Sebelum black metal di Norway...mereka telah wujud dahulu....sempena 30 tahun...
TNT - Knights of the New Thunder (1984)
Mungkin tak ramai yang tau perihal album dan kumpulan ini. Tetapi jika ada peminat gitar terutamanya shredder dengan lagu-lagu melodic heavy metal 80an yang mempunyai pengaruh power metal, anda patut mencuba TNT dan terutamanya album ini.
Saya dikenalkan kepada muzik mereka melalui album Intuition (1989) kepunyaan abang. Pertama kali mendengarnya saya sudah merasa kagum dengan gitaristnya, Ronni Le Tekrø. Memang dasat. Beliau dikenali dengan trademark "machine gun technique". Apa yang saya tidak ketahui ketika itu, album Intuition adalah zaman pop metal mereka. Kalau itu pun dah dahsyat kerja gitarnya, apatah lagi zaman-zaman awal mereka yang lebih kearah heavy dan power metal.
Ternyata tekaan saya betul. Album ini memang cemerlang kerja gitarnya. Lagu lagu seperti "Seven Seas"," Knights of the Thunder" dan "Deadly Metal" memang klasik heayy metal. Giler sedap. Tambah-tambah pula suara vokalisnya Tony Harnell yang mempunyai pitching yang tinggi. Kalau suka gaya vokal Dickinson, Halford, Kiske, Tate ataupun LeBrie, ini memang makanan anda.
TNT mengingatkan saya kepada band scandinavian seangkatan iaitu Europe. Muzik mereka awalnya hampir sama. Tetapi nasib Europe lebih cerah. "The Final Countdown" bertuah. Walaupun mungkin Ronni Le Tekro lebih hebat dari John Norum ataupun Tony Harnell lebih bagus dari Joey Tempest tetapi bakat tanpa tuah anda tetap tidak akan kemana. Sayang sungguh. Percubaan mereka berubah dengan konsep yang lebih pop dan komersial dengan album-album yang berikutnya juga agak kurang berjaya.
Berbaloi dimiliki walaupun hanya kerana kerja gitar Ronni Le Tekro dan suara high pitch Tony Harnell...Terbaik!
Friday, August 29, 2014
Thursday, August 28, 2014
State of the World Address
Kaset yang dah 20 tahun...
Biohazard - State of the World Address (1994)
Mengembur koleksi kaset...banyak juga rupa-rupanya kaset "trial and error". Maklumlah ketika tahun 1994 saya sudah mula berkerja. Duit gaji memang perabis buat beli kaset. State of the World Address adalah salah satu darinya.
Saya bukanlah peminat hardcore dan kurang arif megenainya. Membeli kaset ini pun atas dasar terpengaruh dengan ulasan baik dari majalah Kerrang!. Satu-satunya muzik hardcore yang pernah saya dengar dan suka hanyalah album-album awal Suicidal Tendencies. Pada saya muzik Biohazard tidak jauh berbeza dengan Suicidal Tendencies. Mungkin kerana sememangnya begitulah muzik hardcore.
Yang pastinya State of the World Address mempunyai pengaruh metal dan rap. Tiada yang meleweh. Saya terbaca ramai yang beranggapan ini adalah album terbaik mereka. Lagu yang catchy contohnya seperti "What Makes Us Tick" cukup mudah untuk menangkap.
Pada saya menggunakan 2 vokalis menjadikan mereka unik. Mereka dah buat rap rock lama dah sebelum Limp Bizkit and Linkin Park.

Wednesday, August 27, 2014
Monday, August 25, 2014
Footloose
Footloose (1984)
Lama juga dah tak bercerita perihal filem. Kebelakangan ini rasa macam kurang mood untuk menonton. Tetapi bila membaca ulasan-ulasan filem dari saudara Raimi dalam blog barunya "FAITH AND CRAFT", rasa macam bersemangat pula..
Dalam banyak-banyak filem, saya memilih untuk menonton filem yang sudah agak lama dirakam didalam set pvr astro saya, Footloose. Mungkin secara kebetulannya filem ini menyambut ulangtahunnya yang ke 30. Ianya benar-benar mengamit memori zaman budak-budak saya.
Sebenarnya tidak pernah berpeluang menontonnya pada ketika itu. Malah saya juga beberapa kali gagal untuk menontonnya sehingga habis ketika ianya di tayangkan di tv. Maklumlah sebagai mat rock, filem-filem yang bergenre tarian sebegini memang agak kurang berminat. Nampaknya selepas 30 tahun, barulah saya berjaya menontonnya sampai habis.
Baru tau rupa-rupanya ada juga lagu rock di dalamnya. "Metal Health (Bang Your Head)'' dari Quiet Riot ketika adegan Kevin Bacon memandu ke sekolah. Rasanya lagu ini tidak dimuatkan dalam album runut bunyinya. Itu memang saya ingat kerana dulunya abang saya ada kasetnya. Filem ni dulu memang popular kerana banyak lagu-lagunya yang sedap-sedap belaka. Lagu-lagu seperti "Footloose - Kenny Loggins", "Holding Out for a Hero - Bonnie Tyler", "Almost Paradise - Mike Reno and Ann Wilson (Heart)" dan "Let's Hear It for the Boy - Deniece Williams" memang sangat popular ketika itu. Memang susah nak lawan lagu-lagu best zaman tu.
Footloose berjaya menaikkan nama Kevin Bacon. Walaupun muka nampak keras, tapi boleh tahan juga dia menari. Tetapi yang menjadi sebutan ramai dan sering keluar di dalam majalah-majalah berkonsepkan remaja pada ketika itu adalah heroinnya, Lori Singer. Maklumlah ketika itu beliau sudah pun popular melalui siri tv Fame. Saya pun terpikat sama, Filem beliau yang seterusnya menjadi minat saya untuk menontonnya adalah The Man with One Red Shoe (bersama Tom Hanks). Sayangnya karier beliau merundum selepas itu berbeza dengan Kevin Bacon yang mejadi lebih popular selepas itu.
Footloose adalah kisah bertemakan remaja. Ceritanya mudah. Tak perlu untuk pening kepala. Kisah seorang remaja dari bandar besar yang berpindah ke sebuah pekan kecil yang agak ultra-conservative. Di haramkan untuk mendengar muzik dan menari. Dia menjadi ketua untuk rebel untuk kebebasan rock n roll dan menari. Mungkin kalau anda sukakan filem seperti Grease anda juga akan sukakan Footloose. Cumanya Grease itu filem muzikal manakala Footloose hanyalah filem bertemakan tarian.
Cinta remaja, awek cun, tarian dan muzik 80an yang sedap-sedap. Apa lagi yang anda mahu?...Sememangnya salah satu "dance movie" yang terbaik.
Saturday, August 23, 2014
The Division Bell
Yang menyambut ulangtahun ke 20...
Pink Floyd - The Division Bell (1994)
Entri sebelum ni dah cerita dah pasal saya dan Pink Floyd. Macam karangan zaman budak sekolah pulak dah...hahaha...kali ini bercerita perihal salah satu dari album mereka.
Kenapa The Division Bell?..Ok...tak kisah lah kalau album ini tiada Roger Waters. Mungkin kerana album ini pernah saya dengar ketika tahun ianya diedarkan berbanding album mereka yang lain. Tetapi yang paling utamanya album ini paling murah dan mudah untuk saya miliki. Harga dalam lebih kurang RM16 dari estock_deutschland.
Untuk berlaku adil, saya mendengarnya berulang-ulang kali hampir 3 minggu secara berterusan. Perlu diakui saya sering gagal untuk menghabiskan track 1 (Cluster One). Lagu instrumental yang pada saya terlalu perlahan untuk memberikan impak lagu pertama. Letih....itulah yang saya rasakan. Skip.
Tetapi track ke 2 (What Do You Want from Me) dan ke 3 (Poles Apart) saya suka. Walaupun perlahan tetapi melodi sedap. Tetapi instrumental di track ke 4 (Marooned) membuatkan saya kembali tertidur. Penyudahnya beberapa hari yang awal saya hanya sempat menghabiskan sehingga track ke 4 sebelum tertidur atau kepala merewang ke tempat lain sehinggakan gagal untuk menumpukan perhatian.
Ini tak boleh jadi. Balik-balik dengar track no 2,3...4 terus tertidur. Pendengaran hari-hari berikutnya saya mulakan dengan track no 5 (A Great Day for Freedom) dan no 6 (Wearing the Inside Out). Boleh tahan tetapi tidak sebagus track no 2 dan 3. Melodinya agak meleweh. Tetapi bila masuk track no 7 (Take It Back) terus saya terpikat. Lagu yang sedikit mid tempo dan kurang meleweh yang mengingatkan saya kepada U2. Best lagu ni.
Track no 8 (Coming Back to Life) adalah salah satu lagi lagu yang saya suka. Bermula perlahan kemudian menjadi mid tempo dipertengahannya. Melodinya sangat catchy. Lunak betul. Ntah kenapa lagu ini tiba-tiba mengingatkan saya kepada Morten Harket (A-ha).
Track 9 (Keep Talking) sebuah lagi lagu meleweh. Track 10 (Lost for Words) agak menarik juga. Ada ala-ala country rock yang ntah mengapa buat saya teringatkan Eagles. Track terakhir (High Hopes) buat saya terus rasa letih.
Secara keseluruhannya album ini sememangnya cemerlang. Produksi tip-top. Crystal clear. Lagu sedap. Permainan muziknya pun hebat. Solo-solo gitar David Gilmour yang meruntun perasaan. Tiada masalah pun pada saya kalau tiada Roger Waters. Pink Floyd masih Pink Floyd. Sekarang saya faham kenapa ramai yang sukakan mereka. Cumanya....
Itulah...saya mempunyai masalah untuk hadam lagu yang meleweh bila didengar secara berterusan. Dengar satu dua lagu ok. Tapi bila nak kena dengar 11 lagu mendayu dan meleweh secara berterusan...saya mengaku kalah....kalaulah mereka ada lebih sedikit lagu-lagu yang mid-tempo kan ker lagi best. Mungkin oleh kerana itu saya lebih sukakan Toto berbanding Pink Floyd.
Nak buat macamana...selera manusia berlainan kan?...Tetapi secara jujur saya tertarik untuk mendengar album mereka yang lainnya pula. Sedikit minat tu dah ada. Apa-apa pun saya bagi rating 4 dari 5 bintang untuk The Division Bell. Memang diakui sangat terbaik!.

Cd 1st press terbitan EMI UK. Yang menariknya kat cd case bahagian depan kiri ada tulisan Pink Floyd yang ditulis dalam tulisan Braille...nampaknya kalau cd case pecah pun kena la simpan... |
Untuk berlaku adil, saya mendengarnya berulang-ulang kali hampir 3 minggu secara berterusan. Perlu diakui saya sering gagal untuk menghabiskan track 1 (Cluster One). Lagu instrumental yang pada saya terlalu perlahan untuk memberikan impak lagu pertama. Letih....itulah yang saya rasakan. Skip.
Tetapi track ke 2 (What Do You Want from Me) dan ke 3 (Poles Apart) saya suka. Walaupun perlahan tetapi melodi sedap. Tetapi instrumental di track ke 4 (Marooned) membuatkan saya kembali tertidur. Penyudahnya beberapa hari yang awal saya hanya sempat menghabiskan sehingga track ke 4 sebelum tertidur atau kepala merewang ke tempat lain sehinggakan gagal untuk menumpukan perhatian.
Ini tak boleh jadi. Balik-balik dengar track no 2,3...4 terus tertidur. Pendengaran hari-hari berikutnya saya mulakan dengan track no 5 (A Great Day for Freedom) dan no 6 (Wearing the Inside Out). Boleh tahan tetapi tidak sebagus track no 2 dan 3. Melodinya agak meleweh. Tetapi bila masuk track no 7 (Take It Back) terus saya terpikat. Lagu yang sedikit mid tempo dan kurang meleweh yang mengingatkan saya kepada U2. Best lagu ni.
Track no 8 (Coming Back to Life) adalah salah satu lagi lagu yang saya suka. Bermula perlahan kemudian menjadi mid tempo dipertengahannya. Melodinya sangat catchy. Lunak betul. Ntah kenapa lagu ini tiba-tiba mengingatkan saya kepada Morten Harket (A-ha).
Track 9 (Keep Talking) sebuah lagi lagu meleweh. Track 10 (Lost for Words) agak menarik juga. Ada ala-ala country rock yang ntah mengapa buat saya teringatkan Eagles. Track terakhir (High Hopes) buat saya terus rasa letih.
Yang menariknya Pink Floyd sentiasa mempunyai gambar kaver album yang kreatif dan cantik. Gambar-gambar di dalam booklet pun lawa-lawa belaka. |
Secara keseluruhannya album ini sememangnya cemerlang. Produksi tip-top. Crystal clear. Lagu sedap. Permainan muziknya pun hebat. Solo-solo gitar David Gilmour yang meruntun perasaan. Tiada masalah pun pada saya kalau tiada Roger Waters. Pink Floyd masih Pink Floyd. Sekarang saya faham kenapa ramai yang sukakan mereka. Cumanya....
Itulah...saya mempunyai masalah untuk hadam lagu yang meleweh bila didengar secara berterusan. Dengar satu dua lagu ok. Tapi bila nak kena dengar 11 lagu mendayu dan meleweh secara berterusan...saya mengaku kalah....kalaulah mereka ada lebih sedikit lagu-lagu yang mid-tempo kan ker lagi best. Mungkin oleh kerana itu saya lebih sukakan Toto berbanding Pink Floyd.
Nak buat macamana...selera manusia berlainan kan?...Tetapi secara jujur saya tertarik untuk mendengar album mereka yang lainnya pula. Sedikit minat tu dah ada. Apa-apa pun saya bagi rating 4 dari 5 bintang untuk The Division Bell. Memang diakui sangat terbaik!.
Friday, August 22, 2014
Pink Floyd - A Life in Pictures
Pink Floyd - A Life in Pictures
Buku ini di beli ketika Big Bad Wolf Sale tahun lepas. Baru ni jer berkesempatan untuk khatam. Tapi entri ini sebenarnya bukanlah bertujuan untuk mengulas buku. Anggaplah gambar-gambar sekadar selingan sementara saya bernostalgia tentang Pink Floyd.
Maafkan saya. Saya adalah dari golongan yang tak berapa nak hadam dengan muzik Pink Floyd. Saya tak nafikan yang muzik mereka memang bagus. Sangat bagus dan hebat. Tetapi saya selalu gagal dengan muzik yang meleweh. Mungkin ianya bukan jiwa saya.
Dari dulu saya telah mencuba. Tetapi gagal. Saya mula dikenalkan secara bersungguh kepada Pink Floyd semasa saya menuntut di ITM sekitar tahun 1990. Rakan saya yang juga seorang die-hard extreme metal adalah peminat Pink Floyd. Malangnya beliau gagal mempengaruhi saya seperti mana senangnya saya terpengaruh dengan koleksi kaset-kaset extreme metal beliau.
Dari dulu saya sering berasa was-was dengan mereka yang mengatakan kononnya mereka peminat Pink Floyd. Kerana saya pernah terjumpa beberapa rakan yang menamakan Pink Floyd sebagai muzik kegemaran hanya kerana untuk menunjukkan yang mereka rock tapi ada "class" atau ada "high taste"...selera yang bagus dalam muzik. Padahal tak tau pun lagu Pink Floyd selain “Wish You Were Here”. Sama kes macam awal 90an dulu ada rakan-rakan yang menggunakan muzik Kenny G atau kalau melayunya Sheila Majid untuk "impress" dan mengurat awek. Kalau cakap minat Napalm Death memang takder perempuan lah yang nak dekat...iyer tak?...heheh...
Tambah pula saya selalu berpegang yang pink bukanlah warna rock. Ianya mestilah Black Sabbath ataupun sekurang-kurangnya Deep Purple. Malah Whitesnake pun ok jugak...tetapi pink tidak sama sekali....hahaha...
Tetapi saya yakin, pembaca blog ini majoritinya adalah peminat muzik. Peminat muzik paham apa muzik yang mereka minat. Saya tabik jika anda peminat Pink Floyd kerana saya tidak dapat untuk menjadi seperti anda. Maafkan saya.
*sebenarnya entri ini ditulis asalnya untuk ulasan album The Division Bell. Tetapi memandangkan intronya pun dah panjang berjela. Saya jadikannya 2 bahagian. Cerita berkenaan The Division Bell akan saya "publish"kan di entri yang seterusnya.
Wednesday, August 20, 2014
Tuesday, August 19, 2014
Alternative Connection
Khas untuk mereka yang membesar di zaman 90an...20 tahun dah usia kaset ni...
VA - Alternative Connection (1994)
Ketika muzik underground tanahair dilanda demam grunge dan alternatif, ini adalah salah satu kompilasi yang terawal pernah di hasilkan. Walaupun muzik begini bukanlah makanan saya...tetapi dah hidup di zaman tu...sikit-sikit pun terjebak juga...
Tak pernah nampak pula ianya ada diriliskan dalam bentuk cd. Dah lama tak dengar dan hampir terlupa bagaimana lagu-lagunya. Makanya tak boleh lah nak buat ulasan. Boleh cuba cari di youtube untuk mendengar lagu-lagunya. Contohnya http://www.youtube.com/watch?v=4qsn8wxpYUM untuk "I'm Gonna Crash - Psycho Sonique".
Tetapi apa yang saya ingat, dulu beli kaset ni dapat poster gambar kaver budak tunjuk jari tengah tu. Siap saya tampal di pintu bilik...jawapnya hari-harilah kena jari tengah setiap kali keluar bilik... heheh..

Kompilasi ini mengandungi lagu-lagu dari 4 kumpalan dari Malaysia dan Singapura yang diterbitkan oleh Dark Journey Records. |
Biodata dan gambar band-band yang terlibat |
Terus terang saya dah tak ingat bagaimana lagu-lagunya...kecuali "I'm Gonna Crash" dari Psycho Sonique. Mungkin pasal mereka ni band perempuan...senang sikit nak ingat...heheh... |
Borang beli t-shirt ni pun masih ada...Agak-agak ada lagi tak sesiapa yang masih simpan koleksi t-shirt ni... |
Tak pernah nampak pula ianya ada diriliskan dalam bentuk cd. Dah lama tak dengar dan hampir terlupa bagaimana lagu-lagunya. Makanya tak boleh lah nak buat ulasan. Boleh cuba cari di youtube untuk mendengar lagu-lagunya. Contohnya http://www.youtube.com/watch?v=4qsn8wxpYUM untuk "I'm Gonna Crash - Psycho Sonique".
Tetapi apa yang saya ingat, dulu beli kaset ni dapat poster gambar kaver budak tunjuk jari tengah tu. Siap saya tampal di pintu bilik...jawapnya hari-harilah kena jari tengah setiap kali keluar bilik... heheh..
Sunday, August 17, 2014
W.A.S.P.
Hari ini, 17hb Ogos...adalah ulangtahun ke 30 album heavy metal klasik ini....
W.A.S.P. - W.A.S.P. (1984)
Sebuah lagi album yang mempengaruhi saya di zaman budak-budak. Walaupun album pertama dari mereka yang saya dengar adalah Inside the Electric Circus (1986) tetapi lagu "L.O.V.E. Machine" dari album ini adalah lagu pertama dari mereka yang saya tahu. Mendengarnya dalam satu kaset kompilasi versi "Apache" dan kemudian berpeluang pula menonton video clipnya di zaman kegemilangan tape VHS Kerrang! Video Kompilation.
Zaman tersebut, zaman baru akil baligh, zaman baru nak up, zaman youth gone wild....imej ganas mereka memang mudah memikat hati budak-budak nakal seperti saya. Adalah lebih "cool" menyonteng dinding sekolah dengan perkataan "We Are Satan People" berbanding Duran Duran...hahaha...
Saya tidak pernah memiliki album ini dalam bentuk kaset. Tetapi saya mempuyai kaset best of W.A.S.P. versi "apache" yang didalamnya mengandungi majoriti dari album ini. Bagi saya 3 album awal mereka (W.A.S.P., The Last Command, Inside the Electric Circus) adalah yang paling best. Sound raw heavy metal 80an. Mereka mula bereksperimen dengan sound yang baru selepas dari itu (The Headless Children).
Jika anda peminat SYJ, sudah pasti tidak sukar untuk anda mengemari W.A.S.P. dan album pertama mereka ini. Memang jelas sound dan imej SYJ sememangnya diciplak dari W.A.S.P. Mungkin juga nama band yang menggunakan huruf itupun adalah berinspirasikan W.A.S.P.
Saya rasa ramai yang tahu yang "Anak Liar" diciplak dari "Wild Child" tetapi mungkin ramai yang tidak tahu dan tak perasan ada lagi yang mereka ciplakkan. Cuma dengarkan "The Flame" dari album ini dan bandingkan dengan "Gadis" dari album Sofea - Anak Liar (1988). Suratan atau kebetulan?...heheh...
Kesimpulannya...jika anda pengemar sound raw heavy metal 80an, muzik yang keras tapi melodic, lagu-lagu seperti "I Wanna Be Somebody", "L.O.V.E. Machine","The Flame", "Hellion", "School Daze" dan lagu power ballad "Sleeping (In the Fire)" pasti akan menjadi kegemaran.
Kuatkan volume anda...ini memang terbaik!

Thursday, August 14, 2014
Poisoned...
Semakin parah?...
seperti entri semalam...suka2 bid..tak sampai maximum bid pun rupa-rupanya menang....iskh...iskh...nampak gayanya kena block diri sendiri dari masuk e-bay sehingga hujung bulan...kalau tak...memang jahanam...hahaha...

Wednesday, August 13, 2014
Tuesday, August 12, 2014
Marrybrown
Mungkin ini alternatif lain untuk sesiapa yang tak boikot makan burger tapi segan pulak nak pergi McDonald...Maklumlah sejak isu boikot ni memang jarang dah nampak muka melayu makan kat McD.
Ini bukan nak tolong promosi. Tapi gambar ini di ambil sekitar bulan December tahun lepas. Rasa tertarik pula bila nampak Marrybrown di eja dengan tulisan jawi. Walaupun Marrybrown ni berasal dari Johor Bahru. Sejak tahun-tahun 80an ianya bermula tak pernah pula ada tulisan jawi kat mana-mana cawangannya di Johor.
Yang ni kalau tak silap di Changlun, Kedah. Seperti juga di Kota Bharu, Kelantan...memang rasa seronok bila nampak tulisan jawi di gunakan di kedai-kedai...Dulu Johor Bahru ada juga digunakan di papan tanda jalan...sekarang?...hampeh...nama tempat pun dah banyak guna nama orang putih...
Monday, August 11, 2014
War and Pain
Sepatutnya entri ini di post semalam (10hb Ogos) sempena genapnya 30 tahun album pertama Voivod...tapi biasalah...tuan punya blog masih sibuk beraya...
Voivod - War and Pain (1984)
Saya agak lambat mendengar Voivod. Maklumlah kawan-kawan di persekitaran tempat tinggal saya agak kurang yang mendengar extreme metal. Johor Bahru di tahun 80an lebih kepada scene heavy metal. Jamming lagu Slayer di B Sound Studio, Komtar pun dah ternganga mulut mat-mat rock yang lepak kat situ.
Bila saya melanjutkan pelajaran di ITM Segamat (Julai 1989), berkenalan dengan kawan-kawan metal yang lebih ekstrim yang kebanyakannya dari KL, barulah terasa berapa posernya diri ini. Dari situlah saya mengenal Voivod. Album Killing Technology(1987) dan Dimension Hatröss (1988). Wow...memang melopong bila kali pertama mendengarnya.
Sayangnya saya tidak pernah berpeluang untuk mendengar album War And Pain ini sehinggalah di penghujung tahun 90an. Tak silap di zaman trade MP3 dengan rakan-rakan di Forum Metal Terus. Kalau lah lagi dulu dah ada teknologi youtube dan download kan ker bagus. Tapi lagi susah nak dapat lagi tinggi kita akan menghargainya.
Ternyata War And Pain agak berlainan dari Voivod yang pernah saya dengar. Tak kira lah zaman Killing Technology mahupun Angel Rat. Mungkin kerana ini album pertama, makanya mereka masih mencari arah tuju. War And Pain lagu-lagunya agak "raw","brutal", "direct", "agressive" "straight forward" thrash. Belum ada lagi elemen-elemen progressif. Siapa-siapa yang berjiwa lembut pastinya tak boleh nak masuk.
Satu yang agak kurang memberangsangkan adalah produksinya. Soundnya agak kasar dan "muddy". Perkara biasa bagi album-album metal di zaman itu.Tapi kalau yang jenis tak berkira dari segi sound...sukakan brutal ala-ala Slayer, Venom atau mungkin juga Metallica era Kill 'em All, Mungkin War and Pain memang sesuai untuk anda. Tetapi untuk saya..lebih kepada Killing Technology dan ke atas...

Friday, August 8, 2014
Haunting the Chapel
EP yang menyambut ulang tahun ke 30 pada 4hb Ogos yang lalu...
Slayer - Haunting the Chapel (1984)
EP yang pada saya bermulanya Slayer dengan thrash. Kalau Show No Mercy (1983) masih ada pengaruh NWOBHM tetapi dengan Haunting the Chapel mereka mula berubah menjadi thrash.
Walaupun begitu sound dan tone nya tidak banyak berbeza dari Show No Mercy. Maklumlah jarak antara keduanya tak sampai setahun. Produksinya juga hampir sama, agak kurang mutunya. Tetapi jika anda bukan yang cerewet dari segi tersebut ianya memang sangat memuaskan.
Lagu-lagunya memang sedap. "Chemical Warfare" dan "Captor of Sin" telah menjadi antara lagu wajib mereka untuk persembahan live. "Haunting the Chapel" menyebabkan saya kagum dengan Dave Lombardo. Sayangnya EP ini terlalu pendek. Tak puas.
Jika anda mempunyai cd re-release seperti saya dan Dr. Bentara, akan ada lagu bonus "Aggressive Perfector". Lagu yang sedikit berlainan corak dan soundnya. Maklumlah kalau saya tak silap ianya adalah lagu rakaman pertama Slayer yang dimuatkan dalam kompilasi Metal Massacre 3.
Untuk ulasan dari Dr Bentara, klik >SINI<
Wajib ada jika anda suka thrash dan Slayaaaarhhhhhhh...................

Thursday, August 7, 2014
Ada apa dengan Bundaberg
Minum-minum di hari raya...
*anda tak salah blog...ni memang bukan blog Ijau...hahaha....tapi nak tau pasal Bundaberg...sila pergi blog dia... :P

Wednesday, August 6, 2014
2 Minutes to Midnight
Hari ini genap 30 tahun dah usianya...29 tahun yang lalu...somewhere dalam tahun 1985...pertama kali mendengar lagu ini dari sebuah kaset kompilasi rock yang dipinjam dari seorang kawan...ianya mengubah citarasa muzik saya...selamat tinggal Duran Duran....bak kata orang kampung saya di Ulu Tiram,...and the rest is history....
Tuesday, August 5, 2014
Bon Jovi
Sempena 30 tahun dah usianya…
Bon Jovi – Bon Jovi (1984)
Album pertama Bon Jovi yang tidak menjemukan. Ianya berbeza dengan muzik yang mereka mainkan sekarang. Sayangnya mereka telah berubah tetapi saya tidak. Mungkin saya yang terlalu bernostalgia. Sememangnya selera muzik saya tersangkut di tahun 80an.
Lagu “She Don’t Know Me” akan sentiasa mengembalikan memori zaman sekolah menengah saya. Video clipnya dari tape video VHS Bon Jovi – Slippery When Wet telah saya tonton berulang-ulang kali hampir setiap hari hingga naik hafal liriknya walaupun pada ketika itu tidak mempunyai kasetnya.
Tape video tersebut adalah antara tape video terawal yang saya tonton kepunyaan abang selepas keluarga saya mempunyai pemain VHS di rumah. (Tak berapa ingat...mungkin pada tahun 1987 atau 1988). Tetapi yang menariknya kisah lagu tersebut mengingatkan saya kepada rakan perempuan di sekolah yang wajahnya mirip seperti Phobe Cates tetapi oleh kerana tidak berani memulakannya sehinggalah beliau berpindah sekolah. Akhirnya melepas. Heheh...
Mungkin itu juga jadi penyebab kenapa album ini sangat bernostalgia walaupun saya tidak pernah mempunyai kasetnya sehinggalah membeli cd ini beberapa tahun yang lalu.
Untuk ulasan saya dari tahun 2009 sila klik >SINI<
Bon Jovi – Bon Jovi (1984)
Album pertama Bon Jovi yang tidak menjemukan. Ianya berbeza dengan muzik yang mereka mainkan sekarang. Sayangnya mereka telah berubah tetapi saya tidak. Mungkin saya yang terlalu bernostalgia. Sememangnya selera muzik saya tersangkut di tahun 80an.
Lagu “She Don’t Know Me” akan sentiasa mengembalikan memori zaman sekolah menengah saya. Video clipnya dari tape video VHS Bon Jovi – Slippery When Wet telah saya tonton berulang-ulang kali hampir setiap hari hingga naik hafal liriknya walaupun pada ketika itu tidak mempunyai kasetnya.
Tape video tersebut adalah antara tape video terawal yang saya tonton kepunyaan abang selepas keluarga saya mempunyai pemain VHS di rumah. (Tak berapa ingat...mungkin pada tahun 1987 atau 1988). Tetapi yang menariknya kisah lagu tersebut mengingatkan saya kepada rakan perempuan di sekolah yang wajahnya mirip seperti Phobe Cates tetapi oleh kerana tidak berani memulakannya sehinggalah beliau berpindah sekolah. Akhirnya melepas. Heheh...
Untuk ulasan saya dari tahun 2009 sila klik >SINI<
Monday, August 4, 2014
Experimental Jet Set, Trash, and No Star
Lagi album yang menyambut ulangtahun ke 20..
Sonic Youth - Experimental Jet Set, Trash, and No Star (1994)
Sebuah lagi album "trial and error" untuk saya.
Ini adalah percubaan pertama saya untuk mendengar muzik Sonic Youth. Sebuah nama yang agak besar untuk muzik alternatif 90an. Tak pernah dengar album yang lainnya. Terbaca review mengatakan ini bukanlah album terbaik mereka.
Saya suka akan tajuknya. Seperti ada elemen misteri. Begitu jugalah dengan lagu dan muziknya. Memang agak misteri dan aneh. Sound gitarnya juga agak pelik. Seperti mendengar lagu yang tidak siap tetapi ada masanya sedap.
Track pertamanya, "Winner's Blues" sebuah lagu akustik yang mengunakan teknik lo-fi. Boleh tahan sedap. Track ke 2, "Bull in the Heather" lagu yang agak pelik. Tapi bila didengar berulang kali agak berhantu juga sedapnya. Track yang lainnya ada yang ok ada yang tidak. Seperti yang sedia maklum, saya bukanlah pengemar lagu-lagu jenis meleweh. Tetapi melodi lagu-lagu dari album ini boleh tahan ok tambah-tambah pula suara Kim Gordon. Tak macam lelaki, meleweh perempuan ni lain macam jadinya. :P
Tetapi yang paling saya tertarik adalah mutu sound rakamannya. Memang bersih (clear) kalau hendak dibandingkan dengan konsep muzik mereka yang agak serabai dan serabut susunan muziknya. Paling best kalau dengar menggunakan sistem hi-fi atau sekurang-kurangnya earphone yang bagus dapat dengar sebutir-sebutir bunyi gitar yang berlainan antara kiri dan kanan.
Saya bersetuju dengan satu ulasan yang mengelarkan muzik mereka sebagai "poppy noise-rock". Mungkin inilah muzik alternatif yang sebenar-benarnya. Sayangnya saya tidak memiliki dan tidak pernah mendengar apa-apa album mereka selain dari ini.

Friday, August 1, 2014
The Yellow And Black Attack
*scheduled entry...pemilik blog masih tak abis beraya...
Lagi album yang menyambut ulangtahun ke 30 pada bulan lepas...10hb Julai yang lalu untuk lebih tepat...
Dah pernah buat cerita pasalnya dulu >SINI< tapi disebabkan sempena ulangtahunnya yang ke 30, buat lagi sekali lagi...tapi dari sudut yang berbeza.
Tahun 80an dulu, banyak album yang teringin nak dengar tapi tak berpeluang nak dengar. Mana nak dapat, dulu teknologinya bukan seperti sekarang. Perkataan "internet" pun waktu itu tak pernah dengar. Bila kemasukan label cetak rompak paling "happening" ketika itu "Apache" terutamanya pada tahun 1987 (kalau tak silap) barulah lah berpeluang untuk mendengar bermacam-macam band termasuklah Stryper.
Seingatnya saya tidak pernah mempunyai kaset Stryper versi Apache. Rakan sekelas ada. Biasa la tukar-tukar dengar. Maklumlah la bukannya mampu nak beli semua. Walaupun harga kasetnya ketika itu cuma RM3, tetapi dengan berbekalkan duit sekolah 50 sen sehari terpaksa ikat perut untuk membelinya.
Tetapi saya mula betul-betul kemaruk dengan Stryper selepas menonton video VHS Kerrang! Video Kompilation 2. Video clip "Calling On You" dengan imej kuning hitam dan gaya aggresif mereka di atas pentas walaupun lagunya tak lah seganas mana benar-benar berjaya menarik perhatian saya. Semenjak dari itu Michael Sweet-Robert Sweet-Oz Fox-Tim Gaines menjadi salah sebuah band kegemaran saya sehingga sekarang. Yang menariknya mereka ni tak pernah bertukar-tukar ahli.
Saya kurang berminat dengan lagu meleweh terutamanya dengan bunyian keyboard. Tetapi untuk Stryper, itu saya boleh maafkan. Contohnya lagu "My Love I'll Always Show" dari album ini. Mungkin juga saya bias. Tetapi saya peduli apa. Janji sedap. Mungkin kerana Stryper lah saya boleh menerima lagu slow rock yang menggunakan piano atau keyboard.
Versi cd ini saya beli melalui e-bay. Antara yang pertama saya cari bila pandai menggunakan e-bay. Susah pula nak dapat cd mereka di jual di Malaysia. Dulu di Tower Records, KL Plaza yang banyak jual cd heavy metal pun tiada album mereka. Manakala kasetnya pula saya dah lupa bila ianya dibeli. Mungkin pada awal 90an kalau tak silap di KOMTAR, Johor Bahru. Itu pun dah masuk kaset longgok yang dijual secara lelong.
Walaupun ini bukan album kegemaran saya dari mereka, tetapi lagu-lagunya memang sedap. Vokal dan twin gitar solo harmoni mereka sememangnya tidak pernah menjemukan saya.
Terbaik!

Stryper - The Yellow And Black Attack (1984)