Thursday, February 18, 2010

Inside The Electric Circus

Atas permintaan En Jairo…(tak cukup Mat Rock la kalau gua takder cd ni…<---- sila baca dgn nada riak cdwi …huhu…) aku persembahkan WASP Inside The Electric Circus



Dulu2..masa zaman2 awal 80an..pada aku…2 band ni iaitu Twisted Sister dan WASP adalah band yang paling ganas dari segi imej dan dressing dorang…dengan chain saw semua...ganas sungguh...Motley Crue pun ada skit2 ganas2..tapi muka dorang jambu2 la...tak macam WASP dan Twisted Sister...muka pun ganas...ni sebelum zaman2 band rock terpengaruh imej glam dengan lipstick macam Poison…sekali tengok memang menakutkan…kalau mak bapak aku terjumpa la kaset ada gambo dorang ni dulu…harus kena bakar semuanya…tapi tu la…bila 1st time dengar lagu2 dorang ni…laaaaa…gitu ajer ker…tak ganas pun…jangan menghakimi buku kerana kulit luarnya…hihi



WASP…ntah apa la maknanya…dedulu budak sekolah aku cakap We Are Satan’s People..tapi terbaca Blackie Lawless cakap dalam satu interview dia kata We Are Sexual Perverts…yang ke 2 tu betul kot…kalau berdasarkan lirik2 dorang ni…agaknya la

1st time dengar adalah lagu L.O.V.E Machine (aku selalu terpikir lagu C.I.N.T.A – Xpdc tu cidok idea dari lagu ni..betul tak?..)..tapi 1st album yang aku ada adalah Into The Electric Circus ni...dan standardnya di zaman tu dah tentu2 lah versi kaset Apache...



Bagi peminat2 tegar WASP...album no 3 ni bukan lah album terbaik WASP...ramai yang cakap 2 album awal dorang lagi best...betul..aku tak nafikan...tapi album ni lebih peribadi...lebih dekat dan lebih familiar dengan aku...sebabnya ia adalah antara album2 yg sering berputar kat radio kaset aku zaman2 aku sekolah dulu...

Album ini jugak merupakan penampilan pertama Blackie Lawless bertukar posisi dari bass ke gitar...setelah gitaris asal dan antara pengasas WASP En Randy Piper meninggalkan mereka...Komen Blackie pasal ni yang boleh dibaca kat inlay cd remastered aku ni adalah..."eleh..2 album pertama tu pun kebanyakan track gitar memang gua dan Chris Holmes yang main"...gitu la lebih kurang dia cakap...hehe..



Satu yang menarik WASP ni dah tentu2lah suara vocalistnya Blackie Lawless...unik arr suara dia...kasar...memberi kelainan daripada berlambak2 band rock zaman tu yang kebanyakan vocalistnya suara halus dan mengada2 (meminjam kata2 En Bentara Kremaut)...kalau korang dengar betul2 lagu2 WASP ni...tentu korang tau daripada mana SYJ/Sofea dapat pengaruh...

Banyak lagu best dalam cd ni...antaranya yang paling popular adalah I Dont Need No Doctor..aku dulu tak tau pun lagu ni lagu cover...banyak info cakap cover dari Humble Pie pasal dorang yg popularkan kagu ni tahun 70an dulu...tapi sebenonya lagu ni lagu Ray Charles dari tahun 60an...tak pernah pulak aku dengar versi asal ni..tapi mula2 dulu aku ingat ni lagu ori WASP...pasal melodinya macam sama jer ngan lagu2 lain ciptaan Lawles/Holmes...



tapi lagu yang paling aku suka adalah Sweet Cheetah...layan ar lagu ni...selain tu lagu2 seperti Restless Gypsy, Mantronic, 9.5 - N.A.S.T.Y, I'm Alive dan Inside The Electric Circus pun best jugak..

Aku rasa sapa2 yang minat Motley Crue (era sehingga Theater Of Pains) atau Twisted Sister atau mungkin jugak SYJ atau peminat rock kapak umumnya...pasti senang nak hadam lagu2 WASP ni...cuma aku rasa WASP ni mungkin lebih heavy dari band2 glam yang lain..tapi tak cukup heavy nak duk dalam kem band2 macam Metallica dll...kira dorang tengah2 kot..

Oh yer...ruangan gossip skit...jangan tak tau...gitaris Chris Holmes tu dulu suami kepada Lita Ford...nyum..nyum...nyum..muka pecah pintu camgini pun dapat Lita Ford?..ceh!!!..apa?...tak kenal Lita Ford?..adeiii...google sendiri ahh..



12 comments:

  1. ape ade hal~
    aku siap belikan jairo sepat masin~

    ReplyDelete
  2. album peberet aku ni...cuma aku tak de CD je...Keset ada la, pun dah barai...Aku minat boleh kata semua lagu dlm album ni...

    ReplyDelete
  3. aku suka lagu Animal (F*** like a beast). hehehehe

    ReplyDelete
  4. itu dia rok dulu2 sdh kluar...

    yup, mmg suara lawless ni unik susah nak tiru, smpi album dominator pun still maintain... babylon aku xdgr lg. selain drp "anak liar", aku suka lagu "mesin CINTA"

    aku xla layan semua lagu2 wasp ni, ada bbrpa je yg aku suka... tgh cari album kompilasi kat ebay, tp semua mahal gila2

    ReplyDelete
  5. gua penah ada satu poster beli mag. Kerrang! dulu gambo Blckie Lawless pegang chainsaw dgn daging bertaburan...

    rabak di tangan adik gua, kita orang gaduh pasal apa ntah, gua lupa...

    ReplyDelete
  6. waa mmg menggamit memori time aku budak2 la posting ni.. thanx a lot... mmg aku dah sangka ngko ada album ni hahahahahahahahah... masa tu haram satu patah aku tak faham apa drg ckp.. heheh time tu aku tak tau bahasa english lagik.... thanx....

    ReplyDelete
  7. aku ngah kemarok Wasp baru lagu babylon burning..

    nak2 official video dia, bila part beast - gambo obama yang keluar, siol betul si blackie lawless ni tak suka obama..

    lagi satu, wild child kat youtube versi hellfest 2009 tak salah aku, best giler

    ReplyDelete
  8. "tak cukup Mat Rock la kalau gua takder cd ni…"


    ceh apa laaa sangat ada album ni, layan Spoon - Sepenuh Hati lagi bagussssss

    (ayat ayat jaki)



    btw, gua suka lagu ni album American idol ke apa ntah;

    Hold on to my heart, to my heart, to me
    Hold on to my heart, to my heart, to me

    hehehe....

    ReplyDelete
  9. wa selalu masuk kat sini jarang nampak iklan lu keluar.. tapi keluar mmg wa klik la hehehehehehe

    ReplyDelete
  10. Portdy...Crimson Idol la..ada ker American Idol pulak..ni mesti peminat Adam Lambert ni...auwwww...hahaha..

    Tp album baru dorang Babylon memang sedap arr...walaupun tinggal Blackie Lawless je sesorang anggota asal..

    Jai..nuffnang ni dengki la...sejak 2 menjak aku dah nak cecah RM50 ni..asik je iklan tak keluar...tak nak bayor ke apa ni...

    ReplyDelete
  11. alaa bro...saja jek buat-buat ... salah , dah jaki lah katakan...

    Adam Lambert? auuuuu tak minat tauuuu!

    (shhhh ...tapi gua diam-diam layan Adam - Ahaa Tak Tau! Ahaa Tak tau!)

    ReplyDelete
  12. blackie melebelkan band bawaannya sebagai "torture rock" dengan imej dan personaliti lebih ganas,liar, jahat dan menyeksa dari motley crue atau twisted sister. gua suka dengan kelainan personaliti band ni sejak dari debut "animal... ". nama bandpun menjadi pedebatan dan kontrovasi. mr. blackie memang bijak mencuri perhatian dunia rock/metal.
    "electric..." memang bukan album terbaik wasp. apapun ada beberapa lagu yang berpuaka! "crimson idol" antara album terbaik diorang.

    sampai sekarang gua masih layan wasp walau ramai yang tak suka. personaliti dan keunikan vokal mr.blackie membuatkan gua trus layannn...

    i'm still alive, alive!

    ReplyDelete