Monday, August 29, 2016

Slippery When Wet

Sempena 30 tahun (18hb Ogos 1986) album yang menjadi nostalgia untuk saya...


Bon Jovi - Slippery When Wet (1986)

Setiap orang ada tempat bermula. Seperti entri di >SINI< Slippery When Wet adalah tempat bermulanya saya menjadi seorang yang kemaruk membeli muzik. Dari kaset ke cd dan kini merapu ke piring hitam.


Ketika album ini keluar, saya baru terjebak dengan muzik rock. Seingat saya kali pertama mendengar lagu You Give Love A Bad Name adalah dalam rancangan radio Casey Kasem American Top 40. Lupa dah di siaran radio mana tetapi sejak itu saya mula terpengaruh dengan Bon Jovi. And the rest is history. Walaupun 2, 3 tahun kemudiannya saya mula pula terjebak dengan muzik yang lebih ekstrim, namun Bon Jovi akan sentiasa ada tempatnya di hati saya.



Ianya mengembalikan kenangan di zaman sekolah. Mendengarnya hampir setiap hari sehinggakan naik hafal kesemua lagu-lagunya. Menonton tape VHSnya beramai-ramai. Terkial-kial belajar intro lagu "Wanted Dead Or Alive". Berangan nak jadi rock star. Ini adalah zamannya heavy metal dan rock masih tiada beza.  Tak kisah sangat pasal genre. Ini juga zamannya Richie Sambora masih melakukan apa yang seorang gitar hero patut  lakukan. Sesungguhnya saya rindukan zaman tu.




11 comments:

  1. Semua lagu sedap. Kadang2 fikir kalau kaset tu, side B lagi best giler dari side A.
    tak malu ah aku kalau dengar lagu Raised Your Hands aku buat hand chereography tu sekali. Tersangat happy happy.

    ReplyDelete
  2. album kenangan juga..dulu abg aku pernah beli tape pirate, inlay dlm kosong je tak silap...memang berdentumlah rumah kat kampung bila dimainkan dgn mini-compo National...

    ReplyDelete
  3. Bon Jovi ni memang Best.. Especially lagu ballads.. Berhantu.
    Tak lupa masa tengok MTV lagu always, lawa cun betul awek dlm video tu, meleleh air liur aku.. Haha

    ReplyDelete
  4. you give love a bad name...lgu ni mase2 kecik dlu pernah dgr...dn aku sukanya..

    ReplyDelete
  5. Pergghh..cukup semua format.bon jovi era 80an mmg aku suka sebab vokal dia power lagi masa tu.last album bonjovi yg aku beli album keep the faith dgn crossroads.
    Err..itu tape video sewa ko pinjam tak pulang eh.nama company pun take away home video.heheh..

    ReplyDelete
  6. penghujung 80an, lagu2 dlm album ni memperkenalkan aku kepada bon jovi dan genre rock mat salleh

    versi remastered yg aku ada pun bert yg tolong carikan, terima kasih

    ReplyDelete
  7. tgk video tape bonjovi masa kanak2 dulu, memang sangat rock lah gaya dorang buat persembahan..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Aku rasa aku start beli pakai duit sendiri (kaset je la mampu) wud be Album ELLA 30110 dan ZAINAL ABIDIN HIJAU.. pastue semua aku harunggg..bedal dan belasah tapi mostly banyak collection aku adalah grunge dan punk rock.. overseas dan local..dan Britpop zaman tue..

    Metal sebab ada kawan pulun so tumpang aa sebab dia beli pun banyakkk.. metal aku sendiri Bolt Thrower,, Suffocation US.. Cromok.. Extreme (Nuno / funk hard rock).. dah lupus dek adik aku.. sadly sadly huhu

    ReplyDelete
  10. Saya suka cover yang censored tu

    ReplyDelete