Friday, December 2, 2016

Hardwired ... to Self-Destruct

Yang tengah hangat di pasaran dan no 1 di US....



Metallica - Hardwired ... to Self-Destruct (2016)

Asalnya tak terniat nak beli awal. Death Magnetic dulu pun setahun lebih baru beli cdnya. Tetapi terpengaruh dengan promosi mereka dan posting rakan-rakan di FB, akhirnya terbeli di hari ianya diriliskan. Dasyat sungguh pengaruh rakan rakan sebaya ni..haha..

Saya memilih versi 3  cd kerana saya sukakan lagu lagu cover dalam bonus cd tersebut. "Ronnie Rising Medley" tu sedap dan saya tak pernah ada Maiden Heaven dan Re-Machined. Tak sangka kan dalam banyak banyak lagu Deep Purple dan Iron Maiden, mereka memilih lagu balada "When A Blind Man Cries" dan "Remember Tomorrow".  Memang best. Lagu "Lords Of Summer" pun dah diubah nenjadi lebih power. Sejujurnya saya memilih untuk mendengar bónus disc ini terlebih dahulu sebelum 2 cd albumnya. Lagu-lagu live nya pun best. Semua lagu era Cliff Burton la kan...Ok..cukup pasal bonus disc. Kita pergi ke sebab yang lebih utama...Hardwired...To Self-Destruct.


Tak berniat nak ulas panjang lebar. Masing-masing ada selera sendiri. Saya tak pernah rasa pun yang mereka akan kembali ke era 80an walaupun rasanya ini kali ketiga mereka mengatakan yang mereka akan back to basic sejak keluarnya St Anger. Amarah dan semangat anak muda memang tak akan sama bila dah berusia.

Bercerita pasal Hardwired...To Self-Destruct, rasanya macam ramai yang terlupa dengan Death Magnetic. Pada saya ianya tak jauh berbeza. Cuma HtSD soundnya lebih ok. Vokal James Hetfield pun jauh lebih bagus Death Magnetic jenis "grower". Harapnya HtSD juga akan begitu kesannya kepada saya.

Kalau nak dirumuskan ikut telinga saya, Death Magnetic adalah antara era 'Justice' dan 'Black Album' manakala HtSD bolehlah dikatakan antara 'Black Album' dan zaman 'Load/Reload'. Ada  3,4 lagu yang pada saya best dan ada juga 3,4 lagu yang sekadar filler terutamanya lagu-lagu dalam disc 2. Banyak mid tempo dan ada yang agak bosan juga kerana durasinya yang panjang.


3 lagu yang di promosikan sebelum album ini keluar, "Hardwired", "Atlas, Rise!" dan "Moth Into Flame" adalah antara yang paling best. "Moth Into Flame" memang sedap melodinya. Lainnya biasa-biasa sahaja kecuali "Spit  Out The Bone". Ternyata mereka masih belum terlupa bagaimana untuk 'thrash'.

Kalau ikut saya tak perlu 2 disc. 4 lagu awal dari disc 1 campur "Halo On Fire". Tambah pula "Confusion", "ManUnkind" dan "Spit Out The Bone" dah cukup. Kalau nak tambah pun letak "Lords Of Summer". Memang ngam dah. Tak payah meleret.

Senang cerita kalau anda adalah dari golongan yang merasakan Metallica dah tak best sejak 'Justice', album ini tidak akan meninggalkan apa apa kesan pun. Tetapi jika anda sebaliknya...album ini agak boleh tahan.






9 comments:

  1. Aku protes..tuan tanah.
    Aku bangkang..
    Aku nak bawak sepanduk tunjuk perasaan kat pasar larkin.
    Ini album sangat power.
    Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Power hingga membuatkan aku dengar balik semua katalog Met

      Delete
  2. Hahahah rasa x salah aku komen sblm ni kat yusrina blog....memang sound lebih padu tapi gaya lenggok nyanyian james lebih ke arah load@reload....perhatikan pada lagu atlas rise ada pada chorus sedikit mcm bunyian lagu iron maiden kot...

    ReplyDelete
  3. memang nk beli tp xtau bila lg nk beli...hahahaha

    ReplyDelete
  4. tunggu atleast 5 geng bloggers buat entri HTSD, baru aku buat entri kah kah kah... senang boleh letak link je~

    ReplyDelete
  5. memang betul kata bro Berteromber tu, album ini so-so ajer, seperti yang telah ditulis dalam blog saya itu hari, lebih menyerlah ke arah load/reload dan juga death magnetic.
    punca utama album ini hambar.. mungkin kerana tiadanya lagu berentak power ballads.. huhuh

    btw.. jom berteromber, kita layan Alleycats di blog Yusrina.
    maasseeeeehhh..!!

    ReplyDelete
  6. wow suka baca ulasannya menarik utk dibeli ni.

    ReplyDelete
  7. yang melekat kat telinga aku Halo On Fire je,pasal tu sekali dengar dah suka,yang lain2 tu ambik masa nak hadam..heheh..

    ReplyDelete
  8. AKu beli sebab aku rasa aku nak beli. Hahahahah susah betul nak reviu album ni.

    ReplyDelete