasaan mereka. Walaupun kali ini mereka lebih melodic, tetapi tiada lagu yang sekali dengar terus melekat seperti "Black Hole Sun" dari Superunkwown.

Ada yang kata selain kematian Curt Cobain, kemunculan album-album experimental dari nama-nama besar grunge seperi No Code dari Pearl Jam dan DOTU dari Soundgarden adalah punca kejatuhan genre grunge di penghujung tahun-tahun 90an.

Mungkin juga....



12 comments:

  1. Orang biasa anggap grunge lagu2 ditties atau ringkas sebab hanya dengar Nirvana.. walhal Cornell antara perintis.. dianggap serius kalau dengar betul2 plucking lagu Seasons.. dulu dalam album dari filim Singles jiwang remaja 90s.. skang jumpa balik dalam Superman tahapa Man of Steel yg pemarah tu..
    Tapi gua langsung xminat Pearl Jam wahhaa..

    ReplyDelete
  2. Album eksperimental dan kurang heavy yang akhirnya membawa kpd perpecahan.. Band member Soundgarden waktu ni ada jugak buat side project band.. Bassist dgn drummer buat band Hater.. First album ada lagu cover Cat Stevens, Mona Bone Jakon.. Antara lagu cover Cat Stevens yang paling menarik sebab lain daripada asal..

    ReplyDelete
  3. Aku langsung taktau pasal album ni.yg cuma tau pasal soundgarden ni lagu black hole sun dengan band chris cornell audioslave tu

    ReplyDelete
  4. aku belum dgr lagi lagu dorang. nanti ada masa aku layan kat utube.. nirvana saja lah yg aku tahu sedikit. haha

    ReplyDelete
  5. 1996 dah diattack Britpop dan rock dari Oasis, Blur, Radiohead dan techno zaman tue..

    death dan so- called metal dianggap dying zaman tue.. ehehhe.. walaupun nu breed of metal subur jugak

    alternative yg lebih riang tengah naik.. hard rock masa tue cuma diketuai Bon Jovi dan Aerosmith.. ehehhe

    ReplyDelete
  6. rocker macam Van Halen ... Firehouse still active.. Def Leppard pun.. tapi nama2 tue aku xberapa pedulikan sebab aku lebih kepada band funk+ hard rock dari Boston yg sangat underrated.. Extreme nama dio..

    ReplyDelete
  7. Amerika tgh pulun punk rock masa nie.. The Offspring.. Green Day..

    ReplyDelete
  8. Guns N Roses dah kurang cerita masa nie.. ada band baru nama Type O Negative tgh in..Slash ada Snakepit.. Blues rock ada wakil The Black Crowes pun masih laku masa tue..

    ReplyDelete
  9. Tq myownmind...setuju...tapi penyelamat heavy metal pada tahun 1996 pada saya adalah Manowar....

    ReplyDelete
  10. Hahaha. Kasetholik. Setuju sangat. Tqpi selalunya menjadi belian berbaloi,

    ReplyDelete
  11. soundgarden ni kira so-so ajer laa.. tak berapa nak follow pun aku.. huhuhuh

    ReplyDelete
  12. Penyelamat metal will always be Helloween la pada aku eheheheh.. walaupun zaman EMI diorang glam merapu sekejap tapi still power maa..

    ReplyDelete