yang mana jadi pilihan... |
Wednesday, October 30, 2013
Tuesday, October 29, 2013
Monday, October 28, 2013
Europe self-titled
Klasik heavy metal yang dah 30 tahun.
Europe - Europe (1983)
"Antara Syurga dan Neraka" dari Helter Skelter adalah penyebab saya mencari album ini. Tak pasti bagaimana kumpulan Helter Skelter boleh menciplak lagu "Seven Doors Hotel" sedangkan album pertama Europe ini bukanlah untuk pasaran dunia. Mungkin juga mereka mendengarnya dari pasaran Jepun. Saya terbaca yang Joey Tempest sendiri tak pasti bagaimana lagu "Seven Doors Hotel" boleh popular di Jepun sebelum zaman "The Final Countdown" lagi. Sampaikan syarikat rakaman mereka meriliskan single lagu tersebebut khas untuk pasaran Jepun.
Bolehlah dikatakan yang Europe hanya mula dikenali selepas meletupnya lagu "The Final Countdown". Tetapi sebenarnya album pertama mereka telah mula diterbitkan pada tahun 1983. Hadiah selepas mereka memenangi pertandingan Juara Rock Sweden. Dan jangan tak percaya album pertama ini bukannya sebuah album bercirikan synth-laden hair metal dengan lagu-lagu cheesy ballad yang selalu dikaitkan dengan mereka. Sebaliknya ini bolehlah dikatakan album yang mempunyai pengaruh New Wave of British Heavy Metal. Ini adalah sisi lain Europe. Mungkin Def Leppard era Hysteria dan High n Dry sesuai di jadikan contoh.
Highlightnya sudah semestinya lagu “In The Future To Come” (ditulis oleh Joey Tempest semasa dia berusia 17 tahun) dan “Seven Doors Hotel”. Memang kuat pengaruh "NWOBHM"nya. Pada saya "Seven Doors Hotel" adalah lagu terbaik Europe malah lebih baik dari "The Final Countdown". Saya cukup suka dengan kerja gitar John Norum dalam lagu ini. Malah sememangnya kerja gitar beliau adalah salah satu lagi highlight untuk album ini. Dengarkan lagu instrumental "Boyazont". Memang lazat.
Tiada lagu perlahan ala "Carrie". "The King Will Return" adalah lagu perlahan yang berkonsepkan Rock 70an. Lirik dan mood lagunya membuatkan saya teringatkan kepada lagu-lagu Rainbow era Dio. Lagu penutup "Memories" pula adalah sebuah lagu tipikal heavy metal 80an yang laju. Joey Tempest bukan setakat hanya mempunyai vokal yang bagus malah beliau juga adalah seorang komposer yang sentiasa menghasilkan melodi lagu-lagu yang sedap.
Senang cakap album ini memang sesuai untuk mereka yang sukakan heavy metal awal 80an. Underrated!

rambut zaman ni sepesen ajer :D |

Friday, October 25, 2013
Vs.
Album lagenda grunge yang menyambut ulangtahun ke 20.
Pearl Jam - Vs. (1993)
Rasanya macam pernah beli kasetnya dahulu. Tapi bila dicari balik tak jumpa. Mungkin hilang atau ada yang pinjam dan tak pulang. Untunglah dengan adanya ebay estocks_deutschland, dapatlah memiliki cdnya dengan harga cuma RM13++. Walaupun bukannya album kegemaran, tapi mana-mana album yang ada kenangan dengan harga semurah tu memang terbeli juga la sudahnya.
Dulu masa zaman kaset pun begitu. Saya bukanlah peminat album Ten. Tetapi bila Pearl Jam rilis Vs. lepak-lepak kedai kaset terbeli juga sudahnya. Ni la susahnya orang yang ada penyakit kaset/cd-holic ni. Heheh...
Dah lama tak dengar album ni. Untuk entri ini, saya mendengarnya kembali. Ini adalah pandangan saya sekarang terhadap album ini. Mungkin dulu pandangannya lain. Sekarang semakin tua semakin terbuka telinga. Tetapi awas, ini pandangan seorang yang bukan peminat grunge. Mungkin sahaja anda tidak bersetuju dengan saya. Tapi saya peduli apa...hahaha...
2 lagu pertama "Go" dan "Animal" adalah lagu rancak yang sangat rock. Tidak meleweh. Solo Mike McCready pun best. Bahagian tengah "Animal" tu ada funky ala-ala RHCP. Kalau Pearl Jam mempunyai banyak lagu-lagu sebegini mungkin saya akan menghargai mereka dengan lebih lagi. Track ke 3, "Daughter" adalah lagu yang paling saya ingat dari album ini. Melodinya sedap dan tak hairanlah kenapa lagu ini antara yang popular dari mereka. Track ke 4, "Glorified G" pula mengingatkan saya kepada lagu-lagu alternative rock ala Collective Soul. Sedikit kelainan dari grunge mereka yang biasa. Saya suka. Tetapi lagu track ke 5, "Dissident" membawa saya kembali kepada grunge Pearl Jam album Ten. Lagu yang yang jenis moody tetapi nasib juga bahagian gitarnya yang mendayu-dayu tu sedap. Track-track yang berikutnya adalah lagu-lagu yang saya kurang berminat. Meleweh dan moody. Fast Forward lah jawapnya.
Pada saya Vs. tidak konsisten. Lagu-lagu side A (zaman kaset) bagus. Tetapi tidak pada lagu-lagu yang lainnya. Mungkin "Rearviewmirror" dan "Rats" boleh tahan melodinya tetapi ianya tidak dapat menyaingi "Go", "Animal", "Daughter" ataupun "Glorified G". Senang cerita lagu-lagu side B agak membosankan saya.
Secara peribadinya saya rasakan album ini lebih raw dan lebih aggresive soundnya berbanding Ten. Itu sesuatu yang bagus malangnya muzik sebegini bukanlah secawan kopi saya. Tetapi untuk sesekali dengar boleh lah.

Thursday, October 24, 2013
The World's End
The World's End (2013)
One Night. Six Friends. Twelve Pubs. Total Annihilation.
Sebuah lagi filem berkenaan apocalypse, kiamat atau pengakhiran dunia. Seperti This Is the End, The World's End juga adalah bergenre komedi. Walaupun The World's End lebih kepada science fiction comedy tetapi disebabkan keduanya diriliskan pada tahun yang sama maka perbandingan terhadap keduanya memang tidak dapat dielakkan. US vs British comedy. Yang mana lagi bagus.
Jika anda peminat "Shaun of the Dead" (2004) atau "Hot Fuzz" (2007), pastinya anda akan suka The World's End. Sememangnya ini adalah trilogy Edgar Wright yang sekali lagi mengabungkan Simon Pegg dan Nick Frost. Ternyata ianya tidak mengecewakan.
Saya memang lebih mengemari komedi ala British. Lawaknya bukanlah lawak bodoh atau seks yang keterlaluan. Simon Pegg sekali lagi tidak mengecewakan. The World's End memang kelakar. Walaupun agak susah untuk menyaingi Shaun of the Dead tetapi ianya jauh lebih bagus jika nak dibandingkan dengan This is the End.
Wednesday, October 23, 2013
Monday, October 21, 2013
Balls To The Wall
Lagi album klasik heavy metal yang menyambut ulangtahun yang ke 30.
Accept - Balls To The Wall (1983)
Lupa dah bila pertama kali mendengar album ini. Mungkin dalam tahun 1987 atau 1988. Ini adalah album Accept pertama saya. Rakan sekelas bagi pinjam. Sampai sekarang pun tak pasti apa kisahnya di sebalik lirik Balls To The Wall. Tapi dengan kaver album yang sebegitu, kepala otak memang tak boleh nak pikir benda lain dah....heheh..
Pada saya 'Balls To The Wall' adalah antara 3 album terbaik Accept selain 'Metal Heart' dan `Restless & Wild'. Atas nilai sentimentalnya, ianya paling saya suka di antara ketiganya. Mungkin juga ianya adalah salah satu album terbaik dalam sejarah Heavy Metal. Riff dan melodi lagu-lagu mereka memang sangat catchy dan berhantu. Rasanya kalau hendak mendefinasikan apa itu rock kapak mungkin Balls To The Wall sesuai untuk dijadikan rujukan.
Mendengar Accepts seolah-olah seperti kita sedang mendengar Scorpions yang lebih berat bersama-sama dengan chorus catchy ala-ala ACDC terutamanya jeritan Udo memang hampir menyerupai Bon Scott mahupun Brian Johnson. Kebiasaannya lagu Accept ni, saya sering ternanti-nanti bahagian chorusnya. Di situ bahagian yang biasanya paling best. Catchy chorus ditambah dengan solo-solo gitar dan riff-riff yang melodic memang identiti Accept. Kadang-kadang kita tak kisah pun bahagian versenya.
Balls To The Wall lagu-lagunya lebih melodic berbanding album sebelumnya Restless and Wild. Cuma hanya 2 lagu yang yang boleh dikatakan speed metal ala "Fast as a Shark" iaitu "Fight It Back" dan "Losers and Winners". Tetapi yang menjadi highlightnya sudah semestinya lagu tittle track "Balls to the Wall". Melodi chorus dan riffnya memang melekat kat kepala saya sejak pertama kali mendengarnya 25++ tahun yang lalu.
Lain-lain lagu menarik yang berbaloi untuk membeli album ini adalah "London Leatherboys", "Head over Heels", "Losing More Than You've Ever Had" dan "Turn Me On". Dan tak lupa juga lagu penutup "Winter Dreams". Sebuah lagu mid tempo yang nyaman.
Kuatkan volume anda. Ini adalah heavy metal yang sebenar!

Friday, October 18, 2013
Into Glory Ride
Epic metal yang sambut ulangtahun ke 30.
Manowar - Into Glory Ride (1983)
Nak tak nak benda yang pertama sekali kena sentuh kalau cerita pasal Into Glory Ride adalah gambar kavernya. Rasanya Manowar serius dengan gambar kaver ini. Tiada unsur humour yang disengajakan. Mungkin untuk mengatakan Manowar adalah manly metal for manly men. Tapi generasi hari ini menganggapnya sangat cheesey...heheh..
Bagi saya album ini adalah permulaan bagi Manowar untuk menemui hala tuju mereka. Kecuali lagu track pertama "Warlord" yang berbunyi ala-ala heavy metal 80an, kesemua lagu-lagu lainnya adalah bercirikan epic metal. Genre yang kemudiannya menjadi sinonim dengan Manowar.
Into Glory Ride bukanlah sebuah album yang heavy. Kebanyakan lagu-lagunya adalah jenis mid-tempo. Sesuatu yang biasa bagi genre epic metal. Ada masanya feel dan sound doom Black Sabbath dapat dikesan. Terutamanya pada lagu "Hatred". Satu-satunya lagu yang saya kurang gemar maklumlah saya memang mempunyai masalah untuk hadam lagu-lagu yang bertempo perlahan.
Lain-lain lagu seperti "Secret of Steel", "Gates of Valhalla", "Revelation (Death's Angel)" dan "March for Revenge (By the Soldiers of Death)" adalah trademark Manowar yang akan kita jumpa untuk album-album mereka yang seterusnya. Lirik-lirik bertema kill kill die die..sword-and-sorcery fantasy...dead to the false metal...semuanya bermula dari album ini.
Bukanlah album terbaik Manowar ataupun album yang patut di dengar untuk mereka yang baru nak mendekati. Tetapi ianya sebuah album epic metal yang boleh tahan terutama dengan adanya lagu "March For Revenge". Lagu kegemaran saya dari album ini.

Thursday, October 17, 2013
This Is The End
This Is the End (2013)
Kebelakangan ini memang banyak filem-filem berkenaan apocalypse, kiamat atau pengakhiran dunia. This Is The End adalah salah satu darinya. Bezanya ianya dalam genre R-rated komedi. Jika anda gemarkan filem-filem seperti Pineapple Express, Superbad, Knocked Up dan lain seangkatan dengannya sudah pasti cerita ini untuk anda. Tetapi jika tidak, tak payah la membuangkan masa kerana mungkin ini hanyalah cerita lawak bodoh ala David Teoh versi Hollywood.
Ini adalah filem Seth Rogen dan kroni-kroniya iaitu pelakon-pelakon komedi alaf baru Hollywood seperti Jay Baruchel, James Franco, Craig Robinson, Jonah Hill dan Danny McBride. Ditambah pula dengan penampilan istimewa Emma Watson, Michael Cera, Rihanna, Channing Tatum dan yang paling best Backstreet Boys (hahaha..)
Yang menariknya mereka menggunakan watak dan nama mereka sendiri walaupun ada diantara watak tersebut sememangnya membodohkan diri mereka sendiri. Sipnosisnya macam biasa sila baca sendiri. Tak nak spoiler. Memang ada part yang lawak tapi ada juga yang mengjengkelkan terutama lawak-lawak seks dan gay mereka.
Ceritanya memang mengarut. Tapi seperti yang saya katakan tadi. Jika anda beranggapan ianya sekadar hiburan kosong dan anda suka humor yang begini memang ianya tidak menjadi hal. Malah rating di IMDB dan Rotten Tomatoes pun agak tinggi.
Wednesday, October 16, 2013
Tuesday, October 15, 2013
9hb Oktober
Ni entry yang personal sikit..
9hb lepas, 2 orang anak aku menyambut harijadi mereka...seorang 14 dan sorang lagi 6 tahun...jangan ditanya macamana boleh tarikhnya sama...accident of birth la kot...hehehe...
Selama ni tak pernah buat majlis harijadi. Biasanya setakat beli kek dan makan kat luar aje. Cuma kali ni anak bongsu tu teringin sangat nak dapat kejutan untuk hari jadi dia. Kesian juga asyik tengok majlis harijadi kawan2 dan sepupu ajer. So buatlah kecil kecilan...panggil adik beradik...kalau bapaknya punya birthday...mau buat parti buih...heheh..
Terimakasih buat atuk, mak/bapak sedara dan sepupu sepapat mereka yang sudi meraikan majlis kejutan birthday mereka. Terima kasih juga atas hadiah-hadiah yang diberikan...selamat duit mak bapak dia tak payah kena bawak pegi Legoland...heheh...
btw...SELAMAT HARI RAYA HAJI

Monday, October 14, 2013
Thickskin
Diam tak diam dah 10 tahun..
Skid Row - Thickskin (2003)
Menukar vokalis tidak seperti menukar gitaris. Impaknya memang berbeza. Tambahan pula bagi band yang sudah ada nama. Lagi parah bila mereka mengubah arah tuju muzik mereka. Thickskin mengingatkan saya kepada album Motley Crue 1994. Menunggu lama akhirnya rasa kecewa.
Thickskin bukanlah Skid Row yang kita kenali semasa era album Skid Row (1989), Slave to the Grind (1991) atau Subhuman Race (1995). Graf peningkatan semakin heavy setiap album terbantut dengan Thickskin. Kali ini mereka benar-benar kedengaran seperti modern rock. Banyak lagu-lagu yang terutamanya mid tempo mengingatkan saya kepada band2 modern rock awal 2000 seperi Creed, Staind, Nickelback, Matchbox 20, Three-Doors-Down dan lain lain yang seangkatan dengannya.
Bukanlah nak kata lagu-lagunya tak sedap. Lagu-lagunya bagus. Tulang belakang Skid Row yang menghasilkan lagu-lagu klasik Skid Row seperti Rachel Bolan dan Dave "The Snake" Sabo masih ada. Mereka masih berkemampuan menghasilkan lagu-lagu yang melodic dan sedap. Solo gitar Scotti Hill pun masih ada walaupun kurang menyengat. Tetapi menukar hala tuju muzik secara mendadak hanya kerana untuk kekal relevan adalah sesuatu yang tak dapat di terima oleh majoriti peminat mereka termasuk lah saya.
Hasilnya Skid Row terperangkap di tengah-tengah. Tidak dipedulikan oleh generasi muda kerana dikaitkan dengan glam metal dan dipinggirkan oleh generasi lama kerana telah berubah arah. Sayang sungguh. Kerana album ini memang bagus sebenarnya. Kalau betul promosinya, ia boleh pergi jauh. Sememangnya ianya jauh lebih bagus dari mana-mana album band modern rock ketika itu.
Bayangan Sebastian Bach memang tak dapat dihilangkan. Tak pasti kenapa mereka merakamkan kembali lagu "I Remember You" dalam versi laju ala Punk. Johnny Solinger bukanlah lawan Sebastian Bach. Jauh....Dan saya kecewa tiadanya solo feeling mendayu Scotti Hill dalam lagu tersebut.
Banyak juga lagu yang sedap. Terutamanya lagu-lagu mid tempo seperti "Ghost", "Born a Beggar" dan "See You Around". Lagu-lagu begini mengingatkan saya kepada Creed dan band-band modern rock yang lainnya. Satu-satunya lagu yang betul-betul perlahan adalah "One Light". Bayangkan jika Sebastian Bach yang menyanyikannya. Pasti lebih sedap. Manakala yang heavy saya lebih tertarik dengan lagu "Thick Is the Skin". Sound dan riff berat metal alaf baru.
Kesimpulannya Thickskin adalah sebuah album modern rock yang cemerlang. Memang bagus dan sedap. Tetapi jika anda mengharapkan ianya sebuah album Skid Row era Sebastian Bach, anda seperti juga saya...akan merasa kecewa.

Sunday, October 13, 2013
Edge of a Broken Heart
It is with profound sadness that we announce the sudden passing of Vixen founder and lead guitarist, Jan Kuehnemund, who lost a fierce battle with cancer on Thursday, October 10, 2013. Though most well known for her gifted guitar playing and other musical talents, Jan was a rare friend and beautiful in every sense of the word. Humble, thoughtful, loyal and kind, she was the most gracious of women, possessing the quiet strength of a true warrior. She genuinely loved and appreciated her friends and fans more than most could ever know. Those who were most fortunate to have known her and loved her are heartbroken at the loss of Jan, whose spirit will shine through her music eternally.
Membesar di zaman 80an, dizaman apa yang dipanggil sebagai hair metal atau glam metal, siapa lah yang tak jatuh hati dengan petikan gitar dan wajah manis Jan Kuehnemund. Satu-satunya nama gitarist wanita yang aku boleh ingat dan sentiasa akan ingat dari zaman tersebut dah tentu-tentunya adalah beliau. (okey...mungkin seorang lagi Jan...Jannifer Batten)
Menariknya rockers wanita pada zaman tersebut seperti Jan dan Vixen. Mereka ni bukanlah jenis yang menjual body dan rupa. Takdernya mereka nak pakai baju baju seksi macam artis-artis wanita zaman sekarang. Mereka adalah real rocker dan sememangnya sangat berbakat.
Janice Lynn "Jan" Kuehnemund (November 18, 1961 – October 10, 2013)
Friday, October 11, 2013
Power & the Glory
Sempena 30 tahun...
Saxon - Power & the Glory (1983)
"Don't judge a book by its cover". Mungkin peribahasa orang putih ini sesuai untuk mengambarkan album ini. Kavernya memang tak cantik. Tapi isinya cantik.
1983 adalah penghujung kepada era gemilang New Wave Of British Heavy Metal. Pada ketika itu boleh dikatakan semua nama-nama besar dalam pergerakan NWOBHM cuba untuk menembusi pasaran USA. Saxon tidak terkecuali. Selepas 3 album klasik mereka, Wheels of Steel, Strong Arm of the Law dan Denim and Leather, mereka hadir dengan Power & the Glory. Sebuah album yang lebih komersial dengan sound yang lebih bersih. Mungkin ianya ditujukan untuk pasaran USA.
Malangnya nasib tidak menyebelahi mereka. Entah mana silapnya mereka gagal di USA. Mungkin mereka tak cukup pop macam Def Leppard ataupun tak cukup heavy macam Iron Maiden. Atau mungkin sahaja seperti apa yang Biff Byford cakap dalam bukunya "Never Surrender (or Nearly Good Looking)" yang mereka ini tak cukup hensem untuk jadi popular.
Walaupun ada yang cakap album ini komersial, tetapi pada saya ianya masih heavy metal. Malah soundnya lebih kepada melodic heavy metal berbanding album-album sebelumnya yang ke arah hard rock. Ada bayangan Iron Maiden di sini terutamanya pada lagu 'Warrior'. Mungkin ini jawapan Saxon kepada lagu "Invaders".
Tetapi lagu kegemaran saya adalah lagu yang menjadi title track "Power and the Glory". Sememangnya ini adalah antara lagu mereka yang paling laju dan paling berat. Memang terhanguk-hanguk kepala bila mendengarnya. Sedap! Lagu lain yang menjadi pilihan adalah "This Town Rocks". Sebuah lagu yang rasanya paling sesuai untuk dibawakan secara live. Manakala "The Eagle Has Landed" adalah satu percubaan mereka untuk menjadi lebih progresif. Satu yang pasti Saxon sentiasa menghasilkan lagu-lagu yang mempunyai chorus yang catchy. Memang sedap!
Walau apa pun, saya cukup tabik dengan mereka. Ini adalah salah satu contoh band yang sentiasa berkerja keras tanpa putus asa. Selayaknya mereka berdiri sama tinggi dengan Iron Maiden ataupun Judas Priest. Tapi apakan daya...
Respek!

Wednesday, October 9, 2013
Bark at the Moon
Sempena 30 tahun...
Ozzy Osbourne - Bark at the Moon (1983)
Kali pertama terbaca nama Ozzy Osbourne adalah pada lagu "So Tired" dalam satu kaset kompilasi lagu-lagu pop yang abang saya beli kalau tak silap pada tahun 1984 atau 1985. Di letakkan bersama-sama lagu-lagu seperti seperti "No More Lonely Nights - Paul McCartney", "Infatuation - Rod Stewart","Desert Moon - Dennis DeYoung" dan lain-lain yang membuatkan saya beranggapan Ozzy Osbourne itu adalah penyanyi pop. Tambahan pula lagu "So Tired" tu jenis meleweh yang tak rock langsung.
Setahun selepas itu, ketika saya mula kemaruk dengan muzik rock baru lah kenal siapa dia Ozzy Osbourne. Masa tu barulah tahu yang "So Tired" tu lagu rocknya rupa-rupanya. Padanlah solo gitarnya bagus. Saya ingatkan itu solo Randy Rhoads. Maklumlah zaman susah nak dapat info. Saya terjebak mendengar Ozzy pun kerana Randy Rhoads. Walaupun begitu, zaman saya mula menjadi mat rock adalah zaman Jake E. Lee. Maka sudah semestinya beliau juga termasuk di dalam senarai gitar hero saya.
Bark At The Moon adalah percubaan Ozzy untuk kembali selepas kematian Randy. Mengambil Jake E. Lee yang pada ketika itu langsung tidak dikenali adalah satu keputusan yang tepat. Walaupun memang susah lah nak lawan Randy Rhoads. Cara permainannya pun tak sama. Tapi beliau juga bukan setakat seorang gitaris yang bagus tetapi juga seorang pencipta lagu yang baik. Ada rumours yang mengatakan lagu-lagu dari BATM adalah ciptaan mereka bertiga bersama Bob Daisley walaupun kredit hanya diberikan kepada Ozzy seorang. Mungkin juga mereka telah dibayar untuk tidak menuntut kredit tersebut. Ternyata Jake E. Lee berjaya meneruskan karier gemilang Ozzy.
Walaupun sebenarnya album kegemaran saya di zaman Jake E. Lee adalah The Ultimate Sin (1986) tetapi BATM juga sangat bagus. Mungkin yang lebihnya The Ultimate Sin adalah kerana nilai sentimentalnya. Mendengar album tersebut sewaktu ianya diriliskan.
Lagu-lagu seperti "Bark at the Moon", "You're No Different", "Now You See It (Now You Don't)" dan "So Tired" adalah antara lagu wajib Ozzy. Tetapi entah kenapa saya cukup suka dengan melodi "Centre of Eternity". Sedap!
Satu yang saya rasa kurang hanyalah kerana bunyi keyboard yang terlalu mendominasi. Lain takder nak komplen. Solo-solo Jake E. Lee memang ada kelasnya tersendiri. Saya tak rasa Zakk Wylde mempunyai feel sebagus beliau. Namakan saya satu solo feeling abis Zakk yang boleh lawan solo Jake dalam "So Tired". Ada?...entahlah mungkin saya tak tahu kerana saya tak follow pun Ozzy selepas zaman Jake.
Randy > Jake > Zakk period!
*tak suka betul cd remastered version ni pasal gambar kavernya kecik sangat

Monday, October 7, 2013
Ramli Sarip Alive
Merujuk kepada entri "Ramli Sarip - Live 2000" dari blog Apa Ada Dengan Ijau, aku pun gatal tangan nak post cerita pasal ni..
Ini adalah rupa kaset asal Ramli Sarip Alive yang diriliskan semula dalam bentuk cd dengan nama baru "Ramli Sarip - Live 2000" seperti dalam entri Ijau. Tak pasti adakah versi ini turut ada dalam bentuk cd.
Sedikit pembetulan untuk Ijau, kaset ini adalah terbitan tahun 1998 bukannya 1999. Tak pasti pula kenapa rilisan yang baru mengunakan tahun 2000 sebagai tajuknya. Ia sememangnya keluaran BMG. Tracklistnya sama walaupun aturan susunan lagunya ada sedikit perbezaan.
Tak pasti adakah gambar inlay di kaset ini sama seperti gambar inlay cd rilisan baru. Aku tak ada cd tu. Harap En Portdy boleh tolong belikan...heheh...Maklum lah kat JB ni memang hampeh kalau nak cari cd macam ni.
Lagi gambar-gambar yang ada di inlay kaset berserta nukilan penerbit eksekutifnya Bob Lokman. Sebenarnya agak lama dah aku tak dengar lagu-lagu dari kaset ini semenjak aku dah tak ada kaset player. Tapi lagu pilihan dah semestinya "Blues Felda Blues". Sebagai anak peneroka Felda, lirik tulisan Bob Lokman tu memang terkesan sungguh.
Senang cakap, ini adalah album live melayu yang paling best dan paling aku suka. Kredit untuk arwah Samad Lefthanded, Wan Ahmad Sweet Charity, Hamid Black Dog Bone, Tom Revolvers, Yazit Search. dan sudah semestinya penyanyi dan penerbit album, the legendary Ramli Sarip.
Rekomended!

Friday, October 4, 2013
Metal Works '73–'93
Album kompilasi pilihan untuk 20 tahun yang lalu.
Judas Priest - Metal Works '73–'93 (1993)
Before The Dawn adalah lagu Judas Priest pertama saya. Priest...Live! adalah kaset pertama walaupun ianya sekadar versi Apache. Manakala Hell Bent for Leather adalah cd pertama saya. Tetapi Metal Works 73-93 adalah album yang akan dicadangkan jika anda baru pertama kali hendak berjinak-jinak mendengar Judas Priest.
Cd ini dibeli di Salem Power Station, Ampang Point pada penghujung tahun 90an dulu (dah lama bungkus dah kedai ni) yang juga pada ketika itu ada menjual hampir kesemua discography mereka. Apa yang saya ingat ketika kali pertama singgah, beli cd Hell Bent for Leather pasal ada lagu Before The Dawn. Kali ke kedua beli cd Priest...Live! demi memori zaman kaset apache. Kali ketiga singgah tak tahu yang mana hendak dibeli. Itu yang akhirnya membeli cd kompilasi ini dengan harapan semua lagu-lagu mereka yang best ada di dalamnya.
Tidak dinafikan memang semua lagu best. Album 2 disc ini mengandungi 32 buah lagu yang bolehlah dikatakan antara lagu-lagu terpenting dalam karier mereka. Kira hampir lengkap untuk semua album walaupun ianya tidak mengandungi lagu-lagu dari 2 album terawal, Rocka Rolla (1974) dan Sad Wings of Destiny (1976) kerana berlainan syarikat rakaman. Cuma lagu "Victim of Changes" sahaja dari zaman tersebut. Itu pun versi live.
Cumanya saya kurang berpuashati kerana tiadanya lagu "The Sentinel". Antara lagu kegemaran saya. Tiada juga lagu-lagu seperti "Diamonds & Rust", "Green Manalishi", "Take On The World", "Some Heads Are Gonna Roll" dan "Out In The Cold". Tapi tak kisah lah, lagu-lagu best yang lain semuanya ada. Seleksi lagu dipilih sendiri oleh mereka. Sayangnya booklet cd ini tidak banyak gambar tetapi yang paling menariknya setiap lagu-lagunya ada catatan komen dari mereka.
Senang cerita, kalau anda dah khatam kesemua lagu-lagu dari kompilasi ini, memang senang lah anda nak kelentong kononnya anda tau segalanya pasal Judas Priest...heheh...

Thursday, October 3, 2013
Hints Allegations and Things Left Unsaid
Rock yang dah 20 tahun...
Collective Soul - Hints, Allegations and Things Left Unsaid (1993)
Sama seperti Candlebox, imej rambut panjang dan solo gitar menjadi punca utama saya mula terjebak dengan Collective Soul. Video Klip "Shine" yang dulunya agak sering juga diputarkan di rancangan MTV di Channel 5 TV Singapura membuatkan saya membeli kaset ini akhirnya.
1994 adalah zaman-zaman sedang mencari cinta (hahaha...) makanya lagu feeling macam "Shine" ni memang senang betul nak melekat. Bolehlah dikatakan lagu ini menjadi salah satu trademark untuk genre alternative 90an. Mereka kepada saya bukan grunge atau modern rock. Tetapi lebih kepada band yang memperjuangkan klasik rock di zaman 90an.
Kekurangan album ini pada saya dari segi soundnya. Agak tenggelam dan perlahan. Rupa-rupanya baru tahu yang "Hints Allegations and Things Left Unsaid" ini asalnya hanyalah sebuah demo. Syarikat rakaman meriliskan album ini tanpa apa-apa touch-up. Sebab itu Collective Soul sendiri mengangap ini bukanlah album pertama mereka, cuma sekadar demo. Album pertama bagi mereka adalah album yang berikutnya. Walaupun begitu sound raw macam ini memang sedap. Tak kisah lah kalau terpaksa menguatkan volume kerana soundnya seolah-oleh seperti mendengar live dari dalam studio. Benda seperti ini hanya akan dinikmati jika anda mendengar melalui sistem hi-fi bukan speaker PC....hehehe...
Band yang mepunyai gitarist dengan solo-solo yang bagus memang mudah untuk saya berkenan. Ed Roland bukan sekadar mempunyai vokal yang bagus. Tetapi bakatnya mencipta kesemua lagu di samping menerbitkan album ini memang patut dipuji. Lagu-lagu melodic yang tak berapa nak meleweh sangat. Selain "Shine", lagu seperti "Wasting Time","Sister Don't Cry", "Heaven's Already Here" dan "Breathe" adalah antara yang suya suka.
Best!

Ni cd alternate cover, gambar ni sebenarnya untuk single "Shine". Lebih suka cover kartun macam kat kaset tu. Tapi dapat cd ni dengan harga RM13++ kira alrite ajer lah |
Kekurangan album ini pada saya dari segi soundnya. Agak tenggelam dan perlahan. Rupa-rupanya baru tahu yang "Hints Allegations and Things Left Unsaid" ini asalnya hanyalah sebuah demo. Syarikat rakaman meriliskan album ini tanpa apa-apa touch-up. Sebab itu Collective Soul sendiri mengangap ini bukanlah album pertama mereka, cuma sekadar demo. Album pertama bagi mereka adalah album yang berikutnya. Walaupun begitu sound raw macam ini memang sedap. Tak kisah lah kalau terpaksa menguatkan volume kerana soundnya seolah-oleh seperti mendengar live dari dalam studio. Benda seperti ini hanya akan dinikmati jika anda mendengar melalui sistem hi-fi bukan speaker PC....hehehe...
Band yang mepunyai gitarist dengan solo-solo yang bagus memang mudah untuk saya berkenan. Ed Roland bukan sekadar mempunyai vokal yang bagus. Tetapi bakatnya mencipta kesemua lagu di samping menerbitkan album ini memang patut dipuji. Lagu-lagu melodic yang tak berapa nak meleweh sangat. Selain "Shine", lagu seperti "Wasting Time","Sister Don't Cry", "Heaven's Already Here" dan "Breathe" adalah antara yang suya suka.
Best!
Wednesday, October 2, 2013
Bloody Kisses
Gothic metal yang dah 20 tahun.
Type O Negative - Bloody Kisses (1993)
Seperti Icon - Paradise Lost, saya selalu terbaca review-review yang bagus untuk Bloody Kisses. Disebabkan agak sukar untuk saya menghayati lagu-lagu bergenre gothic atau doom metal yang perlahan temponya. Saya mengabainya sehinggalah saya mendengar Sentenced - Cold White Light. Rasanya itulah album gothic metal pertama yang saya minat. Dikatakan Bloody Kisses di dalam kategori yang sama maka saya mengambil keputusan untuk membeli cdnya.
Kalau Paradise Lost mempunyai sound metal yang berat berserta solo-solo yang melodic. Type O Negative pula sedikit ringan soundnya. Muziknya gelap, dalam dan banyak juga pengunaan keyboard dan synthesizer untuk menambahkan kesuramannya. Ada juga sesetengah lagu yang berbunyi metal, hardcore malah industrial. Senangnya pada saya mereka sebuah band rojak tapi berteraskan gothic dan doom. Lagu-lagunya agak panjang dan berubah-ubah melodinya. Bahagian yang uptempo boleh tahan sedapnya.
Pengaruh Black Sabbath memang banyak dapat dikesan tetapi untuk lagu "Black No.1" tu entah kenapa ada satu bahagian tu betul-betul mengingatkan saya kepada Pearl Jam. Mungkin juda ada pengaruh grunge yang tengah popular ketika itu. Dan ada masanya mengingatkan saya pula kepada Danzig.
Lagu pilihan untuk saya adalah "We Hate Everyone". Lagu rancak tapi bahagian perlahan di tengahnya sedikit menganggu mood. Lagu-lagu popular dari album ini seperti "Christian Woman", "Black No.1" dan "Summer Breeze" memang agak sukar untuk saya hayati. Memang boleh buat mengantuk.
Berkemungkinan besar ini lah album pertama dan terakhir Type O Negative untuk saya. Memang susah nak hadam.