Wednesday, December 23, 2009

The Yellow And Black Attack

Satu lagi koleksi kaset yang dah berjaya aku upgrade ke cd adalah ini..The Yellow And Black Attack dari Stryper. Sebenonya pun..ini adalah satu2nya kaset Stryper yang aku ada.yang lainnya pinjam member…tapi kalau cd..dah hampir complete dah Stryper ni..



Mungkin bebudak sekarang tak kenal Stryper…tapi kalau membesar di tahun2 80an..nama Stryper ni memang top sebaris dengan nama band2 besar zaman tu macam Motley Crue, Twisted Sister, Ratt, Bon Jovi dll…salah satu nama yang tak boleh nak diketepikan kalau sebut era metal 80an terutamanya genre Hair/glam metal…

Salah satu yang uniknya Stryper ni dah tentulah liriknya…kalau band2 lain sibuk citer pasal setan,sex,dadah dan benda2 jahat..dorang citer pasal tuhan..pasal buat baik..takder rebel2 dan marah2 tu semua…macam skima la pulak kan...tu pasal dorang digelar Christian metal band…tapi korang jangan bimbang la…lirik dorang tak le sebahaya lirik2 band black metal walaupun dorang Christian metal…tak caya cekidout sendiri la…

Satu yang selalu aku teringat kalau sebut pasal Stryper ni adalah kumpulan Junction…kerana vocalist Junction, Hatta tu mempunyai suara yang seiras dengan vocalist Stryper Michael Sweet..jenis suara halus kecik yang high pitch…mungkin (Ustaz) Akil Hayy (D’riyadh) sorang lagi…tapi yang lebih jelas persamaannya Junction ni bila part lagu2 slow guna piano tu…macam sama pulak…adakah sememangnya Junction ni tiru Stryper…ntah la…



Apa2 pun The Yellow and Black Attack ni bukanlah album favourite Stryper aku…aku lebih prefer To Hell With The Devil atau Soldiers Under Command…mungkin pasal ni 1st album dorang (sebenonya album ni mulanya dulu adalah EP..tapi bila Stryper meletup..recording company upgrade tambah 2 lagu jadi album penuh)..so untuk album ni dorang masih tercari2 arah…low budget kot tu pasal sound dia pun memang raw dan lagu2nya agak straight forward kalau nak banding album2 selepas tu yang lebih melodic…


kalau korang perasan...zaman dulu punya kaset memang tak best..inlay kertas sekeping jer...lirik pun takder...lebih kurang standard kaset apache je aku rasa

Satu ciri lagu2 Stryper yang aku sangat suka macam yang Bro RockSport cakap kat blog dia…adalah part vocal harmoni dan twin guitar solo antara Ozz Fox dan Michael Sweet memang menarik…Michael Sweet ni memang talented..dia ni lebih kurang macam Dave Mustaine dalam Megadeth..dia menyanyi…dia jugak menyolo…hmmm…ok..genre tak sama…mungkin lebih tepat macam Tom Keifer Cinderella…solo2 dia pun boleh tahan layan…tapi dalam album ni…ciri2 tu agak kurang menonjol..tu yang buat aku tak berapa minat sangat album ni…

Tapi yang pastinya…lagu2 slow dia yang trademark bunyi keyboard/piano dan lirik cintan tak ingat tu dah terserlah dari album ni lagi…entah la..dedulu aku macam menyampah je dengar suara Michael Sweet ni bila lagu slow…sama macam menyampahnya aku bila dengar Hatta (Junction) nyanyi lagu Demi Cinta Setia…tapi bila bertambah2 muda ni (huhu)..layan pulak bila dengar lagu2 camgini…heheh…

Aku takder lagu favourite sangat dari album ni… upgrade ke cd pun pasal nilai2 sentimentalnya kepada aku jer…tapi lagu macam “Loud n Clear”, “You Know What To Do”,“Loving You”,“Co’Mon Rock” tu kira boleh la..




10 comments:

  1. bab junction amik influence dari drg ni.. part tu aku mmg setuju....

    err tak perasan plak aku.. err ngko pernah review eurosmith ka? aku minat la ngan lagu fly away from here tu..... isk ngam ker tajuk tu....

    ReplyDelete
  2. stryper = geng geng "white metal" ni hehehe

    ReplyDelete
  3. mmg la diorg ni kuning itam..hahaha....

    lyn juga lagu mereka...tp bese2 je..heheh...

    ReplyDelete
  4. gus respect to those who listen to STRYPER...Great Musics and Vocals. To Hell With The Devil is my favorite album...You may want to buy 7 album the best of Stryper. By the way they have come with new album MURDER with PRIDE. Berteromber...you rock man

    ReplyDelete
  5. Stryper ni kalau tak salah (sebab dengar To Hell With The Devil CD je), melodik double gitarnya best. Semua album2 ke atau To Hell CD je?

    ReplyDelete
  6. walaupun aku x follow band ni, tp bila dgr..huhuhu best

    ReplyDelete
  7. jairo...eurosmith takder..aerosmith ada la...hehe

    Portdy...kalau rock melayu...Seruan Lefthanded tu boleh kira White Metal tu..

    Pakcik..bab kuning itam tu la yg buat gua mula2 tertarik nak dengar..dah macam team bola malaysia..huhu

    ReplyDelete
  8. Rocksport...album baru Murder By Pride tu memang best la...ada bunyi Stryper lama...tak macam Reborn..cadang macam nak beli la..

    Abang Ben...betul beb..terutama 3 album ni..Soldiers Under Command,To Hell With the Devil dan In God We Trust..

    Takilala...try dengar 3 album di atas..pasti lebih layan dari Poison...auu..huhu

    ReplyDelete
  9. tak payah cadang cadang... as a true fan beli je.

    ReplyDelete